Pizza Hut Malaysia : Tak Puas Hati, Boleh Ganti Pizza Baru Secara Percuma!

/
9 Comments
Pizza Hut Malaysia kata, "Kalau pelanggan tak puas hati dengan rasa serta kualiti pizza mereka, Pizza Hut berbesar hati akan menggantikannya dengan pizza baru secara percuma kepada pelanggan". Bukan aku yang kata, Pizza Hut Malaysia sendiri yang kata. Kenapa, tak percaya? Pecayalah *sambung nyanyi lagu Siti Norhaliza, keh3*




Nampak tak kat sini? Pihak Pizza Hut Malaysia begitu komited dalam memberi jaminan kepada semua pelanggan untuk menyajikan pizza yang baru dan dipertingkatkan dari segi penyediaan dan rasa untuk memuaskan hati semua pelanggan sekaligus untuk meletakkan Pizza Hut Malaysia selaku penaraju pizza utama di Malaysia.



 
Dari kacamata seorang pelanggan, tagline, "Satisfaction Guaranteed, Or We'll Replace Your Pizza" merupakan satu pendekatan bijak pihak Pizza Hut Malaysia untuk meyakinkan customer tentang kualiti pizza daripada Pizza Hut.


 Hazman Fadzil - MahaMahu - Nanie - Cik Lily - Penaberkala


Sebenarnya, pena rasa cukup betuah bila dijemput untuk turut serta dalam food testing event yang dianjurkan oleh pihak Pizza Hut Malaysia bertempat di Pizza Hut Pavilion, Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2014 yang lepas bersama rakan-rakan bloggers dan media yang lain. Terima kasih Pizza Hut Malaysia. Paling tidak, boleh share pengalaman dengan pembaca kat sini. Kalau nak tahu, event ni dianjurkan untuk memperkenalkan 18 jenis menu baru dan Pan Pizza dengan 16 topping berbeza mengikut citarasa customer termasuk Super Supreme.

 

Semasa majlis pelancaran, sempat dengar kata-kata daripada Pengurus Besar Kanan Pizza Hut Malaysia, Low Kang Moon. Katanya, pihak Pizza Hut Malaysia selalu berusaha untuk memperkenalkan pizza baru yang sesuai dengan selera dan citarasa pelanggan. Sebab tu, Pizza Hut Malaysia tekad untuk memperbaharui komitmen kepada pelanggan dengan meningkatkan mutu Pan Pizza supaya lebih enak dengan penambahan topping yang lebih banyak dan segar.   


 

Ok, mulai sekarang kalau korang ke Pizza Hut, jangan pelik tengok menu booklet yang baru. Bukan hanya sekadar New & Improved Pan Pizza, tapi menu booklet pun baru dan ada improvement. Cayalah! Jom, kita belek-belek menu tengok apa yang baru di Pizza Hut. Mesti korang tak sabar kan? Jom lah kita terjah satu per satu.


Pan Pizza

First sekali, meh kita usha-usha 3 Pan Pizza yang baru dilancarkan iaitu Meat Lover's Pesto, Pesto Chicken dan BBQ Chicken. Ingat, ini #GuaranteeBest. Gaya macam beli mesin basuh, peti sejuk kan? Siap ada guarantee bagai. Di Pizza Hut, apapun boleh. Tak puas hati, boleh minta ganti Pizza baru secara PERCUMA! Ada bran?

Meat Lover's Pesto

Pesto Chicken

BBQ Chicken

Setiap orang ada favorite masing-masing kan? Bagi pena, antara tiga Pan Pizza ni, Pesto Chicken paling best dan kena dengan selera. Torbaik!


Pembuka Selera

Untuk pembuka selera pulak, macam-macam ada untuk dicuba. Ada Hut's Platter, BBQ Wings, Cinnamon Twist, Chicken & Cheese Roll dan Creamy Foundue

Hut's Platter

Kalau rasa nak makan udang rangup dan sedap, bolehlah order Hut's Platter. Untuk pembuka selera, memang umppph!


BBQ Wings - Cinnamon Twist - Chicken & Cheese Roll - Creamy Foundue

Tapi, dalam banyak-banyak appetizer yang ada, macam seronok pulak duk makan Chicken & Cheese Roll. Dengan chicken slice dan cheese yang meleleh, adeh. Memang meletup dalam mulut pop pop pop kesedapannya. 


Pasta

Kali ni, kami dihidangkan dengan 3 jenis pasta yang berbeza rupa dan rasa iaitu Pesto Chicken Spaggetti, Creamy Mushroom Chicken Fetuccinne, dan Polli Arrabiata Spaghetti.

