RESTORAN TAJUDIN NASI BERIANI

/
0 Comments
Restoran Tajudin Nasi Beriani merupakan salah satu restoran Nasi Beriani yang terkenal di Kuala Lumpur. Macam mana aku boleh try nasi beriani ni? Actually, sejak masuk kerja since 2012 sampailah tahun 2015, ada seorang akak kat office selalu belanja nasi beriani ni sekali setahun setiap kali bonus. Satu office dia belanja. Makan ramai-ramai kat pantry. Seronok! Tapi, mulai tahun ni sampai tahun mendatang, takde dah. Akak tu dah resign hujung tahun lepas. Nasi beriani tu tetap ada, cuma kena pi beli sendiri, muahaha. Apapun, semoga akak sentiasa sihat walafiat dan bahagia di samping keluarga tercinta. Amin.




Nak lepaskan rindu nak makan nasi beriani ni, gigih pergi ke Restoran Tajudin Nasi Beriani yang terletak berhampiran dengan Central Market time lunch hour. Alang-alang pergi tempeh souvenir di Central Market, lepas tu singgah makan tengah hari. Harga macam mana? Sangat sangat murah. Satu pinggan nasi beriani dengan seketul ayam goreng berempah, papadom satu paket dan teh o ais cuma RM8. Harga murah, rasa sedap, memang berbaloi-baloi. Konpem akan repeat lagi makan kat sini. 




Sebenarnyua, ni pengalaman first time aku datang makan kat kedai dia sendiri. Biasa tapau makan kat office je. Dah tau tempat, boleh la selalu datang nanti. Siapa pernah try makan nasi beriani kat sini? Apa komen anda? Sedap kan? Jadi, kepada kawan-kawan yang teringin nak cuba nasi beriani di Restoran Tajudin, alang-alang lalu-lalang area Jalan Hang Kasturi atau pergi jalan-jalan di Central Market, apa kata singgah dan try makan sini. Alamat penuh seperti di bawah. Selamat mencuba!


Restoran Tajudin Nasi Beriani
No 8, Jalan Hang Kasturi,
50000 Kuala Lumpur

Dibuka setiap hari dari jam 6 pagi ke 6 petang


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...