Iklan Raya Aidilfitri RTM 2014 : Ini Baru Raya!

/
2 Comments
Iklan Raya Aidilfitri RTM 2014 : Ini Baru Raya! agak lain dari yang lain. Plot cerita yang disampaikan agak up-to-date dan mengikut trend terkini. Memang kena atas batang hidung sendiri, wakaka. Dah tengok ke belum? Kalau belum tengok, baik tengok sekarang. Layan!!!


 Iklan Raya Aidilfitri RTM 2014 : Ini Baru Raya!

  


Amacam, dah tengok Iklan Raya Aidilfitri RTM 2014 : Ini Baru Raya? Ada yang terasa ke? Gua pun terasa beb. Kalau time raya, semenjak ada smartphone ni asyik nak belek-belek telefon je. Sedar-sedar, dah habis kunyah biskut raya sebalang, oppps. Raya tahun ni, agak-agak nak kena sediakan bakul macam ni ke? lol.


Lawak-lawak jugak, tapi jom sama-sama kita ambil iktibar daripada mesej yang cuba disampaikan kepada kita semua.


Daripada Iklan Raya Aidilfitri RTM 2014, apa yang kita dapat belajar daripada TVC ni adalah:
  1. Kepulangan anak-anak ke kampung time raya memang menggembirakan mak ayah di kampung. So, moh ler kita balik kampung, Ho ho ho balik kampung, hati girang.
  2. Gadjet macam smartphone, tab dan ipad terpisah tiada. Tapi, time raya macam ni kenalah berpada-pada ye dak? Kalau masing-masing buat hal sendiri, tak syok jugak. Tapi, kalau ambil gambar ramai-ramai sekeluarga, ok jugak. Boleh simpan buat kenangan.
  3. Dulu lain, sekarang lain. Betul tuh, dulu masing-masing berborak, sekarang masing-masing sibuk berwhatsapp, berinstagram, bertweet dan berfacebook. Aku la tuh, kah3. Korang pun sama,kan kan kan? Tak payah nak bajet bagus.
  4. Time cuti raya ni, buatlah apa yang patut. Tangkap ayam kampung ke, cari buluh lemang ke, bakar lemang ke, masak rendang ke, kutip kelapa ke, mesti syok dan meriah kalau buat ramai-ramai anak-beranak.
  5. Haaa, lagi satu point penting, jangan lupa abadikan memori raya bersama keluarga tercinta dengan selfie secara berjemaah. Dulu lain, sekaran lain. Sekarang kan lebih mudah dengan adanya monopod/selfie stick,keh3.

Iklan Raya Aidilfitri RTM 2014

Terbaik kan Iklan Raya Aidilfitri RTM 2014 : Ini Baru Raya? Mesej simple dan bermakna untuk kita semua especially yang kaki gadjet, hoho. Korang mampu nak seflie pakai benda alah tuh? wakaka  


You may also like

2 comments:

  1. Replies
    1. mendalam maksudnya iklan ni..
      nk suruh kita spend betul-betul masa with family

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...