Makanan sedap di Downtown KLIA Seafoods Restaurant

/
10 Comments
Orang kata, kalau nak makan seafood yang best, kena pergi ke Kota Kinabalu, Sabah. Sebab kat sana banyak makanan laut yang segar-bugar. Tapi, jauh la pulok kan? Kalau nak tahu, kat area KLIA pun ada satu tempat untuk makan seafood best terutamanya masakan Chinese Muslim. Lokasi yang dimaksudkan adalah tak lain tak bukan Downtown KLIA Seafoods Restaurant (DKSR).


Untuk sape-sape yang belum tahu, Downtown KLIA Seafoods Restaurant (DKSR) ni terletak berhampiran dengan KLCC / LCCT atau Concorde Inn. Hanya lebih kurang 15 minit dari Bangi. Kalau rasa-rasa sesat atau tak jumpa, guna je Waze atau google map, teknologi sekarang kan dah canggih-manggih.




Apa yang menarik kat sini? Dah tentu lah masakan Chinese Muslim dan aneka seafood. Hah, tengoklah antara juadah yang telah dihidangkan kepada kami. 13 menu istimewa dan tarikan utama di DKSR. Apapun, terima kasih kepada food blogger famous-Amos,  MahaMahu kerana telah menjemput PB dan rakan bloggers yang lain sekaligus memperkenalkan tempat makan yang best ni. 


Kelvin, Hazman Fadzil, MahaMahu, Carl, Rawlin, Jae, Kifli, Atika Ramlan


Jangan khuatir jangan bimbang, walaupun Downtown KLIA Seafoods Restaurant (DKSR) menyediakan makanan Cina, tapi semuanya HALAL. Itu yang penting. Pemilik restoran ni pun orang Melayu, iaitu Prof. Dr.Abu Talib Othman.



Kalau ada plan nak buat family gathering atau annual dinner, boleh datang sini. Kat sini ada private dining room berhawa dingin yang boleh memuatkan sehingga 180 orang. Business lounge dan free wifi pun ada. Pendek kata, memang puas hati.



Dekorasi dan tatarias tempat makan di Downtown KLIA Seafoods Restaurant (DKSR) agak eksklusif dan menarik. Dengan merah menyala, lampu pulak ala-ala tanglong,memang menampakkan identiti orang Cina. Bukan tu je, seni kaligrafi yang ada mempamerkan seni Islam. Kombinasi yang ada, memang mempamerkan konsep sebenar DKSR iaitu Chinese Muslim Cuisine concept.



Juadah Top di Downtown KLIA Seafoods Restaurant

Mai nak share, apa menu-menu yang korang patut order dan cuba bila bertandang ke DKSR. Ye lah, kalau sampai kat sana baru nak order, jenuh nak fikir. Rambang mata beb sebab bukan sikit menu yang ada, hehe. Jadi, sebelum pergi buat pilihan awal-awal nak makan apa. Layan.....


Salted Egg Squid

 Beef with Ginger & Ring Onion

 Sizzling Seafood

 Volcano Beancurd

 Kam Heong Clam

 Butter Prawn

 Mushroom with Brocolli

Mangolian Chicken

 Spicy Four Vegetables

 Kailan with Oyster Sauce

 Creamer Butter Crab

Assam Steamed Fish


Ok, tak payah cakap banyak. Tengok food presentation pun korang boleh teka kan sedap ke tak? Bagi PB, setiap masakan yang dihidangkan memang kena dengan tunas rasa. Lagi-lagi, salted egg squid dan assam steamed fish. Minuman pulak, kedondong asam boi. Superb! Kalau pergi lagi ke DKSR, memang akan order 2 menu ni. Hao liao!


Dah snap gambar, jangan lupa upload di Instagram dengan hashtag #DowntownKLIASeafood


Akhir kata, terima kasih kepada pemilik restoran Downtown KLIA Seafoods, Prof. Dr.Abu Talib Othman dan Pengurus Restoran, Cik Siti Masmazliana. Makanan kat DKSR memang terbaik.




Untuk maklumat lanjut pasal DKSR, boleh rujuk details kat bawah:

Alamat
No.B40-B48, Block B,
Jalan KLIA 1/60,
Charterfield Commercial Centre, KLIA

Untuk tempahan
03-8783 1031
zsb01@streamyx.com / sitimasmazliana@ymail.com

Waktu operasi
Isnin hingga Sabtu
10.00 pagi - 10.00 malam

Facebook



You may also like

10 comments:

  1. Tergugat iman tgk gmbr mknn boh..kawe xlunch ag nih :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, sabor-sabor.. ada masa boleh serbu restoran ni,memang sedap

      Delete
  2. Memang susah nak cari Chinese muslim food yang sedap.

    Satu hari nak cubalah kat sini , tengok dari gambar nampak sedap2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kali ke-3 pergi ke restoran chinese muslim..
      i think, this one is the best..
      tak suka makan cendawan, bila try makan sos dia, dengan cendawan sekali telan,haha

      Delete
  3. suka gak mkn makanan chinese... tp ni nampak mcm mahal je...

    Recent Post from MQ~Live : Romantiknya Monyet tu Naik Moto.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka udang dan sotong yang celup telur masin tuh
      aish,memang sedap
      harga kat DKRA boleh tahan.. depends kat menu yang kita pilih

      Delete
  4. makan besar ni..mmg tak dinafikan masakan seafood cina memang sedap2..syukur skrg ni byk dah restoran chinese muslim kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, rezeki :)
      ada menu yang first time try.. memang torbaikk

      Delete
  5. Perghhh..... memang dekat dengan umah dan tempat kerja...tapi kena makan ramai2x baru best

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tuh, makan ramai-ramai lagi meriah..
      boleh la bro, bawak member-member gi makan besar sempena CNY ni,hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...