MAGGIE KAMBING SEDAP DI MMA SANTAI CORNER

Maggie Kambing sedap kat mana? Kalau korang tengah mencari-mencari tapi still tak jumpa lagi jawapan, nah Maggie kambing sedap ada di MMA Santai Corner. Kat mana tu, ? Korang waze je, "MMA Santai Corner". Sampai situ, park kereta, menapak sikit dan cari gerai D'Laila Mee Udang.


Char kuey teow ketam dah pernah try. So, teringin jugaklah nak try Maggie kambing pulak. Hermmm, dah lama teringin nak makan. Dari tahun lepas lagi (padahal tahun 2016 baru masuk 4 hari, muahaha), Alhamdulillah, sempena tahun baru ni dah lepas hajat nak makan Maggie Kambing. Omnomnom! Terima kasih +Ahmad Fauzi Aryaan dan +Mawardi Yunus Next time, kita pi try bubur nasi special pulak ye.



Oh, sebelum bercerita panjang pasal Maggie kambing special ni, meh nak cerita sikit pasal D'Laila Mee Udang. Actually, D'Laila Mee Udang ni bukan je jual mee udang semata-mata. Macam-macam menu lagi ada kat sini. Ikan patin masak lemak tempoyak ada, telur mayong ada, masak lemak cili padi ada, asam pedas ada, dan macam-macam lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca story yang pernah aku tulis sebelum ni.

KLIK

KLIK


Back to topic! Sebenarnya gigih pergi ke MMA Santai Corner sebab nak try bubur nasi special di D'Laila Mee Udang. Tapi malangnya, kak Laila tak start jual lagi bubur nasi. Kempunan! Untuk menghilangkan kehampaan, apa lagi. Order Maggie Kambing special. First time dalam hidup ni nak makan Maggie Kambing. Biasa duk makan kambing bakar, kambing golek, Nasi Beriani Kambing je. Hah, kali ni try Maggie Kambing pulak.




Tu dia! Maggie kambing sudah sampai. Siap dengan straw haa dia bagi. Macam makan sup gear box pun ada. Cayalah! Semangkuk besar ni, boleh share 2 orang (bajet nak jaga makan, padahal baru lepas bedal pulut manga dan somtam, keh3). Melainkan, korang makan banyak, memang satu mangkuk tu cun cun cukup! wakakaka. Maggie Kambing memang umphhh! Lain dari yang lain. Kuah dia pun sedap, aku suka. Kambing tok sah cakap lah, memang favorite. Bila bergabung, meletop kebaboom.  




Nah, kita zoom in sikit kasik kecur liur. So, kalau korang nak try Maggie kambing special ni, bolehlah pakat pergi ke D'Laila Mee Udang yang terletak di MMA Santai Corner, Nilai. Gerenti puas hati, macam-macam ada kat situ. Tak nak makan Maggie kambing, boleh try Mee Udang. Yang penting, masakan kak Laila yummeh! Datang sekali, memang konpem nak repeat lagi. Kalau ada yang plan nak pergi bersama family atau teman dan taulan, boleh refer alamat kat bawah. Selamat mencuba.


D'Laila Mee Udang

Alamat:
MMA Santai Corner
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:
5:00 petang - 12:00 malam

Post a Comment

2 Comments

  1. Mak aih! Terliur tengok. Kena pula baca time sekarang ni. Memang demand semacam la perut ni. hahaha

    ReplyDelete