Tempat-tempat Menarik di Melaka

/
12 Comments
Tempat-tempat menarik di Melaka adalah perkara penting yang korang perlu tahu sebelum berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa yang best di Melaka? Walaupun Melaka adalah sebuah negeri yang kecil, percayalah banyak tempat yang korang boleh pergi dan pasti korang akan terpukau dengan keunikan yang ada di Melaka.



Baru-baru ni, pb mengikuti Program Sahabat Media Visit Malaysia Year 2014 ke Melaka untuk program 3 hari 2 malam. Program ni adalah anjuran bersama Bahagian Komunikasi & Publisiti Tourism Malaysia dengan kerjasama Majalah Santai Travel dalam usaha memupuk budaya bercuti secara terancang dalam kalangan rakyat Malaysia. Ye lah, nak melancong tak boleh main redah gitu je. At least kena ada sedikit persiapan dan info mengenai destinasi yang nak dituju. Silap hari bulan, sesat entah ke mana, bazir masa macam tu je. Penat dapat, kecewa pun dapat. To be safe, better buat preparation sebelum pergi bercuti.


Jadi kat sini, pb nak kongsikan tempat-tempat menarik di Melaka. Mana tahu ada yang bercadang nak ke Melaka ke nanti kan? Hah, boleh lah buat rujukan kat sini. Apapun, terima kasih kepada pihak Pejabat Tourism Malaysia Negeri Melaka, Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka, Bahagian Promosi Pelancongan, Bayou Lagoon Park Resort Sdn. Bhd. dan Melaka Nyonya Village untuk layanan istimewa sepanjang lawatan kami Sahabat Media ke Melaka tempoh hari.



Untuk trip kami ke Melaka kali ni, kami menginap di Bayou Lagoon Park Resort. Hotel bertaraf 4 bintang yang lengkap dengan taman tema air. Selain tu, dua hotel lain yang sempat kami pergi dan rasanya memang sesuai untuk korang menginap di Melaka adalah di The Eco Tree Hotel dan The Settlement Hotel. Jom kita tengok sedikit-sebanyak info pasal 3 hotel terbaik di Melaka ni untuk korang pilih kalau-kalau datang bertandang ke Melaka nanti. For your info, hotel-hotel yang tersenarai ni adalah antara hotel terbaru di Melaka.


Hotel-hotel Terbaik di Melaka

1. Bayou Lagoon Park Resort


Bayou Lagoon Park Resort Sdn. Bhd.
Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort,
Jalan Wakaf Utama,
75450 Bukit Katil,
Melaka


2. The Eco Tree Hotel


Eco Tree Hotel Sdn. Bhd.
1, Jalan Melaka Raya 9,
Taman Melaka Raya,
75000 Melaka


3. The Settlement Hotel


The Settlement Hotel
No. 63, Jalan Ujong Pasir,
World UNESCO Heritage City Melaka,
75050 Melaka


Ok, bila tempat penginapan dah settle, baru boleh proceed dengan tempat-tempat menarik di Melaka untuk dilawati. Biasalah, sebut je Melaka, Sejarah. Sebut je Sejarah, Melaka. Seolah-olah dah macam sinonim. Persoalannya, kat mana tempat yang best tu? Untuk panduan korang yang plan nak gi Melaka especially yang pertama kali nak pergi, antara tempat wajib yang korang perlu pergi ada disenaraikan kat bawah ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu korang untuk cuti-cuti di Melaka :)


Tempat-tempat Menarik di Melaka

1. Melaka Nyonya Village


Salah satu restoran yang menyajikan makanan Baba Nonya. Lagi best ada persembahan kebudayaan. Kalau nak tahu, Baba Nyonya adalah kaum peranakan yang asal-usulnya dari Cina dan berkahwin dengan orang tempatan. Mereka kekalkan budaya orang Cina tetapi cenderung terhadap pakaian dan bahasa Melayu.


2. Melaka River Cruise


Melaka memang sinonim dengan gelaran "Venice Of The West". Kalau zaman dulu, popular dengan perdagagangan, kini diubahsuai sebagai tarikan pelancongan. Waktu operasi dari 10 pagi hingga 12 tengah malam. Feeling naik cruise sepanjang Sungai Melaka dah macam berada di Venice.


