Pesawat MH17 Hilang Di Ruang Udara Ukraine

/
4 Comments
Pesawat MH17 hilang di ruang udara Ukraine? Terkejut bila buka Astro Awani dan menonton berita terkini mengenai MH17. Kini persoalan sudahpun terjawab bila pesawat MH17 yang teputus hubungan dengan bilik kawalan disahkan ditembak jatuh di ruang udara Ukraine.


Tragedi MH370 masih lagi terngiang-ngiang, ditambah pula dengan tragedi MH17. Apakah semua ini? Di saat seluruh mata dunia tertumpu kepada keganasaan nazi Israel meratah rakyat Palestin, satu lagi berita yang agar perit untuk diterima oleh jutaan rakyat Malaysia.



Kat sini, disertakan beberapa fakta mengenai Tragedi MH17 yang diperoleh dari Astro Awani:
  • Pesawat MAS dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
  • Pesawat dikatakan jenis Boeing 777 membawa 295 penumpang dan anak kapal. 
  • 280 penumpang dan 15 anak kapal
  • Andaian pesawat mungkin ditembak di zon konflik antara Rusia dan Ukraine.
  • Laporan dari Agensi Berita Rusia Interfax lapor pesawat dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur
  • Tweet dari MAS mengesahkan perhubungan dengan penerbangan MH17 terputus di ruang udara Ukraine
  • Malaysia Airlines sah terima notifikasi ATC Ukraine tentang kehilangan perhubungan pada 1415GMT
  • Seluruh operasi Malaysia Airlines diletakkan dalam status "Red Zone"
  • Ukraine dakwa pesawat MH17 terhempas akibat ditembak
  • Pihak Ukraine nafi bertanggungjawab menembak MH17

Ini antara fakta berita mengenai pesawat MH17 hilang di ruang udara Ukraine yang diperoleh setakat ini. Mungkin esok lusa, ada berita terkini yang lebih sahih bakal menyusul. Apapun, semoga keluarga mangsa penumpang dan anak kapal bertabah dengan apa yang berlaku. Takziah saya ucapkan.


You may also like

4 comments:

  1. memang sedih betul dengan apa yang dah jadi nih. hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh bro.. terkejut dan di luar jangkaan
      semoga keluarga mangsa tabah

      Delete
  2. macam-macam musibah melanda dunia..semuanya ujian Allah semata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apepun, Al-Fatihah kepada arwah dan takziah kepada keluarga mangsa
      DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...