SESAME STREET LIVE DI GENTING INTERNATIONAL SHOWROOM




Pernah terbayang tak, rancangan televisyen yang kita duk tengok time kecik-kecik dulu, tiba-tiba buat show live on stage? Contohnya, macam tengok Doraemon. Tiba-tiba, Doraemon, Nobita, Sizuka, Senior dan mak pak dia sekali terbang ke Malaysia dan buat show on stage. Boleh tengok mereka depan mata, terkedek-kedek atas pentas. Fuh, mesti semua excited kan? 


Baru-baru ni, berpeluang tengok Sesame Street Live - Elmo Makes Music di Genting International Showroom, Resorts World Genting. Hah, siapa peminat tegar Elmo and the gang time kecik-kecik dulu? Sekarang, korang berpeluang tengok Sesame Street Live show. 







Siapa tak kenal Elmo kan? Merah, berbulu dan cute, haha. Watak Elmo merupakan watak yang popular dalam siri Sesame Street. Bukan je kanak-kanak, pb yang tua bangka ni pun excited bila dapat tengok Elmo and the gang secara live. Time cuti sekolah ni, boleh la bawak anak-anak gi tengok secara live di Genting Highlands.

 
Ok, meh kita tengok sikit apa kelebihan Sesame Street ni. Sesame Street merupakan siri televisyen paling popular yang mencatat sejarah sebagai siri yang paling lama disiarkan di kaca tv iaitu selama 45 tahun. Jadi,  yang duk follow Sesame Street sejak 45 tahun yang lalu, hah ni la masanya nak mengimbau balik nostalgia lama, hehe. Kali ni, tengok live lagi. Paling penting, show ni sesuai untuk semua peringkat umur.

 


Meh nak story sikit apa lagi menarik mengenai show Sesame Street Live - Elmo Makes Music. Show ini akan mempersembahkan 12 lagu. Antara lagu popular yang akan dipersembahkan adalah C Is for Cookie dan The Alphabet Song. Pementasan ini dah pun bermula pada 28 November 2014 dan akan berakhir pada 3 Januari 2015 di Genting International Showroom.


Antara watak-watak yang akan tampil mencuit hati korang dan memeriahkan pementasan adalah Elmo, Abby Cadabby, Cookie Monster, Big Bird dan kawan-kawan mereka yang lain dalam Sesame Street. Pementasan ini deserikan dengan nyanyian dan tarian serta banyak aktiviti yang disukai oleh kanak-kanak. Bukan tu je, lagi best bila ada teknologi lampu terkini digunakan untuk menjadikan adegan tarian lebih menarik. Superb! Kita orang tua ni pun teruja bila tengok, hehe.




Produksi baru Sesame Street Live- Elmo Makes Music tampil dengan persembahan yang lebih meriah untuk para penonton. Pengarah Sesame Street Live - Elmo Makes Music, Christopher Harper sendiri kata, persembahan kali ni didatangkan dengan beberapa lagu baru yang pasti akan menjadi ikutan kanak-kanak untuk sama-sama menyanyi.




Selain show yang menarik, terdapat pelbagai character dari Sesame Street Live yang dijual dalam bentuk toys khas untuk kanak-kanak. Orang tua yang nak beli pun boleh untuk simpan buat koleksi, hehe. 



Tiket bermula dari RM88 sudah mula dijual. Untuk maklumat lanjut boleh layari di www.rwgenting.com atau telefon di 03-61011118. Apapun, terima kasih kami ucapkan kepada pihak Resorts World Genting untuk sama-sama merasai kemeriahan menonton Sesame Street Live secara langsung. Memang best dan menghiburkan.


Sesame Street Live - Elmo Makes Music ini dibawakan oleh Resorts World Genting dan diterbitkan oleh VEE Production. 

Post a Comment

2 Comments