COCONUT SHAKE BEST DI MELAKA

/
7 Comments
Kalau orang tanya, "Kat mana coconut shake yang best di Melaka?" Rata-rata rakyat Malaysia akan jawab, "Coconut Shake Klebang". Ya, aku pun pernah try minum coconut shake di Klebang. Memang umphhh. Tak dapat dinafikan, memang sedap. Lagi menarik, kalau korang pergi ke sana siap boleh tengok ada drive-thru. Pergh, dah macam KFC dan McDonalds. Apa? Korang ingat anak tempatan tak boleh maju? Yang penting, produk terbaik, kualiti terjamin. Konpem meletup! Padahal bukak warung depan halaman rumah je.


Ok, kali ni aku nak berkongsi satu lagi tempat minum coconut shake yang best di Melaka. Nak tahu kat mana? Tak lain dan tak bukan Coconut Shake Batu Berendam. Pernah pergi ke tidak? Kalau korang belum pernah try, apa kata tanya orang-orang yang dah try sedap ke tidak. Aku malas nak gebang lebih. Sebab kat sini pun, not bad. Boleh tahan coconut shake dia. Sedap. Kalau lidah aku yang merasa ni menipu, maka jari aku yang menaip ni pun menipu jugak lah nampak gayanya, haha.



Di Coconut Shake Batu Berendam pun boleh tahan sesak orang beratur nak beli coconut shake. Bezanya kat sini dengan Klebang, kat sini takde drive-thru. Lagipun, gerai dia betul-betul tepi jalan. Mudah, alang-alang lalu-lalang pun orang boleh singgah, cuma park kereta tepi jalan. Tips dia, kalau korang nak minum kat situ, tak payah la gigih beratur yer. Korang pi je duduk, then order. Settle! Ramai-ramai yang gigih beratur tu sebab dorang nak take away. *belajar dari pengalaman sendiri,lol*



Waktu operasi Coconut Shake Batu Berendam? Alang-alang tu, mai nak share sikit info. Nanti, korang gigih pergi jauh-jauh nak try coconut shake, tutup pulak. Nanya beb! Kalau nak tahu, mereka beroperasi setiap hari, kalau hari Isnin hingga Sabtu bermula dari 9:30 pagi hingga 10:30 malam. Hari Ahad special sikit, untuk bungkus (take away) saja, dibuka dari  pukul 9:30 pagi hingga 4:00 petang.



Dari segi harga pulak, memang berpatutan. Coconut shake biasa RM2.50, Coconut Shake Special RM3.00 dan Coconut Shake Double Special RM3.50. Apa beza yang biasa, special dan double special? Hah, bezanya cuma bilangan scoop ice cream vanilla jenama Wall's. Special 1 scoop, double special 2 scoops. Pilih lah mana yang berkenan.


Apa lagi yang special di Coconut Shake Batu Berendam? Kat atas meja, akan ada satu jug air kelapa yang boleh korang refill secara percuma! Jadi, apa tunggu lagi. Kalau korang rasa nak try coconut shake terbaik di Melaka, selain daripada Coconut Shake Klebang korang boleh juga try Coconut Shake Batu Berendam.


Apapun, terima kasih kepada Amin, orang Melaka sejati sebab recommendkan tempat best ni pada kami semua. Selesai je bertandang ke Majlis Perkahwinan Adi dan Syida, terus kami bergerak ke sana. Lama betul tak jumpa dorang semua ni. Rindu family CJ7. Apapun, terima kasih Hanifi, Luqman, Safwan Diah dan Yuyue. Panjang umur, murah rezeki, kita jumpa lagi. 


Sebenarnya, tiga kali menjejakkan kaki ke Melaka masih belum cukup dan masih belum puas untuk aku selongkar apa lagi yang ada kat Melaka ni. So far, antara tempat-tempat menarik di Melaka yang boleh korang lawati, boleh baca di blogpost Tempat-tempat Menarik di Melaka.


You may also like

7 comments:

  1. Replies
    1. gang projek travel kena gi try ni..
      sambil-sambil gi jenguk Bustel

      Delete
  2. oo ni kat batu berendam. k lily selalu beli kat klebang tuh.. original punye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Klebang dah pernah try.. ni try tempat baru pulak

      Delete
  3. Replies
    1. memang sedap... klu pergi Melaka, jangan lupa singgah try

      Delete
  4. Kita boleh dapatkan senarai homestay Melaka yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Bagi penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan ke Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang boleh lawati http://www.indahkembara.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...