Le Geo Art Restaurant Setiawangsa: Galeri Seni atau Restoran?

Le Geo Art Restaurant: Galeri Seni atau Restoran? Kalau ada yang tanya macam ni, jawapannya adalah kedua-duanya. Restoran pun ya, galeri seni pun ya. Pendek kata, dua dalam satu (2 in 1). Kalau tempoh hari pb bawa korang intai-intai sebuah restoran yang macam istana di Al-Qasr, kali ini jom kita tengok pula apa yang menarik di Le Geo Art Restaurant.

 Le Geo Art Restaurant: Galeri Seni atau Restoran?

Kalau nak tahu, konsep Le Geo Art Restaurant adalah lain dari yang lain. Kebanyakan restoran yang pernah kita semua pergi masing-masing menekankan aspek menu dan hidangan yang ditawarkan kepada pelanggan. Tapi, kat sini kita boleh tengok bila seni dan makanan bergabung. Le Geo Art Restaurant menawarkan Asian & Western Flavors, Vegetarian, Art Gallery, dan Catering.




Hiasan Menarik di Le Geo Art Restaurant




Pertama sekali, bila sampai sila cek signboard dulu. Nanti tak pasal-pasal tersilap restoran pulak. Actually, ni first time sampai sini dan first time tahu kewujudan Le Geo Art Restaurant. Cantik juga logo dan tulisan yang digunakan kat sini. Ada seni orang kata.




Nak tahu ada seni ke takde seni, tengok kat bahagian luar restoran pun dah tahu. Susunan yang kemas dan teratur. Kalau nak santai kat bahagian luar, makan-makan sambil borak-borak boleh duduk kat sini especially yang smoking sebab kat sini open area. 


Nampak kat dinding sana? Hah, itulah antara koleksi seni yang dipamerkan kat sini. Jadi, untuk semua kaki seni atau pelukis tanah air, kalau rasa nak jual hasil lukisan atau hasil seni korang, boleh display kat sini untuk dijual. Maklumat lanjut boleh hubungi owner Le Geo Art Restaurant.




Jom, kita terjah pulak kat bahagian dalam restoran. Ini di sudut tepi dinding sebelah kiri pintu masuk. Hasil-hasil seni anak tempatan yang dipamerkan untuk dijual. Seat yang agak besar dan selesa. Lighting pun cantik. Memang sesuai kalau nak berselfie ke, bercamwhore ke, wakaka.




Di sebelah kanan pintu masuk pulak ada seat yang boleh bersila. Feeling-feeling orang Jepun makan sambil bersila. Kalau ada function atau event, tempat ni akan dijadikan stage. So, sesiapa yang berhajat nak organize event atau party, boleh masukkan Le Geo Art Restaurant dalam list untuk dipertimbangkan. 




Settle tinjau tempat duduk, jom tengok bahagian kitchen dan kaunter makanan pulak. Menu-menu semua ditulis di papan hitam. Nampak dah macam dalam bilik darjah sekolah rendah kan? Siap tulis dengan kapur lagi. Sebenarnya, inilah nilai seni yang cuba ditonjolkan. Kalau letak label macam restoran-restoran lain, takde la uniknya. Kan?




Hah, ini bahagian menyediakan minuman. Konsep bar terbuka macam ni menarik. Kita boleh tengok gaya dorang sibuk duk sediakan air. Sibuk benor cik akak tu sampai kita snap gambar pun dia tak sedar, keh3.




Nah, kita selfie 360 darjah dari semua sudut. Amacam, menarik kan Le Geo Art Restaurant? Kalau nak rasa keseronokan makan dalam galeri seni, bolehlah bertandang ke sini.


Menu Istimewa di Le Geo Art Restaurant

Duk jeling-jeling tengok lukisan kat dinding, selfie sana-sini, kalau tak makan tak panggil masuk restoran kan? Baik pergi ke muzium seni, kikiki. Hah, kat sini ada macam-macam menu istimewa. Boleh pilih nak makan menu dari barat, menu dari timur atau apa-apa saja. Antara menu yang disediakan di Le Geo Art Restaurant ada kat bawah ni. Jom layan....


Atas: Cheese Roll Sausage, Smoked Chicken Sandwich
Bawah: Deep Fried Otak-otak, Deep Fried Russet Potato with Spring Onions


Atas: Nasi Lemak, Portugal Chicken Rice
Bawah: Nasi Lemak Ayam Rendang, Cheese Baked Chicken Chop Rice


Atas: Spicy Chicken Fried Noodle, Fried Noodle Mushroom
Bawah: White Sauce Chicken Slice Spaghetti, Tom Yam Fried Rice


Italy Omelette


Untuk minuman pulak, macam-macam jenis minuman ada. Pilih je mana yang berkenan. Antara yang best untuk dicuba adalah Lemon Sea Coconut, Lime Juice, Homemade strawberry & lemon, Ginger tea, Espresso dan banana shake.



Dalam banyak-banyak menu yang ada, menu paling best tak lain tak bukan Italy Omellete. Kalau pergi sana, jangan lupa untuk cuba Deep Fried Otak-otak, White Sauce Chicken Slice Spaghetti, dan juga Cheese Baked Chicken Chop Rice. Haaa,yang ni dah menambat hati dan tunas rasa.


Rakan Bloggers di Le Geo Art Restaurant

Kalau nak tahu, pb bukan keseorangan pergi ke Le Geo Art Restaurant. Kali ni pergi bersama rakan-rakan bloggers. Terima kasih untuk jemputan ye Faris dan Poji dan memperkenalkan tempat ni. Memang terbaik. Boleh juga merasa dan makan di restoran yang unik ni. Next time, boleh pergi lagi.



Kusyuk benor pakat duk bersila dan pilih menu. Ini dia dua blogger hot MY dan Abam Pap Pap Pap Tu kusyuk pilih menu ke berlakon je lebih? keh3.



Ini pulak gadis-gadis ayu yang turut join. Siapa lagi kalau bukan deejay radio EwanFM (Lia Omey), Maryam dan Iday


Paling penting, dapat jumpa housemate time pergi skodeng burung di Kuala Kubu Bharu iaitu abam photographer kita Faris El-Azhar dan Fakhrul Islam.



Inilah kemeriahan makan beramai-ramai. Dah jadi macam reunion gang trip ke Perak pulak dah jadinya. Apapun, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua chef, crew dan pihak pengurusan Le Geo At Restaurant di atas layanan yang penuh mesra. Sehingga kita ketemu lagi di lain masa.


Lokasi Le Geo Art Restaurant

Restoran ni terletak di Jalan Jelatek, atau lebih tepat berdekatan dengan stesen LRT Setiawangsa. Kalau nak naik public transport, tak jauh nak menapak dari stesen LRT Setiawangsa ke Le Geo Art Restaurant. Alamat penuh ada kat bawah ni: 

Alamat:
1-G, Jalan Jelatek 1,
Jelatek Business Centre,
54200 Kuala Lumpur

Apa-apa maklumat terkini boleh dapatkan di laman facebook Le Geo Art Restaurant ataupun untuk sebarang pertanyaan, boleh lah hubungi di talian atau e-mel yang tertera kat bawah ni:

Telefon:
03-4266 6983

E-mel:
legeo.artrestaurant@gmail.com

Facebook:

Post a Comment

1 Comments