SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H/ 2015 DI PUTRAJAYA

Alhamdulillah, tahun ni berpeluang dan berkesempatan untuk turut serta dalam perarakan dan sambutan Maulidur Rasul 1436H / 2015M di Putrajaya. Ini pun namanya rezeki. Mana taknya, dalam beratus-ratus orang yang memohon, cuma 70 peserta lelaki dan 30 peserta perempuan dipilih untuk mewakili syarikat. Satu peluang untuk timba pengalaman baru.

Awal-awal pagi dah kejut housemate minta tolong hantar ke office. Terima kasih Fairul. Bertolak dari rumah seawal 4:00 pagi.  Breakfast di cafeteria. Berkumpul. Tepat jam 5:00 pagi bergerak ke Putrajaya dengan menaiki 3 buah bas. Sampai di Masjid Besi, Putrajaya dan solat subuh berjemaah. Kemudian, berkumpul di depan Palace of Justice mengikut kontinjen masing-masing tunggu masa untuk berarak dan berselawat. Berjalan sambil selawat sampai ke Masjid Putrajaya. Memory saved! Semua itu adalah pengalaman indah.  

Imam Besar Masjid Negara Kuala Lumpur, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, dikurniakan Anugerah Perdana Maulidur Rasul sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.
Syaikh Ismail membawa pulang RM50,000 tunai, trofi dan sijil penghargaan.
Selain itu, lapan tokoh lain turut terpilih untuk menerima Anugerah Maulidur Rasul.
Mereka ialah Ahli Jawatankuasa Syariyyah (Fatwa) Majlis Hal Ehwal Islam Perak, Datuk Saleh Mad @ Ahmad; Juruacara Bahasa Arab Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Datuk Mahamud Abdul; Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Pensyarah Universiti Malaya yang juga penceramah terkenal Profesor Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail.
Penerima lain termasuk Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kolonel Mohd Sakri Hussin; penceramah bebas yang juga bekas vokalis nasyid kumpulan Raihan, Nazrey Johani; penceramah bebas, Muhammad Abdullah dan atlet paralimpik, Mohd Azlan Mat Lazin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21285?m=1#sthash.VytdFFlX.dpuf

Seramai 12,325 orang peserta telah turut serta dalam perarakan tahun ini yang terdiri daripada 140 kontinjen. Antara kontinjen yang mengambil bahagian adalah 68 agensi kerajaan, 33 badan berkanun, 13 swasta, 10 badan beruniform, 4 sekolah, 6 institut pengajian tinggi dan 6 badan bukan kerajaan. Memang meriah. Masing-masing dengan warna tema dan sepanduk tersendiri. Macam-macam pesen ada. Penuh warna-warni. Mabuk color kejap hari ni, lol. Dengan penuh semangat, kami semua berarak sambil berselawat sejauh 1.8km bermula dari hadapan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra.

Dalam sambutan Maulidur Rasul 1436H, selain majlis bacaan tilawah al-Quran dan ucapan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ada juga majlis penyampaian anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1436H. Antara individu yang dibobatkan sebagai Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 1436H/2015 ialah Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Beliau adalah anak kelahiran Dungun, Terengganu. Selain itu, 8 individu lain yang turut dinobatkan adalah seperti berikut:

Anugerah Maulidur Rasul 1436H/ 2015

Imam Besar Masjid Negara Kuala Lumpur, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, dikurniakan Anugerah Perdana Maulidur Rasul sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.
Syaikh Ismail membawa pulang RM50,000 tunai, trofi dan sijil penghargaan.
Selain itu, lapan tokoh lain turut terpilih untuk menerima Anugerah Maulidur Rasul.
Mereka ialah Ahli Jawatankuasa Syariyyah (Fatwa) Majlis Hal Ehwal Islam Perak, Datuk Saleh Mad @ Ahmad; Juruacara Bahasa Arab Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Datuk Mahamud Abdul; Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Pensyarah Universiti Malaya yang juga penceramah terkenal Profesor Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail.
Penerima lain termasuk Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kolonel Mohd Sakri Hussin; penceramah bebas yang juga bekas vokalis nasyid kumpulan Raihan, Nazrey Johani; penceramah bebas, Muhammad Abdullah dan atlet paralimpik, Mohd Azlan Mat Lazin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21285?m=1#sthash.VytdFFlX.dpuf
Ahli akademik
Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail
Prof. Madya. Dr. Hafidzi Mohd. Noor
Datuk Saleh Mad
Datuk Mahamud Abdul

Penyanyi nasyid
Nazrey Johari

Pendakwah bebas
Muhammad Abdullah

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara
Kolonel Mohd. Sakri Husin 

Atlet paralimpad
Mohd. Azlan Mat Lazim.

Jujurnya, ini kali pertama join perarakan dan sambutan Maulidur Rasul setelah berbelas tahun tak join. Last time rasanya waktu sekolah rendah dulu. Masa tu aktif join pasukan nasyid sekolah. Dulu ada buat blogpost pasal lagu-lagu nasyid mengenai Rasulullah S.A.W sempena Maulidur Rasul. Teks selawat pun ada sekali. Kalau nak boleh rujuk kat sini.

Sebagai refleksi diri, satu soalan aku tanya pada diri. "Aku ingat ke selawat kalau tak rujuk teks?". Jawapan jujur sebelum ini, masih lagi tergagap-gagap. Malu beb! Tapi hari ini, alhamdulillah dah ingat dan lancar. Ok la tuh, kira objektif melibatkan diri dalam perarakan Maulidur Rasul dah tercapai, hehe. Permulaan tahun baru 2015 yang baik. 

Konklusinya kat sini, aku join perarakan Maulidur Rasul ni bukannya nak suka-suka semata-mata. Aku yakin, orang yang duk kat rumah pun, ada yang jauh lebih baik. Yang selalu selawat ke atas baginda tanpa menunggu hari Maulidur Rasul. Cumanya, kali ini aku ambil pendekatan untuk mencuba sesuatu yang baru dan ambil pengalaman ini sebagai titik-tolak permulaan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dan, aku tahu bukan setiap orang berpeluang untuk join sambutan sebegini. Mungkin aku berjaya join tahun ni, tapi untuk tahun-tahun mendatang belum tentu. Syukur untuk peluang kali ni. Alhamdulillah!

Salam Maulidur Rasul
"Perpaduan Nadi Transformasi Negara"
Imam Besar Masjid Negara Kuala Lumpur, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, dikurniakan Anugerah Perdana Maulidur Rasul sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.
Syaikh Ismail membawa pulang RM50,000 tunai, trofi dan sijil penghargaan.
Selain itu, lapan tokoh lain turut terpilih untuk menerima Anugerah Maulidur Rasul.
Mereka ialah Ahli Jawatankuasa Syariyyah (Fatwa) Majlis Hal Ehwal Islam Perak, Datuk Saleh Mad @ Ahmad; Juruacara Bahasa Arab Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Datuk Mahamud Abdul; Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Pensyarah Universiti Malaya yang juga penceramah terkenal Profesor Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail.
Penerima lain termasuk Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kolonel Mohd Sakri Hussin; penceramah bebas yang juga bekas vokalis nasyid kumpulan Raihan, Nazrey Johani; penceramah bebas, Muhammad Abdullah dan atlet paralimpik, Mohd Azlan Mat Lazin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21285?m=1#sthash.VytdFFlX.dpuf

Post a Comment

0 Comments