X-Men Days of Future Past bersama Samsung Galaxy Life

Dah tengok movie X-Men Days of Future Past? Amacam, best ke tidak? Personally, PB rasa best. Worth to watch it. Kalau pergi ke cinema, diberi pilihan antara Godzilla dengan X-Men Days of Future Past, better pilih X-Men Days of Future Past. Konpem tak menyesal.




Kepada yang belum tengok lagi, masih belum terlambat untuk pergi menonton X-Men Days of Future Past. Secara ringkasnya, filem X-Men kali ini mengisahkan tentang mutan yang diburu oleh Sentinels. Persoalannya, adakah mutan dapat bertahan dan selamat dengan serangan Sentinels yang direka khas kewujudannya dengan hasil kajian terperinci terhadap Mystique? 


Itu persoalan yang wujud di awal penceritaan. Seterusnya, perkembangan plot diteruskan dengan imbas kembali ke masa lampau untuk mengubah sejarah. Dalam misi ini, Wolverin dipilih untuk dihantar ke masa lampau dan bertemu dengan Magneto, Professor X, Mystique, Quicksilver dan Beast.


Keseluruhannya, banyak adegan aksi dan lawak spontan. Bagi PB, watak paling kelakar adalah Quicksilver. Macam sengal pun ada, haha. Kalau dapat kuasa mutan macam tu, memang seronok la pedajal orang, keh3. Nak tahu kesudahan cerita, kena pi tengok sendiri la. Malas nak spoil kat sini. Tak pun, pi baca review filem ni kat blog-blog berkaitan. Cuma satu nak pesan, lepas tamat movie ce tunggu kejap tengok part last. Macam ada sambungan lagi je lepas ni.



Kalau nak tahu, tayangan movie ni sempena tayangan khas yang diadakan kepada semua pengguna Samsung Galaxy Life di cinema yang terpilih. Terima kasih kepada Donovan dan Samsung untuk jemputan kali ini bagi memeriahkan lagi preview special X-Men Days of Future Past bersama media, bloggers, dan pengguna Samsung Galaxy Life.


 Tayangan Istimewa X-Men Days of Future Past bersama Samsung Galaxy Life


Apa itu Samsung Galaxy Life? Kalau nak tahu, pengguna telefon Samsung semua boleh download dan install aplikasi Samsung Galaxy Life di Google Play. Lepas tu, boleh redeem mana yang patut dan apa yang ada dalam aplikasi Samsung Galaxy Life. Macam-macam ada, pilih saja mana yang berkenan.



Apa yang best pasal Samsung Galaxy Life? Antaranya dapat redeem tiket movie free macam ni dan dapat menonton filem X-Men Days of Future Past. Kali ni, filem X-Men Days of Future Past ditayangkan di GSC Midvalley. So, better install cepat-cepat untuk dapatkan tiket movie free untuk masa akan datang.



Ini antara pengguna yang berjaya mendapatkan tiket free hanya dengan menggunakan aplikasi Samsung Galaxy Life. Amacam, menarik bukan? Tak payah keluar duit poket, tunjuk je telefon terus dapat tiket. Ohsem!



Memang meriah. Lagi-lagi, bila dapat tengok movie yang best secara percuma. Tak rugi pun kalau install Samsung Galaxy Life ni. Bukan kena bayar pun. Lagipun, macam-macam kelebihan dan tawaran istimewa lain yang dapat dinikmati. Tak percaya, sila cuba download. Kalau tipu, uninstall je balik, keh3.



Bukan tu je. Lagi menarik bila semua penonton disajikan dengan minuman dan popcorn sekali. Memang ohsem! Kegembiraan berganda dengan Samsung Galaxy Life. Sebab tu, PB rasa dengan adanya aplikasi yang superb macam ni, memang dapat menarik minat semua orang. Pengguna Samsung semestinya rasa dihargai. Sebab apa? Sebab pengguna iphone tak dapat peluang macam ni, opps. Siapa tak suka benda free kan? Lagi-lagi yang ada dalam telefon bimbit sendiri, yang sentiasa dibawa ke hulu ke hilir 24 jam.


Apa tunggu lagi? Moh ler kita pakat install Samsung Galaxy Life dan menikmati tawaran istimewa yang ada. Dengar kata, hari ni semua pengguna Samsung Galaxy Life dapat redeem Starbucks secara percuma. Hermmm, memang torbaikkkk. Agak-agak, apa tawaran istimewa yang akan datang? Tunggu.....

Post a Comment

8 Comments

  1. Jelesnyaaa dapat tiket free! Ena tak tengok lagi cerita X-Men ni. Sedih!!! Dahlah cerita kegemaran ena ni. Kena tengok juga hujung minggu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la tengok Ena, memang best. Torbaikkk
      sebelum keluar cinema, tunggu dulu tengok ending lepas credit,hehe

      Delete
  2. Best tol dapat tiket free. Kawan tak dapat tiket free pon tp berani nak kata movie ni memang best. Ianya digambarkan dalam satu timeline yang berbeza yang akhirnya menghidupkan kembali watak2 yang telah mati dalam Xmen 1, 2 dan 3. Memang best!

    My post - Sentinals Pembunuh Mutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, betul bro.. klu beli tiket wayang pun, worth it dengan movie x-men ni... tak boring langsung dan penuh dengan aksi dan lawak spontan.. tu yang best.. follower setia x-men konpem teruja bila tengok filem ni.. tak sabar nk tunggu next x-men.. harap-harap lagi best.. cam ada sambungan lagi je

      Delete
  3. Memang menarik, jimat duit tengok pawagam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tiket wayang je ada, semalam boleh redeem Starbucks..
      then, ada jugak offer istimewa tempat-tempat makan
      not bad, interesting to discover more :)

      Delete
  4. kena tengok jugak X Men ni... haish..

    ReplyDelete
  5. hah, tengok jangan tak tengok
    seriously best woo

    ReplyDelete