RIZQ ISLAMIC SCHOOL PENCETUS REVOLUSI SEKOLAH TAHFIZ MODEN

/
2 Comments
Sebut saja "sekolah pondok" atau "sekolah tahfiz", pastinya kita skeptikal ia mesti berada di ceruk kampung, pelajarnya berjubah, berserban dan berkopiah dan prasarana serta kemudahan sekolah yang ada adalah usang dan terhad. Namun, bila berkunjung ke Rizq Islamic School, segalanya berubah sekelip mata. Kita dapat lihat sekolah tahfiz dari dimensi yang berbeza. Lebih tepat, revolusi tahfiz moden yang bertaraf antrabangsa. Itulah antara objektif utama penubuhan Sekolah Islam Rizq atau Rizq Islamic School iaitu untuk mengubah stigma masyarakat dengan mengangkat martabat sekolah tahfiz dengan cara moden, prasarana cukup lengkap dengan kemudahan bertaraf dunia.


Alamat:
Sekolah Islam Rizq
Wisma RIZQ, Lot 1456-2,
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai,
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Malaysia

Telefon:
+603-8912 0447 

Whatsapp:
+6018-961 1615


Semasa kunjungan ke Rizq Islamic School, mata aku tertumpu terhadap rona dan warna di Wisma Rizq. Bukan hanya pada bangunan, malah pada lantai dan juga di bilik-bilik khas seperti kelas, makmal, dewan, bilik permainan dan ruang pelajar. Penggunaan perabot dan peralatan di dalam bilik khas yang berwarna-warni membangkitkan suasana kondusif dan ceria untuk sesi pembelajaran. Jadi, di kesempatan ini, aku nak berkongsi sedikit-sebanyak info dengan semua tentang Rizq Islamic School iaitu sekolah rendah tahfiz yang baru dibina di Sungai Ramal Dalam, Kajang.


1. The First International Tahfiz School in ASEAN




Rizq Islamic School atau dikenali juga sebagai Sekolah Islam Rizq merupakan sekolah rendah untuk pelajar berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Sekolah ini diuruskan oleh Rizq Educare Sdn. Bhd dan telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 13 Julai 2016. Apa yang lebih menarik tentang sekolah ini adalah bilamana kami dapat tahu Rizq Islamic School ini juga merupakan sekolah tahfiz pertama yang bertaraf antarabangsa di ASEAN. 


2. Revolusi Tahfiz Moden oleh Anak Muda

Penubuhan Rizq Islamic School bukanlah daripada golongan berpengalaman dalam industri pendidikan. Tetapi daripada empat belia yang mempunyai pekerjaan dan perbezaan latar belakang pendidikan seperti perubatan, undang-undang, teknologi maklumat dan sains politik. Namun, itu semua bukan penjadi penghalang untuk mereka berkongsi minat yang sama dan merealisasikan impian untuk menubuhkan sebuah sekolah tahfiz moden pertama di Malaysia.





Personally, aku sangat kagum dengan usaha yang telah mereka lakukan. Kewujudan Rizq Islamic School ini ibarat menyuntik nafas baru untuk sekolah tahfiz sekali gus "upgrade" tahap kemajuan pendidikan yang ada di Malaysia. Usaha keras dari anak muda untuk generasi baru agar dapat melahirkan lebih ramai golongan professional Islam dengan menyerapkan elemen keagamaan dan hafazan Al-Quran untuk menjadi hafiz dan hafizah yang unggul dan berkualiti.


Antara pengasas yang telah bekerja keras dalam merealisasikan Rizq Islamic School adalah seperti berikut:

  1. Abdullah Firdaus Bin Abd Jalil (29 tahun) - Ketua Projek
  2. Dr Shiefa (27 tahun)
  3. Mohd Azzizat Bin Abdul Rahman (28 tahun)
  4. Khairul Azwan Mohd Shafee (24 tahun)


3. Kaedah Pembelajaran Yang Menyeronokkan

Biasanya kalau sebut pasal sekolah atau sekolah tahfiz, membuatkan anak-anak kita atau pelajar menjadi resah dan gelisah. Masing-masing rasa berat untuk meninggalkan rumah dan pergi ke sekolah untuk belajar. Jadi, pendekatan yang diambil oleh pihak Rizq Islamic School adalah untuk 'tackle" pelajar agar jatuh cinta dengan sekolah mereka. Bila kanak-kanak dah mula seronok untuk datang ke sekolah, maka sesi pembelajaran pun lebih mudah dan efektif untuk dilaksanakan. 


