CLASSIQUE | Koir Kebangsaan Malaysia Gegarkan Auditorium DBKL

CLASSIQUE | Koir Kebangsaan Malaysia Gegarkan Auditorium DBKL. Koir Kebangsaan Malaysia mempersembahkan konsert Classique di Auditorium DBKL pada 20-21 September 2014. Konsert ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Konsert Classique menampilkan repertoire dan segmen nyanyian lagu-lagu Klasik Melayu dan Klasik Barat. Eksited jugak lah pb bila first time tengok full konsert koir yang mantap dan best.


 
Antara barisan bloggers yang datang buat live updates di sepanjang Konsert Classique berlangsung


Majlis perasmian album Koir Kebangsaan Malaysia berjudul Voice Of Harmony

Kalau nak tahu, jurulatih vokal dan Pengarah persembahan dan vokal untuk konsert kali ini tak lain tak bukan penyanyi soprano terkenal negara iaitu Syafinaz Selamat yang turut dibantu oleh Tunku Marina Tunku Dato' Zubir, Pengarah KKM dan Amri Zane, jurulatih dan konduktor koir.


Antara VVIP yang turut hadir menonton konsert Classique adalah Datuk Ghaffar A Thambi, Timbalan Ketua Setiausaha Kebudayaan KPK dan Datuk Norliza Rofli, Pengarah JKKN.


Barisan VVIP dan 40 ahli Koir Kebangsaan Malaysia

Konsert Classique manampilkan 22 buah lagu dan dipersembahkan oleh 40 orang ahli Koir Kebangsaan Malaysia. Klasik Melayu yang dipersembahkan adalah lagu-lagu asli Melayu, inang, joget, keroncong, dan zapin. Manakala Klasik Barat pula mempersembahkan lagu-lagu dari era Renaissance hingga ke era Romantik. Pendek kata, konsert Classique kali ini mencabar kreativiti dan kemampuan Koir Kebangsaan Malaysia (KKM) sempena menyambut ulangtahun penubuhan yang ke-22 tahun. Wow, 22 tahun, 22 lagu. Apapun, jom kita tengok kemeriahan sepanjang Konsert Classique yang sempat dirakam.
 

CLASSIQUE | Koir Kebangsaan Malaysia Gegarkan Auditorium DBKL

Klasik Inggeris
Antara lagu-lagu Klasikal Barat yang dipersembahkan adalah Fanuculi Funicula, Weep You No More, Sad Fountains, Il Est Bel Et Bon, Les Filles De Cadix, Brautgesang, Suasanna Or Via Sortite (Le Nozze Di Figaro), Dall'orienta L'astro Del Giorno (Ermione - Act I), Matona Mia Cara, Shivering Chorus (King Arthur), Neighbour's Chorus (La Jolie Parfumeuse).
Lagu pembukaan konsert: Fanuculi Funicula

Gandingan mantap 4 penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal yang berbeza

Vocal mantap Rabiatul Rabaah menggegarkan satu auditorium

Suara mereka berlapis-lapis dan sedap, macam kek lapis :)

Bukan sekadar menyanyi, mereka juga berbakat dalam sketsa. Versatile!

Gandingan hebat 4 suara

Koir Kebangsaan Malaysia mempersembahkan lagu Shavering


Klasik Melayu
Lagu Klasikal Melayu yang dipersembahkan pula adalah Puteri Ledang, Dia Datang, Medley Jalak Lenteng, dan Joget Hitam Manis, Sayang Di Sayang, Bentan Telani, Medley Masri Manis dan Inang Tua, Ketawalah Lagi, Zapin Malam Pengantin, Jogen Secawan Kopi dan Joget Lambak.


Lagu Selamat Datang

Persembahan hebat dengan kombinasi teater dan nyanyian

Lagu-lagu Klasik Melayu dipersembahkan dengan gaya yang tersendiri

Persembahan solo Pian dengan gemersik suara yang unik

Persembahan yang mencuit hati penonton dengan lagu Zapin Malam Pengantin

Persembahan duo dengan nada suara yang seakan-akan sama

Persembahan terakhir Koir Kebangsaan Malaysia di Malam Konsert Classique


Apa yang boleh pb katakan sepanjang menyaksikan konsert Classique, ini adalah platform terbaik untuk membuktikan Koir Kebangsaan Malaysia (KKM) setanding dengan kumpulan koir antarabangsa yang lain. Semoga KKM akan terus mengharumkan nama negara di persada dunia sekaligus memartabatkan seni suara tanah air. 

Tahniah kepada Koir Kebagsaan Malaysia untuk persembahan yang mantap


Terima kasih kepada Miss Paris Ashikin dari Destination Malaysia kerana menjemput pb dan rakan bloggers yang lain untuk turut serta menyaksikan konsert Classique oleh Koir Kebangsaan Malaysia yang telah berjaya gegarkan satu Auditorium DBKL dengan kehebatan vokal masing-masing. Salute!


Untuk gambar-gambar lain yang menarik dan short video sepanjang konsert Classique, ikuti update kami di laman media social instagram dengan hashtag #KoirKebangsaanMalaysia dan #Classique.  


Notakaki: Sesiapa yang teruja nak tengok konsert Classique, jangan lupa show terakhir pada malam ini, 21 September 2014, jam 830 malam di Auditorium DBKL. 

Post a Comment

1 Comments