Revolusi Tapai

/
16 Comments
Sebut saja pasal tapai, mesti teringat musim-musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri. Tapi sekarang, tak semestinya hari raya. Hari biasa pun boleh je nak makan kalau pandai buat. Tapai ada dua jenis, (1) tapai beras dan (2) tapai ubi. Tapi kali ni meh nak cerita sedikit-sebanyak pasal tapai beras. 
"Sape suka makan tapai? Ce angkat tangan nak tengok". Beduyun-duyun angkat tangan. Ce tanya, "Sape pandai buat tapai?" Alahai, kenapa mak-mak, mak cik mak cik, nenek nenek je angkat tangan nih. Kemon anak-anak muda, jom belajar buat tapai, hehe. Sape dah pandai buat tapai, memang salute!


Revolusi Tapai

Kalau nak tahu, tapai biasanya dibungkus dengan menggunakan daun getah atau daun pisang. Sekarang pun masih ada yang kekalkan cara pembungkusan. Cumanya, kalau dulu guna lidi untuk bungkus, sekarang nak cepat dan mudah ramai yang dah guna stapler. Tapi ada juga yang dah mula bungkus tapai dalam bekas plastik lutsinar yang kecik-kecik untuk majlis-majlis tertentu.


Lagi satu, dari segi warna. Dulu, sebut je tapai memang sinonim dengan warna putih iaitu warna asli beras pulut. Tapi sekarang, nak cantik menarik kau memang da bomb punya pasal, tapai pun dah colorful dengan pewarna tambahan mengikut citarasa dan pilihan.


Makanan tradisi dengan sentuhan sensasi : Tapai Aiskrim


Bukan sekadar revolusi dari segi pembungkusan dan warna je. Dari segi cara makan pun ada. Kalau dulu, makan macam tu je, sekarang dah macam-macam cara ada. Ada yang makan dengan cendol dan ada juga yang makan dengan ais krim. Perghhh, memang terbaik. Tak percaya, boleh cuba.


Orang-orang Kelantan terutama yang duk area Pasir Puteh - Melor - Kota Bharu yang mau makan tapai tapi malas nak buat, atau tak gheti,  boleh buat tempahan kat sini. Tak kira, nak makan time raya ke, untuk majlis kenduri-kendara, majlis kahwin, jamuan sekolah atau sebagainya, boleh order. Ada ke orang nak tempah? Meh meh meh... Tapai Mok Su Yah :)


Pssst: Dunia dah maju, tapai pun nak berniaga online, kahkahkah! Ini pun revolusi.. Orang lain buka instashop jual kain baju, kalau kita bukak instashop jual makanan pun cun jugak kan? lol


You may also like

16 comments:

  1. Maju dah sekarang tapai pun dah online.haha, tapi aku tak berapa suka dengan tapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tu la pasal.. mana tau ada orang nak "google" ke cari kan..
      sama la, makan sebiji dua ok.. banyak-banyak tak leh lah, alah sikit bab tapai

      Delete
  2. Revolusi terbaik ni tapai aiskrimmmm :D
    Meleleh aku tgh pagi2 buta nie hahahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la try makan nanti
      cuba cari kelainan sikit, tambah ais krim

      Delete
  3. dari dulu tak berani makan tapai. entah mengapa.. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau perut sensitif, boleh jadi ceri-berry,haha

      Delete
  4. buat insta jual tapai pon ok der !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezzza, idea bernas...
      boleh buat nanti ni, upload gambor makanan banyak-banyak kat situ

      Delete
  5. Sayangnya konah x getilaa. Rugi btol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah je cara nak buat tapai.. cuma nak bungkus tu yang leceh sikit

      Delete
  6. aku pom suka makan tapai....hari raya jer leh makan pom....tapi tapai ais krim tu memang rare...x pernah rasa lagi tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapai aiskrim sedap.. boleh la try time raya nanti

      Delete
  7. Alhamdulillah sya dah pndai buat tapai.. hehee.. kenduri adik ari tu pn menu ni ada.. kami masih kekalkan cara lama, guna daun pisang dan lidi (daun getah susah nak dapat).. tpi tapai kami campur beras pulut biasa ngan beras pulut hitam.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuyoh, hebat.. Salute!
      sebenarnya,ni pun tapai buat untuk majlis kawen sepupu arituh
      still pakai lidi? rajin betul.. tapai pulut hitam tu memang sedap

      Delete
  8. Hurmm.... kawe tok seh make tapai .... boleh je makan budu...hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...