Pesto Chicken Spaggetti
Creamy Mushroom Chicken Fetuccinne
Polli Arrabiata Spaghetti

Adeh,  lemah betul kalau orang tanya, "Mana satu yang sedap?". Sebabnya, tiga-tiga pun sedap. Untuk berlaku adil, meh lah nak share mana satu yang paling sedap mengikut tunas rasa penaberkala. Tak lain tak bukan Polli Arrabiata Spaghetti yang menjadi pilihan.


Hidangan Nasi

Kalau dah perut orang Melayu, tak lari dengan makan nasi kan? So, untuk tidak menghampakan korang yang memang tak boleh kalau tak makan nasi time makan, jangan bimbang. Kali ni,Pizza Hut Malaysia ada menu special  untuk korang.

 Mamma Mia Meatball - Chicken & Cheese Baked Rice
Seafood Lasagna - Flaming Prawns Rice

Kalau nak makan nasi, boleh pilih nak Chicken & Cheese Baked Rice atau Flaming Prawns Rice. Peminat western, boleh pilih nak makan Mamma Mia Meatball atau Seafood Lasagna. Antara 4 menu ni pulak,mesti ada paling best kan? Dan yang paling best pada pendapat peribadi adalah Chicken & Cheese Baked Rice.


Minuman

Chocolate Tiramisu Twist - Fizzy Berry - Tiramisu Treat

Antara 3 minuman baru yang diperkenalkan, hari tu sempat try Tiramisu Treat. Rasanya agak pelik sebab air soya campur dengan daun pudina. Tapi, sebab dia macam ais blended, boleh la jugak telan. Layan sebab rasa pudina tu best.


Pencuci Mulut

 Malten Lava Cake

Orang kata, "save the best for the last". Nin dia, dessert yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Tak lain tak bukan Malten Lava Cake. Aiyakkkk, memang alah la kalau dah tiba bab kek, coklat dan aiskrim. Tak cukup ni kalau makan sorang. Next time, kalau ke Pizza Hut, memang nak kena order benda ni. Sodap bak ang.



#GuaranteeBest Contest

Untuk bloggers dan media yang hadir, pihak Pizza Hut ada mengadakan contest iaitu selfie paling cepat bersama pizza dengan hashtag #GuaranteeBest #PizzaHutMalaysia dan tag @PizzaHutMalaysia. Kalau nak tengok macam-macam gaya selfi kingkong, hah boleh terjah hashtag #GuaranteeBest.



Bab-bab selfie ni lemah sikit. Terketar-ketar tangan macam orang parkinson nak snap gambar sendiri. Dah la nak cepat, haha. Lawak betul. Internet pulak buat hal. Sekali upload, tiga sekali gus masuk. Ceit. Dugaan!


Dan salah seorang pemenang adalah blogger Cik Lily Putih. Tahniah kak Lily. Apapun, tahniah kepada pemenang-pemenang yang lain. Tak menang contest, moh ler kita baham pizza puas-puas yok.


Jemput makan semua. Kalau terliur, boleh la ke Pizza Hut berdekatan sekarang.Kalau malas nak pergi, call je suruh delivery,hehe.


 
Ruby dari Ruby.My ditemubual

Ini pulak gerangan Ruby ditemuramah mengenai rasa pizza baru oleh cik Banaf. Apa yang Puan Ruby cakap? Tu kita tunggu video upload ke facebook Pizza Hut Malaysia. 

Contest

Sempena promosi ni, satu contest mudah untuk pelanggan Pizza Hut bermula 12 Ogos 2014 hingga 10 September 2014. Hadiah lumayan menanti korang yang bertuah iaitu wang tunai sebanyak RM1000 dan hadiah utama bernialai RM10,000.
Apa tunggu lagi? Hanya perlu buat pembelian minimum RM30 mesti termasuk Pan Pizza (satu penyertaan bagi satu resit)  dan hantar penyertaan melalui WhatsApp atau pos biasa. Jom,  cuba dan menang.  Semoga berjaya!

Untuk maklumat lanjut, boleh terjah laman media sosial Pizza Hut Malaysia
Pizza Hut hanya di hujung jari anda!

Delivery
1 300 88 2525

Facebook
Twitter
Instagram



You may also like

9 comments:

  1. Replies
    1. haa, terjah jangan tak terjah
      gerenti best sebab banyak menu baru

      Delete
  2. dah lama tak makan pizza nyum nyam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la pi try menu baru, ye dak?
      jangan lupa try chicken & cheese roll :)

      Delete
  3. nampak cam sedap je pencuci mulut ni. harus ku cuba nih...

    ReplyDelete
  4. Kualiti sekarang teruk....spaghetti prawn olio xjaga kualiti...jual tidak seperti dlm menu...ade je barang xcukup...bile suruh tukar baru sebab rase teruk (berbanding sebelum ni utk menu yg sama & tempat yang same)....hampeh...mcm recycle je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...