Buffet Ramadhan di Grand Millennium Kuala Lumpur : The Mill Cafe

/
2 Comments
Buffet Ramadhan di Grand Millennium Kuala Lumpur : The Mill Cafe pada tahun 2014 bertemakan "Nikmati Juadah Balik Kampung". Di minggu-minggu terakhir bulan Ramadhan ni, mesti ramai yang nak organize event iftar untuk department/office ataupun majlis berbuka bersama keluarga dan sahabat handai. Apa kata, acu cuba try test The Mill Cafe di Grand Millennium Kuala Lumpur. Nak tahu apa yang best? Jom, layan foto-foto dan cerita kami di sana tempoh hari.


Nikmati Juadah Balik Kampung


Hotel Grand Millennium ni, memang tak jauh dengan Pavilion. Jadi, jangan bimbang kalau malas nak hadap traffic jem sebab ada jalan alternatif dengan menaiki monorail dan turun di stesen Bukit Bintang. Menapak sikit je dah sampai.


Sempena dengan tema "Nikmati Juadah Balik Kampung", dekorasi di lobi hotel Grand Millennium pun semestinya mengikut tema. Hah, tengok siap ada replika rumah kampung di ruang lobi. Bukan calang-calang, siap ada staff yang berpakaian chef duk tunggu tetamu yang hadir.  Periuk belanga bagai di sekeliling rumah pun ada. Ohsem!


Menu Buka Puasa di The Mill Cafe, Grand Millennium KL 

Rata-rata hotel di Kuala Lumpur menampilkan konsep ala kampung. Apa keistimewaan dan kelebihan di The Mill Cafe, Grand Millennium Kuala Lumpur? Kalau nak tahu, salah satu faktor penarik kat sini adalah cempedak goreng. Siapa suka makan cempedak goreng? Memang menusuk baunya. Makan la sampai lebam,selagi mampu.

 

Ini antara station pertama yang kami singgah iaitu kuih-muih tradisional. Sebut saja kuih apa, cempedak goreng, kuih lapis, agar-agar, semua ada kat sini. Seterusnya, station kuali besar. Kat sini pun macam-macam ada macam telur ikan, paru-paru, ayam berempah, sotong goreng kunyit, burung puyuh, ketam, dan udang. Lagi satu yang special kat sini adalah Oven Baked Lemongrass Whole Sea bass fish.



Menu paling hot sepanjang Ramadhan adalah Roasted Baby Lamb (kambing panggang) bersama nasi beriani. Memang mencuri perhatian kalau datang kat sini. Tengok chef Laurent duk kusyuk potong kambing untuk para tetamu.


Kami berbesar hati sebab dapat jumpa dengan Executive Chef di The Mill Cafe, Grand Millennium Kuala Lumpur sendiri iaitu Mr Laurent Lherisson. Ce tengok, dia siap posing dengan baby lamb lagi bila nak snap gambar. Sporting habis la chef! If you read this sir, I just want to say you are awesome! Nice to meet you.
 


Nak tahu menu apa paling laris di The Mill Cafe, Grand Millenium KL? Dah sah-sah kambing panggang. Sekejap je dah licin. So, kalau datang ke sini, especially kepada kaki makan kambing cepat-cepat la ye beratur pi ambil kambing panggang dan nasi beriani dulu. Lepas tu, ikut suka hati korang lah nak makan apa pun.



Apa lagi special? Dah tentu sup kambing mamak dan tomyam seafood. Peminat kambing, boleh try sup kambing mamak kat sini. Kalau yang tak makan kambing, jangan bimbang tomyam seafood ada untuk korang. Nak try dua-dua pun boleh, takde hal!



Ada ke yang diet tak makan nasi time berbuka puasa? Takpe takpe, roti pun ada.Gebu-gebas roti kat sini. Cicah sup kambing ke, cicah tomyam seafood ke, memang torbaikkkk!



Untuk station western, kat sini ada Tumeric Beurre Blanc Fish Fillet, Lamb Slice in rosemary sauce, black pepper chicken, dan penne pasta.



Time korang duk sibuk-sibuk ambil juadah tu, senyum-senyum lah sikit kat chef-chef yang ada. Haa, dorang pun sporting. Ajak bergambar pun tak salah, hehe.



Aneka makanan melayu macam satay ayam dan satay daging juga dhidangkan. Untuk station indian food, ada lamb masala, chicken vandaloo, briyani rice, vegetable dhall, chana masala, roti naan dan hara bara kebab. 



