TIPS PENTING UNTUK KE ACEH

Kalau travel di Asia Tenggara, antara negara yang paling menambat hati adalah Indonesia dan Thailand. Mungkin kerana 2 negara ini bukan sekadar negara serumpun dengan Malaysia, malah mempunyai seribu satu tarikan. Memang banyak tempat-tempat menarik untuk diteroka. Kalau cakap pasal Thailand, pastinya bab makanan yang tiada tolok bandingnya. Murah dan sedap! Kalau cakap pasal Indonesia pulak, sudah pasti destinasi-destinasi percutian yang cantik dan menarik.




Salah satu impian aku adalah untuk travel ke bumi Aceh. Seperti yang kita semua tahu, pada tahun 2004 bumi Aceh ibarat dilanda kiamat kecil ekoran daripada tragedi tsunami. Detik 26 Disember 2004 menjadi detik bersejarah buat warga Aceh khususnya dan penduduk dunia amnya. Tragedi tsunami yang maha dahsyat itu telah mengorbankan lebih kurang 230,000 nyawa. Bukan setakat itu, malah tsunami yang melanda Aceh juga turut melanda beberapa negara jiran lain termasuklah negara kita Malaysia. Jadi, ini menjadi daya penarik untuk aku sendiri menjejakkan kaki di bumi Aceh. Yang dulunya seringkali merusuh, kemudian dilanda tsunami dahsyat dan kini bangkit menjadi sebuah wilayah yang aman tenteram dan menjadi salah satu destinasi percutian pelancong asing.





Dalam proses planning untuk travel ke Aceh, aku ada baca sedikit-sebanyak tentang tempat-tempat menarik di sekitar Aceh. So, sambil duk buat homework tentang Aceh, aku randomly tweet untuk tanya pendapat dan pengalaman rakan-rakan di twitter. So, ini lah antara perkongsian menarik yang mereka kongsikan. Btw, thank you so much untuk kawan-kawan yang sudi meluangkan masa dan share experience mereka tentang Aceh. Untuk memudahkan korang cari info dan gambaran ringkas tentang Aceh, aku letak kat sini untuk rujukan semua. Tips Penting Untuk Ke Aceh yang mesti korang tahu. Semoga bermanfaat!


1. Melawat Muzium Tsunami

Ini antara cadangan yang diusulkan untuk sesiapa saja yang berhajat nak berkunjung ke Aceh. Jangan lupa, untuk singgah di Muzium Tsunami Aceh. Seriously, tak lengkap kalau datang ke Aceh tapi tak sempat singgah di sini. Macam-macam sejarah dan gambar semasa tragedi tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu ada disimpan di sini. Worth it! Untuk pengetahuan korang, masuk ke Muzium Tsunami ni adalah percuma!








2. Mencuba Jus Alpukat dan Kopi Solong

Selain melawat tempat peninggalan tragedi tsunami, ada juga yang mencadangkan untuk cuba sendiri jus alpukat di Aceh. Ya, Indonesia memang terkenal dengan jus alpukat. Kalau korang ke mana-mana destinasi percutian di Indonesia, jangan lupa order dan cuba sendiri jus alpukat. Satu lagi kena try kopi solong. Ada yang kata kopi kat Aceh ni best. Hah, jangan lupa letakkan dalam bucket list korang kalau nak travel ke Aceh.


3. Explore Pulau Sabang atau dikenali sebagai Pulau Weh

Seterusnya, bila sampai di Banda Aceh, jangan lupa untuk pergi explore Pulau Sabang atau dikenali sebagai Pulau Weh oleh warga tempatan. Antara pulau yang tercantik dan best untuk aktiviti snorkeling dan diving. Pulau Weh ni boleh ronda-ronda naik motosikal. Perjalanan dari Banda Aceh ke Sabang atau Pulau Weh kena naik feri/ bot.


4. Mengunjui Zero Kilometer Indonesia

Bila sampai di Sabang atau Pulau Weh, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Zero Kilometer Indonesia. Orang tempatan panggil Nul Kilometer. Tempat ini merupakan salah satu tarikan pelancong kerana di sinilah titik mula Indonesia. Untuk pengetahuan korang semua, di sinilah titik paling Barat Indonesia bermula. Menarik bukan?






5. Ziarah Masjid Baiturrahman

Bila dah sampai Banda Aceh, tak lengkap rasanya kalau tak melawat Masjid Agung Baiturrahman. Sebuah masjid putih yang utuh berdiri walaupun gelombang tsunami tinggi menjulang dan menghempap rumah-rumah kediaman dan bangunan-bangunan di sekitarnya. Besarnya kuasa Allah, sehinggakan ramai yang berlindung di Masjid Baiturrahman selamat daripada bencana tsunami dan paling memberi kesan adalah masjid ini utuh berdiri sehingga ke hari ini. Subhanallah!







6. Sewa motosikal untuk jalan-jalan di sekitar Pulau Sabang/ Pulau Weh

Tips paling penting untuk explore Pulau Sabang / Pulau Weh adalah dengan menyewa motosikal. Memandangkan struktur jalan di sana agak bersimpang-siur dan berbukit, perjalanan dengan motosikal adalah lebih cepat dan selamat. Pendek kata, explore satu Pulau Weh dengan motosikal akan menjanjikan satu pengalaman baru yang bermakna.







