MAKANAN ARAB MURAH DI KL

Setiap kali waktu lunch, kalau abang dan akak kat office ajak pergi makan, mesti aku excited nak follow. Sebab aku yakin, orang yang dah lama berkerja kat sini pasti dah tahu selok-belok tempat-tempat makan yang best di sekitar KL. Memandangkan aku ni pun, boleh tahan fanatic bab-bab makan ni, inilah peluangnya. Jadi, secara tak langsung kami tubuhkan team jalan-jalan cari makan, hahaha. 


Boleh rujuk perkongsian aku dalam episod-episod sebelum ni ye. Cewah, dah macam rancangan kat TV pulak dak? Apapun, korang layan je lah eh. Mana tahu boleh jadi rujukan untuk korang cari tempat-tempat makan best di sekitar KL. Aku yakin, mesti ada antara kita-kita semua ni, tak pernah pun singgah makan kat kedai-kedai yang aku ceritakan ni walaupun mereka wujud dah bertahun-tahun lamanya di sekitar KL.


Episod 1:

Episod 2:

Episod 3:


Ok, sekarang kita berada di Episod 4 : Makanan Arab paling murah di KL! Bab MURAH dan SEDAP, memang aku sangat concern dalam perihal makan-makan. Tapi, semestinya SEDAP comes first la. Kalau SEDAP, tapi MAHAL pun sanggup. Kalau MURAH dan SEDAP, itu BONUS. Tapi, kalau MAHAL tapi TAK SEDAP, bye bye la jawabnya. Pendek kata, lokasi yang aku pergi kali ni jatuh dalam kategori WAJIB SINGGAH sebabnya MURAH dan SEDAP!




Ada ke peminat tegar makanan Arab kat sini? Nasi Arab ke, Nasi Mandy ke, Shawarma ke, haa sebut apa lagi makanan Arab yang korang suka. Semuanya ada di Restoran Suria ni. Lokasi kat mana? Kalau dari Busana MARA, korang pergi terus je. Lepas office Sendayu Tinggi, lepas Tune Hotel, korang akan jumpa Makanan Arab Suria Restaurant! Kedai dia Nampak buruk je, kecik je dari luar. Kat depan tu, first korang akan nampak ayam dan kambing tengah duk dipanggang di bahagian depan kedai. Don't worry, ada ruang makan kat dalam tuh. Masuk je buat macam rumah sendiri.



First time aku sampai sini pun, agak terkejut. First impression, "hah, macam ni je kedai dia?". But then, bila masuk. Wow! Haa, betullah orang kata, "don't judge a book by its cover". Betul sangat lah tu. Restoran Suria ni ibarat kat luar rumah pangsa, kat dalam kondominium beb. Tak percaya? Sat na, aku share gambar kat dalam restoran pulak untuk tontonan umum especially untuk korang yang tak pernah sampai.




Haaa, macam mana agak-agak bila tengok kat dalam macam ni. Ya Allah, bersih dan tak seperti yang aku bayangkan, hahaha. Siap ada aircond lagi. Fuh, dah macam makan kat hotel 5 bintang *ok, ini propa*. But, seriously sangat sangat selesa.



Mula-mula, macam biasalah kita tenung dulu menu fikir nak order apa. Tapi, tak payah fikir panjang la ye. Meh aku share terus apa yang patut korang order kalau first time nak try. First, mandy chicken yang sememangnya sangat sangat murah kat sini. Hanya RM7 sepinggan! Kalau korang nak advance sikit, boleh order mandy lamb dengan harga RM13 sahaja. Kenapa SAHAJA? Cuba korang pergi makan di kedai makanan Arab yang lain, aku yakin belum tentu korang akan dapat dengan harga ni. Kalau ada restoran yang ada jual pada harga yang sama atau lebih murah dari sini, please let me know. Aku nak terjah ke sana pulak.


 Chicken mandy RM7

 Beef mandy RM13

So far, dah 2 kali aku makan kat sini. First time pergi order nasi mandi kambing dan kali ke-2 order nasi mandi ayam pulak. So, dah try dua-dua. Rasa dia memang sedap especially sup dia dan sambal. Kami siap minta extra sambal lagi. Banyak lagi menu-menu lain yang best dan harus aku try next time.


Tips jimat: Order milo ais RM2.50 atau the ais RM2.50. Harga minuman lain agak mahal. So, kalau nak lunch bawah RM10, still boleh dapat di Restoran Suria dengan hidangan chicken mandy plus milo/teh ais. 

So guys, aku sarankan korang pergi try makanan Arab kat Restoran Suria ni. MURAH dan SEDAP. Kalau pergi sekali, konpem rasa nak datang lagi. Apapun, selamat mencuba. Nanti share ye experience korang kalau dah pergi try. Oh lagi satu, kalau ada port makan yang best-best lagi di KL, jangan lupa bagitahu, hehehe.

Post a Comment

12 Comments

  1. suka juga, tapi dulu selalu makan. sekarang macam muak pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru 2 kali makan situ, so far not bad.
      Dah muak nanti, boleh try menu lain atau restoran lain pulak,hehe

      Delete
  2. sekarang suka masak sendiri, senang juga

    ReplyDelete
  3. ooo...jauh tuuu...kalau ada area ampang nnt cer kabooorrr~!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada satu lagi cawangan dia, tapi lupa kat mana

      Delete
  4. Terlihat enak sekali beef mandy nya dan murah harga nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat murah dan sedap.
      Jom datang KL, saya belanja

      Delete
  5. Amboi bila nak makan sama dengan Pena ni hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, bila food blogger femes ada masa free ni
      Jom la pi makan sekali

      Delete