Iklan Raya Aidilfitri PETRONAS 2014 : Ke Pangkuan Bonda

/
5 Comments
Iklan Raya Aidilfitri PETRONAS 2014 menampilkan tema Ke Pangkuan Bonda. Saban tahun, iklan Raya PETRONAS memang mencuri perhatian setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Masih ingat hasil karya arwah Yasmin Ahmad untuk beberapa siri iklan Raya PETRONAS beberapa tahun sudah? Jalan cerita dan mesej yang nak disampaikan memang terkesan ke hati para penonton. Namun, setelah pemergian beliau, kita dapat tengok trend iklan pun kian berubah. Apapun, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.




Berbalik kepada Iklan Raya PETRONAS 2014, konsep tahun 2014 lebih ke arah video klip. Dengan berlatar belakangkan lagu Suasana Hari Raya, iklan kali ini menampilkan suasana kemeriahan dan kegembiraan keluarga dalam membuat persiapan raya dan menyambut hari lebaran di kampung bersama bonda dan ayahanda tercinta. Walaupun tanpa sepatah dialog dalam TVC kali ni, namun mesej yang cuba disampaikan tentang kemeriahan beraya di kampung halaman jelas dalam penyampaiannya. Apapun jom kita layan video kat bawah ni:


Iklan Raya Aidilfitri PETRONAS 2014: Ke Pangkuan Bonda






Jadi, sesiapa yang masih ada ayahanda dan bonda, jom sama-sama kita ambil kesempatan untuk pulang ke pangkuan mereka sementara mereka masih ada. Bila dah berkumpul adik-beradik tuh, hah jangan lupa ambil gambar ramai-ramai seisi keluarga untuk disimpan tanda kenang-kenangan. Ingat, masa yang berlalu tidak boleh diulang kembali. Hargai detik yang ada.


Tertarik dengan mesej penting yang cuba untuk disampaikan dalam Iklan Raya Aidilfitri PETRONAS 2014 Ke Pangkuan Bonda.

Kenangan semalam.
Mengisi makna hari ini.
Membawa harapan hari esok



You may also like

5 comments:

  1. Wajiblah beraya dengan ibu bapa bagi yang masih ada. Best juga iklan ni tapi yang lepas-lepas lagi menarik rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh, selagi mereka masih ada ni lah nak spend masa bersama..
      iklan lepas-lepas,jalan cerita dan mesej lagi power

      Delete
  2. aris rachman hakimJuly 25, 2014 at 7:03 AM

    Kangen betul

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...