7. Mengunjugi Kapal Di Atas Rumah dan Kapal Apung

Selain Muzium Tsunami dan Masjid Baiturrahman, antara peninggalan tragedi tsunami yang patut kita kunjungi di Banda Aceh adalah Kapal Di Atas Rumah dan Kapal Apung. Kapal Di Atas Rumah menurut sejarahnya telah menyelamatkan 59 nyawa manakala kapal apung pula telah dihanyutkan oleh ombak tsunami dari Pelabuhan Ulee Lheue ke tengah Banda Aceh lebih kurang 5 kilometer. 








8. Paling singkat 4 hari 3 malam

Memandangkan penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Aceh dan dari Aceh ke Kuala Lumpur hanya sekali sehari iaitu penerbangan di awal pagi, dinasihatkan kalau korang bercadang nak ke Aceh paling tidak pun 4 hari 3 malam. So, untuk 2 hari pertama tu boleh spend time di Pulau Sabang/ Pulau Weh sama ada untuk snorkeling, diving atau jalan-jalan keliling pulau. Hari ke-3 pulak boleh spend masa untuk melawat Banda Aceh especially tempat-tempat peninggalan tsunami. So, untuk hari ke-empat just standby untuk flight balik ke Kuala Lumpur. 


9. Sewa homestay atau hotel?

Sebenarnya, untuk trip ke Aceh kali ini kami buat kerja gila. Tak book apa-apa homestay atau hotel sama ada di Pulau Weh atau Banda Aceh. Kami main terjah je. Untuk pengetahuan korang, homestay atau chalet di Pulau Weh agak banyak. Cuma depends on preference masing-masing. Kalau korang nak buat aktiviti snorkeling better stay di kawasan Iboih sebab jaraknya lagi dekat. Kalau tak kisah, kat pekan Sabang pun banyak homestay. Di Banda Aceh pulak, banyak hotel-hotel bajet boleh disewa dengan hanya walk-in. But, to be safe, especially time peak sesson, aku nasihatkan korang book awal-awal tak kira melalui agoda.com ataupun booking.com. 


10. Makanan Halal

Jangan risau, makanan halal di Aceh sangat mudah. Mana taknya, sememangnya majoriti rakyat Aceh adalah Muslim. So, bab makan tak payah risau. Sediakan duit secukupnya untuk mencuba masakan orang Aceh. Antara menu yang popular adalah Mee Razali, Mee Abah, Gulai Aceh, Es Teler, Es Jeruk. Kopi Aceh, Kopi Sulong dan Jus Alpukat. 


Sampai di sini saja untuk perkongsian serba ringkas tentang tips penting untuk ke Aceh. Nantikan perkongsian pengalaman aku dan kawan-kawan meneroka Aceh selama 3 hari 2 malam dalam artikel selanjutnya. Ada apa-apa persoalan tentang Aceh boleh ajukan di ruangan komen. InshaAllah, aku akan ceritakan dengan lebih terperinci dalam perkongsian yang akan datang. Untuk korang yang pernah pergi ke Aceh, bolehlah juga sama-sama share pengalaman masing-masing kat sini. Mungkin, lain orang lain pengalamannya. Sama-sama kita berkongsi info untuk rujukan akan datang.


Kepada korang yang plan nak ke Aceh, selamat mengembara! Aceh adalah destinasi yang best untuk dikunjungi. Orangnya baik-baik, makanan pun sedap-sedap, dan pastinya kembara korang ke bumi Aceh pastinya akan meninggalkan seribu satu makna. Belajarlah dari sejarah bumi Aceh, bagaimana mereka bangkit setelah diuji dengan hebat. Never lose hope, you'll never know what tomorrow will bring! 

Post a Comment

9 Comments

  1. aku suka trip sebegini..aku value dia tersendiri.

    eh, ayam penyet takde dlm list ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. trip main redah ni best. Sebab kita tak expect apa-apa
      Outcomes, not bad. Macam-macam experience dapat

      Delete
  2. Replies
    1. orite, sure. Nanti saya share details ye pasal Pulau Weh dan Banda Aceh

      Delete
  3. salam..saya suka dengan perkongsian ini.Boleh jadikan guideline saya yang ke aceh bulan 2 nanti :D..saya ada satu pertanyaan? Untuk pengunjung wajib ke bertudung? maksud saya boleh ke free hair di aceh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusssalam

      Ada juga yang tak bertudung kat sana. Tak pasti pulak wajib ke tak. Rasanya, it's ok kot. But, better pakai tudung kalau nak melawat masjid, muzium tsunami tu semua 😊

      Delete
  4. Nk Ke Aceh / Pulau Weh / Sabang Boleh Contact Abam Syah , Ramai orang Malaysia kenal dia , Service Tip Top , Ni Whatsapp dia +6285277823343
    Tengok review dia kat FB : www.facebook.com/Bandaachehtour

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wr wb. Bila puan2 dan tuan butuh kreta sewa di aceh bleh call sye di +6281263979828. saye siap drop tuan2 dan puan2 kat Bandara Sultan Iskandar muda Banda Aceh. Wassalam

    ReplyDelete
  6. Hi saya try cari post pasal pengalam korang 3h 2m acheh. tapi tak jumpa. boleh share link?

    ReplyDelete