Buffet Ramadan 2015 : AnCasa Hotel Kuala Lumpur

/
2 Comments
Ada lagi rupa-rupanya orang yang masih duk tercari-cari Buffet Ramadan best di Kuala Lumpur. Rasanya, macam dah banyak share tempat-tempat buffet Ramadan dalam segmen Destinasi Ramadan 2015. Ok, kali ni kita teruskan dengan satu lagi lokasi menarik iaitu hotel yang terletak betul-betul di pusat bandar Kuala Lumpur. Hotel mana? Tak lain tak bukan, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Mudah-mudahan, dengan perkongsian kali ni, korang jumpa la ye destinasi pilihan untuk berbuka puasa bersama family dan teman-teman. Aku bagi cadangan, korang pilih. Aci tak?


Ruang makan di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


Buffet Ramadan di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Untuk Buffet Ramadan tahun ni, AnCasa Hotel menyediakan lebih kurang 120 juadah untuk berbuka puasa termasuk gerai yang memasak secara live seperti cucuk udang dan  apam balik. Menu lain yang turut menjadi tarikan utama adalah Nasi Kerabu dan Satay. Konsep "Selera Desa" di AnCasa Hotel menjanjikan juadah yang mampu buat korang semua mengubat rindu untuk berbuka puasa bersama family di kampung halaman.


Aneka juadah Selera Desa


Chef Mariam’s specialties adalah menyediakan menu warisan seperti Rendang Itik dan Rendang Burung Puyuh. Menu ini memang best bila dimakan bersama Nasi Briyani. Tidak ketinggalan, untuk korang yang suka makan Ikan Bakar, jangan lupa serbu Ikan Bakar Station. Selain ikan bakar, terdapat pelbagai jenis seafood dan daging yang dipanggang untuk memenuhi selera. Antara menu yang paling popular adalah kambing panggang.


Nasi mandi kambing

Persembahan Ghazal

Sementara berbuka puasa, tetamu akan dihiburkan dengan alunan muzik merdu dan mengusik jiwa daripada persembahan Live Ghazal. Nak tengok lagi apa menu-menu istimewa buffet Ramadan di AnCasa Hotel? Meh nak share. 


Nasi Kerabu bersama daging bakar dan ikan celup tepung


Ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal


Aneka makanan Melayu


Laksa, mee dan bihun




Teh tarik


Air Batu Campur (ABC) dan Ais Jagung


Buah-buahan


Jangan lupa untuk mencuba sendiri hasil air tangan Chef Syukri dengan pelbagai jenis kek dan kuih melayu tradisiona.


Pelbagai jenis kek dan puding


Pilihan minuman

Jadi, untuk korang yang teringin untuk mencuba ‘Selera Desa’ Ramadan Buffet di AnCasa Hotel, boleh buat tempahan dari sekarang sehingga 16 July 2015. Ramadan Buffet bermula pada jam 6:30 petang dan berakhir pada jam 10:00 malam. Harga untuk Ramadan Buffet di AnCasa Hotel adalah RM65.00nett (Dewasa) dan RM45.00nett (Kanak-kanak). Private Group Bookings melebihi 100 orang juga boleh dibuat dengan menghubungi pihak AnCasa Hotel. Jom jom, book cepat-cepat sebelum terlambat!

For further information and reservations, please call:
(03) 2026 6060 ext. 7901 or 7902. 
 Majlis Berbuka Bersama Anak Yatim dari Rumah Kasih Nurul Hasanah
Sempena majlis pelancaran Buffet Ramadan di AnCasa Hotel baru-baru ni, pihak AnCasa Hotel telah mengadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk dan mengagihkan kepada warga Kuala Lumpur.



Majlis bermula seawal jam 3 petang dan telah berjaya diagihkan kepada lebih kurang 700 orang di sekitar kawasan Pudu Sentral dan Chinatown. Kalau korang nak tahu, tiap-tiap tahun acara kacau bubur lambuk dan mengagihkan bubur lambuk diadakan di AnCasa Hotel. Pendek kata, dah jadi tradisi sejak 16 tahun yang lalu. Fuyoh! Kipidap! 


Acara diteruskan lagi dengan majlis berbuka puasa bersama 40 anak-anak dari Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ukay Heights. Selesai saja majlis berbuka dan solat Maghrib, Senior Management of UDA Holdings mengagihkan duit raya dan baju raya kepada semua anak-anak dari  Rumah Kasih Nurul Hasanah yang datang.
.

Tahniah kepada pihak AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur kerana berjaya mengadakan majlis yang cukup bermakna especially kepada anak-anak dari Rumah Kasih Nurul Hasanah. Semoga usaha murni macam ni dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.
.


Jujurnya,  aku berbesar hati dapat bersama untuk meraikan mereka yang kurang bernasib baik. At least, kita bersyukur dengan apa yang ada dan ringankan tulang untuk turut sama  membantu mereka yang memerlukan. Thank you AnCasa Hotel especially Achik for inviting us! See you again next time, inshaAllah.



Achik - Eazy - Mawardi - penaberkala - Kaio
INFO!
AnCasa Hotels & Resorts are also located at Port Dickson, Pekan, Pahang and Penang. Please visit their website at: www.ancasahotels.com for the best rates on the internet.



NOTA KAKI
Terima kasih AnCasa Hotel untuk jemputan kali ni. Buffet Ramadan Selera Desa kat sini memang terbaik especially nasi kerabu! Yeah, my favorite. Sekian saja perkongsian tentang Destinasi Ramadan 2015 untuk edisi buffet Ramadan kali ini. Sampai kita bertemu lagi di lokasi seterusnya. Kat mana? Tunggu!!!


You may also like

2 comments:

  1. waaaa.. memang banyak pilihan kan. tak terpilih rasanya dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilih yang betul-betul nk makan je, haha
      nasi kerabu dia best

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...