3. Jonker Street Night Market


Orang kata tak sah datang Melaka kalau tak singgah di Jonker Walk. Macam-macam barang ada dijual di sepanjang jalan kat sini. Kalau nak datang sini, boleh datang pada jam 6 petang hingga ke lewat malam setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.


4. Baba Nyonya Jewellery Museum


Muzium Baba dan Nyonya ni kalau nak tahu diusahakan oleh Baba dan Nyonya Melaka khas untuk para pelancong belajar tentang sejarah dan keunikan Baba dan Nyonya. Dibuka setiap hari dari jam 1030 pagi - 1230 tengah hari dan 200 petang - 430 petang. Bayaran sebanyak RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak.


5. Old Melaka Herittage


Tak lengkap datang Melaka kalau tak buat Old Melaka Heritage tour. Di sepanjang perjalanan, kita semua berpeluang untuk tengok Pokok Melaka, Porta De Santiago, Stadthuys Museum Complex, Christ Church, Melaka Sultanate Watermill, Clock Tower dan beberapa tempat bersejarah lain seperti makam, masjid dan gereja.


Melaka memang sesuai untuk kaki photographer. Banyak tempat yang best, view yang menarik untuk sesi photowalk. Tak rugi kalau datang Melaka, sebab korang akan balik bukan dengan tangan kosong. Konpem, korang akan balik dengan seribu-satu memori dan sarat dengan moment-moment best.


6. Menara Taming Sari


Dari ketinggian 80 meter, pelancong dapat melihat Selat Melaka, Kompleks TUDM, Stadthuys, St. Paul peak, masjid negeri, Pulau Melaka dan Memorial Kemerdekaan selama 7 minit. Mampu menampung sehingga 80 penumpang pada satu-satu masa. Beroperasi pada jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Bayaran RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Tunjuk MyKad, boleh diskaun 50%.


7. The Hang Tuah Centre


Last but not least, Hang Tuah Centre. Sejarah Hang Tuah dari kecil sehinggalah dewasa menurut sejarah Melayu dan hikayat Hang Tuah dipamerkan dalam bentuk yang lebih interaktif kat sini. Pelbagai koleksi dipamerkan tak kira dalam bentuk video mahupun visual. Ada jugak artifak-artifak yang real.


Cukuplah untuk perkongsian kali ni mengenai tempat-tempat menarik di Melaka. Amacam, rasa tertarik tak nak gi Melaka? Kalau nak tahu lebih details untuk setiap lokasi yang disenaraikan dalam blogpost kali ni, stay tune for blogpost akan datang. Nanti pb share lebih banyak lagi info dan foto untuk tatapan korang semua. Moh ler kita pergi bercuti ke Melaka!


You may also like

12 comments:

  1. Replies
    1. eh, bukan ke gi jugak ke? Sebab ada terserempak aritu,haha

      Delete
    2. Boleh juga menginap Di Anugerah Homestay Melaka..
      terdapat pelbagai pilihan ada..
      dari Teres 3 bilik, Villa 4 bilik dan Banglo 5 Bilik..
      Rumah pun baru2 lagi..

      www.AnugerahHomestay.com

      Delete
  2. Replies
    1. next time, interprem laa banyak-banyak
      baru meriah,hehe

      Delete
  3. salah satu tempat kegemaran sy untuk lawati..dah berkali kali pergi tetap tak pernah jemu..2 minggu lagi nak terjah semula ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. Melaka adalah negeri yang tak jemu untuk dikunjungi..
      tahun ni saja dah berapa kali dah pi Melaka, haha

      Delete
  4. X sabar nak g meleka nex wek 😍

    ReplyDelete
  5. di melaka banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Insyaallah ada kelapangan ada bnyak lagi tempat yang nak pergi.

    ReplyDelete
  6. Namun, jika ke Melaka,
    Boleh juga menginap Di Anugerah Homestay Melaka..
    terdapat pelbagai pilihan ada..
    dari Teres 3 bilik, Villa 4 bilik dan Banglo 5 Bilik..
    Rumah juga baru2 lagi..

    www.AnugerahHomestay.com

    http://www.AnugerahHomestay.com<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...