PENGALAMAN PERTAMA KALI KE MAHA 2016

/
1 Comments
Buat pertama kali dalam hidup, aku pergi ke MAHA iaitu Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism di MAEPS, Serdang. So, lepas ni kalau ada orang tanya, "Ko pernah tak pergi MAHA? Bila?" Hah, aku dah ready dengan jawapan. "Aku dah pernah pi MAHA, time MAHA 2016". Hah gitu! The best thing about MAHA 2016 is MAHA 2016 telah mencipta sejarah dengan mencatat jumlah pengunjung terbesar sepanjang penganjuranya. Pergh, pecah rekod wooo. Wow!




Dengan  tema 'Our Food Our Future', MAHA 2016 telah berjaya menarik 3.7 juta pengunjung sepanjang tempoh event dilaksanakn selama 11 hari iaitu bermula dari 1-11 Disember 2016. Maksudnya apa? Maksudnya, dalam sehari purata pengunjung yang datang adalah 336,363 orang sehari. Fuh! Dan, sah-sah la aku salah sorang daripadanya, keh3.


Korang yang belum pernah pergi MAHA, tak pernah sekali pun pergi dalam sejarah hidup, aku cadangkan next time better pergi. At least once in a lifetime. Rasai sendiri pengalaman and be part of the history. MAHA diadakan 2 tahun sekali. Kalau pada tahun 2014, MAHA telah mencatat 3 juta pengunjung. Nampak gayanya MAHA 2016 lebih berjaya dengan mencatat pengunjung yang lebih ramai iaitu 3.7 juta.




MAHA 2016 merupakan sejarah dalam hidup aku sendiri. Ye lah, first time kot pergi. Thank you to my housemates yang ajak aku join sekaki. At least, boleh la merasa lemas dalam lautan manusia di MAHA 2016, hahaha. Nin dia, aku ada share tips about MAHA 2016 di Instagram. 




FOOD EMPIRE







Ada kisah di sebalik MAHA 2016. Time kitorang duk makan-makan di Food Empire, datanglah seorang mak cik tumpang duduk makan semeja. So, kami borak-boraklah dengan beliau. You know what? Rupa-rupanya, mak cik ni datang dari Penang nun jauh di sana, siap bawa luggage semata-mata nak datang MAHA 2016. Dia datang dengan bas dan paling aku respect dengan makcik ni adalah dia datang dan balik hari. Maksudnya, datang pagi, malam balik terus ke Penang. Teka berapa umur mak cik ni? 67 tahun beb. Just amazing, travel alone pada usia macam ni semata-mata MAHA. Wow, amazing spirit!




Actually, banyak jugaklah kami borak-borak time tuh. Banyak nasihat yang beliau bagi kat kami selaku anak-anak muda ni. Nasihat dia kat aku, sementara masih muda ni, datanglah MAHA. Dia datang every time MAHA diadakan. Then, aku cakap, 'Ini first time saya datang". Hah, terus dia berceramah panjang dan suruh datang lagi next next year. I love her sharing about her life. Such an inspiration. Dia dah pencen dan time muda-muda dulu sangat aktif travel and pernah panjat Everest. Wow, kaki hiking juga rupanya.


Dear mak cik, I'll remember your advise. 'Do something that will spark your happiness". Ya, saya akan simpan kata-kata mak cik. InshaAllah, I will do the best things and search for my happiness in my life. Semoga kita berjumpa lagi next time.


Hah, macam tu lah pengalaman pertama kali aku ke MAHA 2016. Korang pulak, apa experience paling best korang di MAHA 2016? Ok, kat bawah ni, aku share 3 video timelapse yang sangat ohsem sepanjang MAHA 2016 berlangsung. Jom tengok! 



THE BEST TIMELAPSE MAHA 2016


MAHA 2016 - Most Astounding Crowd

   


MAHA 2016 - Most Beautiful Night Scene

   


MAHA 2016 - Most Massive Crowd

 



"Nilai jualan pada MAHA 2016 juga memberangsangkan apabila RM380 juta dicatat dalam tempoh 11 hari pameran itu berlangsung. Kita dapat melihat anjakan paradigma dunia pertanian dan agro makanan apabila kira-kira 40 peratus belia terbabit pada MAHA 2016, melepasi sasaran 30 peratus. Pendekatan agrotainment seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik memberi impak positif apabila dapat menarik golongan sasar baharu yang selama ini tidak tahu mengenai MAHA" 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, 

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


Memetik kata-kata daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kita, aku berharap agar penganjuran MAHA akan diteruskan di tahun-tahun akan datang. Aku harap, penganjuran yang lebih teratur dan sistematik. Aku tak banyak komen, cuma nak sangat agar part logistik especially shuttle dari parking ke tapak MAHA dipertingkatkan. Kalau sekarang guna van, next time harap dapat sediakan shuttle yang lebih besar macam bas mini ataupun bas. Biar padan dengan jutaan pengunjung yang datang. Bukan apa, untuk memudahkan pengunjung yang datang especially yang datang dengan anak kecil dan orang tua. Biar MAHA akan datang lagi gempak. All the best! 


You may also like

1 comment:

  1. Sebut pasal MAHA ni aku pun pergi jugak. Sbab pergi pun upun ipin punye pasal.yg paling sengsara berjalan dr parking punya la jauh sambil menolak stroller n dukung anak berumur 5 tahun. Mungkin xpergi dah lpas ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...