Dah tengok video ni? Video yang berjudul "Born To Lead 1.0 - Project : A Cup Of Tea." Sebenarnya, aku kagum bila tengok video ni. Jalan cerita mudah, tapi mesej yang nak disampaikan memang padat. Apapun, terima kasih kepada Kak Ayu sebab tag video ni di facebook. At least, video yang berdurasi 3 minit ni dapat membuka minda untuk lebih celik mata dan celik hati.


Memandangkan video ni amat ohsem, aku rasa terpanggil nak share di blog. Aku rasa, kalau project ni dapat dilaksanakan di dunia realti di restoran atau kedai-kedai kopi berdekatan, memang torbaikk. Jadi, kepada sesiapa yang belum layan lagi video ni, korbankan 3 minit anda untuk video yang penuh makna ni. Layan :)




Konklusi, nak buat baik tak susah. Tak perlu ada wang berjuta baru boleh berbuat baik. Konsep dia simple saja, buat baik tak semestinya buat benda-benda yang "wow" saja. Kadang-kala, benda yang simple, ringkas, dan mudah itu lagi manis dan bermakna nilainya. Apa yang penting, kita iklas.

Selamat beramal :)


Rich is not about how much you save,
It's about how much you give

Simple deeds make life easier & happier
-Syed Aminuddin-


Be the change!
Everything you do makes a difference



:::Notakaki::: 
Tiba-tiba teringat kisah biskut Oat bila pertama kali join Projek Iqra'. Walaupun benda simple, tapi ia cukup bermakna untuk memberi kegembiraan kepada adik-adik semua. Kalau ada kelapangan, plan nak join lagi. Seronok juga mengajar budak-budak ni.

Jadi, di kesempatan ni aku nak menyeru kepada sesiapa yang ada masa terluang di hujung minggu, jom kita jadi sukarelawan di rumah anak yatim bersama Projek Iqra'. Di sana, aku dapat tengok usaha murni anak-anak muda semua melapangkan masa setiap hujung minggu mengajar dan mendidik anak-anak yatim dan fakir miskin. Kagum! Semoga kita semua istiqamah membantu mereka yang memerlukan, inshaAllah. 

Kalau tak mampu nak luangkan masa dan tenaga, boleh juga menyumbang dari segi dana dan bantuan lain kepada mereka yang memerlukan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.projekiqra.com