Menerapkan sesi pembelajaran yang menyeronokkan


Kaedah pemberlajaran di Rizq Islamic School berbeza jika nak dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain yang ada di Malaysia. Mengambil pendekatan seperti yang diterapkann di negara Finland, sesi pembelajaran yang menyeronokkan ini pastinya akan berjaya menghasilkan seorang Hafiz Quran yang berkualiti dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang akademik. Selain itu, Rizq Islamic School mengaplikasikan teknik pendidikan yang diterapkan di Jepun dalam pembentukan disiplin dan attitude kanak-kanak. Pendek kata, tahfiz moden bertaraf antarabangsa ini mempunyai kualiti tersendiri dan lain daripada yang lain.

4. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Sekolah Islam Rizq atau Rizq Islamic School ini berbeza daripada sekolah tahfiz yang lain kerana masih berlandaskan Kurikulum Bersepadul Sekolah Rendah (KBSR). Namun, sekolah ini mempunyai nilai tambah dengan memperkenalkan program tahfiz yang meliputi 4 subjek iaitu:
  1. Hafal Al-Quran
  2. Tajwid
  3. Tafsir Al-Quran
  4. Adab Hamalatul Quran (Adab bersama Al-Quran)

Lagi menarik, Rizq Islamic School juga menitikberatkan modul Islamik untuk melengkapkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Modul Islamik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ini merangkumi 5 subjek utama iaitu:
  1. Tauhid
  2. Akhlak
  3. Khat & Imla'
  4. Feqah
  5. Sirah


5. Kemudahan Cukup Lengkap

Jujurnya, bila kami meronda di keseluruhan kawasan sekolah, apa yang dapat diperhatikan adalah kemudahan yang ada di Rizq Islamic School adalah 'first class'. Dilengkapi dengan 16 buah kelas, auditorium, dewan, bilik permainan, padang bola, makmal Sains, Student's Lounge, kantin, kafetaria, art room, surau, locker, makmal komputer, playroom, gimnasium, perpustakaan dan kemudahan-kemudahan yang lain.


Memandangkan Rizq Islamic School mendapat pengiktirafan dan kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, dewan di sekolah ini mendapat mandat untuk menjadi lokasi peperiksaan penting seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dengan kata lain, dewan di sini akan menjadi salah satu pusat peperiksaan untuk sekolah-sekolah agama rakyat yang lain di sekitar Selangor/ Kuala Lumpur. 



Makmal Sains

Kantin

Dewan

Playroom


Student's Lounge

Student's Lounge

Kelas

Auditorium

Gimnasium


Perpustakaan


6. Keistimewaan Lain di Rizq Islamic School

Selain daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Program Hafazan Al-Quran dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA), Rizq Islamic School juga menawarkan beberapa kurikulum tambahan seperti Astronomi dan Ilmu Falak. 


Para pelajar juga akan dibekalkan ipad untuk aktiviti hafazan al-Quran dan digunakan sebagai alat bantu mengajar mengikut slot yang telah ditetapkan. Satu perkara yang menarik dan unik di sini adalah konsep "floating class". Maksudnya, para pelajar akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain bagi subjek yang berbeza. Jadi, pelajar tak akan berada di satu kelas yang sama. Ini penting untuk memberikan suasana pembelajaran yang kondusif supaya pelajar tak rasa bosan.


Konsep "playroom" pula diketengahkan untuk menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah sekali gus menjadikan sesi pembelajaran yang seronok dan menghiburkan. Nak belajar, mood happy kena ada. Barulah mudah ilmu nak masuk.  


7. Sesi Pengajian Pertama - Januari 2017

Sesi pengajian pertama di Rizq Islamic School akan bermula pada bulan Januari 2017 dab mensasarkan seramai 300 pelajar sebagai permulaan. Untuk ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Rizq International School, bolehlah dapatkan maklumat lanjut di laman sosial media seperti di bawah:

Laman Web:

Facebook:

Twitter:

Instagram

Google+:



Sekian saja sedikit-sebanyak perkongsian tentang Rizq Islamic School yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Kalau ada apa-apa pertanyaan, bolehlah hubungi terus pihak Rizq Islamic School ataupun drop komen kat bawah. InshaAllah, saya akan tolong ajukan pertanyaan tuan-puan kepada pihak yang sepatutnya. Apapun, akhir kata saya ucapkan semoga Rizq Islamic School berjaya dalam melahirkan insan Hafiz dan Hafizah yang bukan sahaja hebat dari segi agama Islam dan Al-Quran, malah cukup lengkap dengan ilmu-ilmu lain untuk menjadi professional Islam yang unggul. 


You may also like

2 comments:

  1. wah.. suka design sekolah. agak lari dan unik daripada sekolah agama yang lain. cantik dan moden!

    ReplyDelete
  2. Menarik! Suasana nampak tenang dan kemudahan yg banyak.. Cantik pun cantik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...