KALENDAR CUTI UMUM TAHUN 2015

"Cuti Tahun Baru Cina bila eh? Cuti Raya Aidilfitri  pulak bila? Jap jap,cuti Raya Haji bila?" Hah, itu lah antara dialog-dialog yang terpacul keluar bila masuk je tahun baru. Bukan apa, sibuk bertanya tu sebab mudah nak plan beli tiket balik kampung, nak apply cuti, nak travel ke sana sini dan ada juga yang nak siap-sedia buat perancangan untuk hari-hari besar seperti bertunang, nikah, kahwin dan sebagainya.




Jom kita tengok senarai cuti-cuti umum untuk tahun 2015. Jadi, boleh lah plan apa yang patut. Setiap negeri, cutinya berbeza-beza. Pandai-pandailah tengok ye. Kalau cuti jatuh hari Sabtu tuh, sedih la sikit tak dapat cuti, adeh! Tempek kat sini besar-besar, mudah nak rujuk next time. Kalau orang google, "Kalendar Cuti Umum Tahun 2015", jumpa entri ni kira sedekah la,haha. Semoga bermanfaat!


KALENDAR CUTI UMUM TAHUN 2015

TarikhHari  CutiCatatan
1 JanKhamisTahun Baru 2015Kecuali  Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
03 JanSabtuMaulidur Rasul
14 JanRabuKeputeraan YDB N. SembilanNegeri Sembilan
18 JanAhadKeputeraan Sultan KedahKedah
01 FebAhadHari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
03 FebSelasaHari ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor
19 FebKhamisTahun Baru Cina
20 FebJumaatTahun Baru Cina
04 MacRabuUlang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
03 AprilJumaatGood FridaySabah & Sarawak
15 AprilRabuHari Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26 AprilAhadKeputeraan Sultan TerengganuTerengganu
01 MeiJumaatHari Pekerja
03 MeiAhadHari Wesak
07 MeiKhamisHari HolPahang
16 MeiSabtuIsrak dan MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis
17 MeiAhadKeputeraan Raja PerlisPerlis
30 MeiSabtuHari Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah & Labuan
31 MeiAhadHari Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah & Labuan
01 JunIsninPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
02 JunSelasaPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
06 JunSabtuKeputeraan YDP Agong
18 JunKhamisAwal RamadanJohor, Kedah, Melaka
04 JulaiSabtuNuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
07 JulaiSelasaUlang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
11 JulaiSabtuHarijadi YDP Pulau PinangPulau Pinang
17 JulaiJumaatHari Raya Puasa/ Aidilfitri
18 JulaiSabtuHari Raya Puasa/ Aidilfitri
31 OgosIsninHari Kebangsaan/ Merdeka
12 SeptSabtuHarijadi YDP SarawakSarawak
16 SeptRabuHari Malaysia
24 SeptKhamisHari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha
25 SeptJumaatHari Raya Korban/ Haji/ AidiladhaKelantan, Terengganu, Kedah, Perlis
03 OktSabtuHarijadi YDP SabahSabah
09 OktJumaatHarijadi YDP MelakaMelaka
14 OktRabuAwal Muharram
24 OktSabtuKeputeraan Sultan PahangPahang
10 NovSelasaHari DeepavaliKecuali Sarawak
11 NovRabuKeputeraan Sultan KelantanKelantan
12 NovKhamisKeputeraan Sultan KelantanKelantan
18 NovRabuHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
22 NovAhadKeputeraan Sultan JohorJohor
27 NovJumaatKeputeraan Sultan PerakPerak
11 DisJumaatKeputeraan Sultan SelangorSelangor
24 DisKhamisMaulidur Rasul
25 DisJumaatHari Krismas
Rujukan : MySumber


Huh, kalau Kuala Lumpur bulan Januari takde cuti wooo. Nampaknya, bulan Februari dan bulan Mei agak best. Apapun, dah boleh start plan untuk arrange annual leave. Susun-susun jadual nak bercuti bila dan selitkan sikit-sikit aktiviti travel. Kerja-kerja juga, cuti jangan lupa. Ayuh, kita jadikan tahun 2015 lebih bermakna.

Post a Comment

0 Comments