Kat sini paling special, hara bara kebab. So, jangan lupa try! Masa kami berbuka puasa, Chef Ishak datang bawa kebab special punya untuk kami try. Terima kasih Chef Ishak! Memang sedap  kebab ni. Walaupun dah kenyang, gagahkan diri juga untuk try.



Untuk peminat sushi, oyster dan udang,  ini syurga bagi korang. Makanlah sepuas-puasnya. Memang berbaloi. First time dapat try otak-otak ala nyonya yang dalam mangkuk tu. Perghhh, sedap! Biasa tak suka makan otak-otak, tapi yang ni rasa dia lain macam sedap. Habis jugak semangkuk. Gang vegetarian pun tak ketinggalan, macam-macam fruits dan salad ada.



Pencuci mulut, kami disajikan dengan macam-macam buah-buahan tempatan. Dah rasa macam balik kampung pun ada. Mana taknya, buah salak ada, rambutan ada, jambu air ada, buah naga, mangga dan tembikai. 




Personally, kalau pergi kat mana-mana hotel, tertarik dengan dessert. Apa pulak yang ada kat sini? Jom kita terjah. Selain chocolate fountain dan buah-buahan, ada macam-macam kek dan cookies. Kek special kat sini adalah kek lapis cempedak.  Kena cuba! Kat sini memang famous dengan cempedak, hehe. Bahagian penyejuk tekak pulak ada jeli kelapa. Apple Cinnamon Crumble, kopi cream cake, tiramisu dan mango pudding pun ada. Huh, semua taruk sebab terliur :)


 

Kat bahagian minuman pulak, macam-macam air dihidangkan. Ada juice, ada soya cincau dan ada air barli. Kat sebelah tu bukan model soya cincau ye walaupun pakai baju belang-belang hitam putih, itu my schoolmate and university-mate. Kecik betul dunia. Boleh terjumpa kat sini. Satu department kot dorang datang serbu The Mill Cafe, Grand Millennium. Nak tahu best ke tak makan kat sini, boleh la tanya Amirah Ali,haha.


Tarikan Istimewa di The Mill Cafe, Grand Millennium KL

Apa lagi tarikan istimewa di The Mill Cafe? Kalau time berbuka puasa tu, selain azan berkumandang, beduk jugak diketuk. Dah macam kat kampung zaman dulu-dulu. Penuh nostalgia.


Untuk menunaikan solat maghrib, boleh pergi ke surau Grand Millenium hotel yang terletak di tingkat 3. Lif pun tak jauh dari The Mill Cafe.


Sementara menjamu selera, semua tetamu dihiburkan dengan live band. Bukan  modern band, tapi tradisional punya band. Bukan lagu rancak ye, lagu yang penuh gemersik.



Ini antara juadah yang sempat pena rasa. Apa yang best kat sini, kambing panggang dia langsung tak berbau. Rasanya, orang tak suka makan kambing pun boleh makan kot kat sini. Rasa macam makan daging lembu je. Untuk dessert pula, kek lapis cempedak memang rare! Lain daripada yang lain. Jeli kepala pun not bad, sejuk je tekak. 



Apapun, terima kasih diucapkan  kepada Sharmila for having us here. Not to forget, I would like to thanks Halim Brothers and kak Miera Nadhirah who invited me to be here. First time to be here. Excited la jugak, lagi-lagi bila Sharmila introduce the dishes one by one dan berkenalan dengan chef-chef. Sambil makan-makan, banyak benda kami share. Cerita pasal makan, travel, isu semasa dan macam-macam lagi. Walaupun baru first time kenal, tapi tak kekok nak berborak dengan dorang. Sempoi! Btw, nice to meet all of you and hopefully to see you around in the near future.


Jadi, to all my readers, sesiapa yang plan nak pergi berbuka puasa di The Mill Cafe, Grand Millennium hotel bolehlah buat tempahan dan rujuk promosi minggu terakhir bulan Ramadhan kat bawah ni.


 Break your fast at The Mill
29 June - 28 July 2014
  • Buffet dinner - served daily from 7pm-10pm
  • RM108++ per person (adult)
  • RM54++ per person (children) - Age 5-12
  • Complimentary for children below 4 years of age
  • Prices are subject to 10% service charge and 6% government tax

Early bird special at RM86.20++ available from 9-27 June 2014
 
Untuk beli vouchers atau reservation, boleh hubungi 03-2117 4163 ataupun e-mel mill@grandmillenniumkl.com


Alamat
106 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur

Telefon
03- 2117 4888

Fax
03-2142 1441

E-mel
enquiry@grandmillenniumkl.com

Website


You may also like

2 comments:

  1. Yummy! harap2 Ms Sharmila jemput kita makan untuk tema makanan Arab pulak....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...