KEBAB JALAN TAR TERBAIK DI KUALA LUMPUR

/
4 Comments
Kebab Jalan TAR (Tunku Abdul Rahman) merupakan Kebab terbaik di Kuala Lumpur. Kalau tanya orang-orang yang kerja di sekitar Kuala Lumpur, rata-rata akan cakap Kebab Jalan TAR ni kebab paling lagend. Nak tahu kenapa? Sebabnya, gerai kebab ni mula beroperasi sejak tahun 1986. Wow, kagum jap bila tahu. Lama betul kebab ni bertahan sampai sekarang. Salute! Boleh korang bayangkan tak, dah berapa generasi yang rasa dan nikmati kebab ini? Kalau nak dihitung, kebab ni wujud sebelum aku dilahirkan lagi, hahaha. Persoalannya, kebab ni betul-betul sedap ke atau sebab apa yang membuatkan kebab ni bertahan sampai hari ini? 




Aku ni bila orang cakap tempat makan-makan yang best, terus tak senang duduk nak pergi try. Jadi, nak menjawab persoalan yang duk berlegar kat fikiran, aku pun cuba lah pergi cari Kebab Jalan TAR time waktu lunch dengan bantuan abang kat office. Actually, first time tahu pasal ni bila duk sembang-sembang dengan kak Rosmaria. Dia ada cerita kebab Jalan TAR tu famous sejak dari dulu lagi. Bila abang kat office ni ajak pi beli kebab kat situ, terus aku follow. 


Lokasi kat mana? Kalau nak tahu, Kebab Jalan TAR ni terletak tak jauh dari KAMDAR Jalan TAR. Lepas KAMDAR tu, menapak je sikit lagi, ada gerai kecil kat bucu bangunan tepi jalan. Kalau dari SOGO tu, menapak dalam 5-10 minit je.


Waktu operasi Kebab Jalan TAR bermula jam 12:30 tengah hari. Kami sampai lebih kurang 12:30 tengah hari, dorang baru duk set-up gerai. Terus order dan pergi merayap dulu ke tempat lain. Malas nak tunggu. Orang cerita, kalau pergi lambat ke sini, memang kena beratur panjang. Tengok, hebat betul kan penangan Kebab Jalan TAR ni. Pi minum air kelapa dulu seround, on the way balik singgah ambik. Gerai kebab ni bukak sampai petang. Tapi, tak setiap hari dia buka. Kadang-kadang tutup. Atas nasib lah jugak.


Harga Kebab Jalan TAR buat masa ni RM3.50 untuk kebab biasa dan RM4.50 untuk roti pita. First timer katakan, so aku pun order 1 kebab biasa dan satu roti pita. Ingatkan tamak dah order sampai dua. Rupanya, bila sampai office, ngap ngap ngap. Macam tak cukup pulak, hahahaha. Menyesal beli dua. Seriously, pada pendapat aku memang sedap. Rasa dia lebih sedap dari Kyros Kebab tu. Owh, dah pekena sekali rasa macam kena repeat lagi next time. Still tak dapat nak move on dengan keenakan dan kesedapan Kebab Jalan TAR.


Pssst, 3 tahun duk KL, baru ada peluang nak try. Korang pernah cuba makan kebab ni? Amacam, ok ke idok? Mesti masing-masing ada cerita kan kalau buka topik pasal Kebab Jalan TAR. Mana taknya, dah berzaman wujud dan masih gah kat situ sampai hari ini.


You may also like

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...