ARTSPHERE @ The Atmosphere, Seri Kembangan : 80 mural yang memukau!

/
24 Comments
Sebut saja pasal mural, street arts ataupun wall painting, pasti semua akan cakap tentang Penang. Memang banyak hasil seni yang ada di sekitar bandar Georgetown. Macam-macam warna, bentuk, motif dan saiz boleh didapati seperti basikal, motosikal, arca dawai dan lukisan dinding yang tersergam indah. Sape-sape yang pernah pergi, mesti tahu keseronokan bergambar dengan setiap hasil seni yang ada.


Tahukah anda? Kini, satu lagi lokasi yang kian mendapat perhatian umum terutamanya kepada kaki photo dan kaki rayap. Tempat yang dimaksudkan tak lain tak bukan di Artsphere, The Atmosphere, Seri Kembangan. Kalau nak tahu, tempat ni betul-betul berdekatan dengan Giant. Nak tahu exact location, boleh refer di bahagian akhir entri termasuk koordinat GPS sekali.




Apa yang menarik sangat pasal Artsphere ni? Hah, kalau tengok gambar kat atas tuh pun dah tahu macam mana keterujaan kami bila sampai di tempat ni. Mana taknya, ada 80 mural yang diconteng di dinding-dinding bangunan oleh 20 pelukis yang berbakat. Warna-warni, 2D ada, 3D pun ada. Rambang mata nak pilih yang mana satu.


Pendek kata, kalau pergi sehari memang tak habis pusing. Apatah kami yang pergi ke sana hanya untuk beberapa jam saja. Jadi, kat bawah ni mai nak share hasil kerja kami sepanjang berada di Artsphere, The Atmosphere, Seri Kembangan. Mana tahu ada yang berminat nak pergi kan? So, boleh la cilok mana-mana idea yang rasa berkenan untuk bergambar nanti. Tak pun, setidak-tidaknya dapatlah spot mural-mural yang rasa berkenan di hati untuk dicari bila sampai kat sana nanti. Enjoy the photos :)









TIPS: Ronda-ronda di 2nd  floor, sebab kat situ teduh dan banyak mural-mural yang cantik. Then, turun ronda-ronda di main entrance and first floor. Lastly, baru pi ronda-ronda ke semua blok sebab banyak mural tersembunyi. Perlu jalan-jalan lebih sikit kalau nak tengok mural yang best-best. Dinasihatkan pergi waktu pagi sebab tak panas. Nanti kang tak pasal-pasal sunburn, keh3.


Amacam, menarik bukan? Rasanya, street arts kat sini memang mengancam dan penuh dengan warna-warni. Memang memukau lagi-lagi bila kita beraksi dan berinteraksi dengan mural-mural yang ada. Nak tahu keseronokan menggunakan imiginasi bersama mural yang tidak bernyawa, bolehlah terjah ke sana.


Terima kasih kepada model-model jemputan dan juga photographer tak bertauliah, Payun dan Danish. Dengan kerjasama mereka, maka segmen #penalencong dapat diteruskan untuk dikongsi bersama para pembaca. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014) ni, hah apa lagi? Ayuh, selongkar destinasi menarik di Malaysia. 


Memandangkan ramai yang duk bertanya lokasi kat mana, kat sini disertakan alamat lengkap. Nah, boleh ambil sebagai rujukan. Nak share dengan member-member pun boleh. Angkut member-member sekali pergi buat photoshoot kat sana. Konpem meletop!


Address
The Atmosphere Sdn Bhd
1-3 Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan

GPS Coordinate
N 2° 58.952’ E 101°39.767’

Phone No
03-8942 3663

Website

Facebook


Ingat! Bawa kamera, bateri kena cukup.
Bila berada di lokasi, guna imiginasi, mulakan aksi.
Snap, snap and snap.
Have fun!
 
notakaki: Kalau nak tengok gambar yang lebih jelas, boleh buka instagram @penaberkala ataupun seach #penalencong di instagram.


You may also like

24 comments:

  1. Menarik untuk beraksi dengan kamera DSLR

    ReplyDelete
  2. bertuahlah sapa yg dh pergi tu..:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi bertuah jumpa asyik izas di lokasi, hahaha
      Kecik betul dunia

      Delete
  3. ahahah best kan ? saya pun terpegaruh dengan Kif terus dtg sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best... Tengok bloggers duk post gambar kat sini, trus excited nk gi

      Delete
  4. cam best je, rasa cam nak pi gak la... ye bateri camera tuh penting ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gi la kak, dating ngan abam big kat sini.. Hehe

      Delete
  5. Ehh, nak pergii! Penang jauh sangat! Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting kat sini tak payah jalan jauh dan tak sesak..

      Delete
  6. Replies
    1. Ajok abe farid la gi...
      Kawe jadi photographer xpo, wakaka

      Delete
  7. Awak ni mesti seni orangnya dan minat melukiskan....sebab suka tengok mural cenggitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada la minat sikit-sikit..
      Bab melukis, kureng sikit
      Sekadar suka-suka tu ada lah

      Delete
  8. Memang leka kalau dapat berada disini dengan pelbagai aksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang leka.. sampai lapar perut dibuatnya duk asyik ronda-ronda

      Delete
  9. mcm best ja..nnt kena pegi la...ajak mmbr2 ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best... pergi sehari tak sempat nk pusing sampai habis..

      Delete
  10. mm best LA ....laugh snap yg suke Sgt bersnap2...dtg LA CNI...best hiker...

    ReplyDelete
  11. Memang cantik. TeringIn nak ke sana...suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  12. ada tak public transport utk gi sana?

    ReplyDelete
  13. Skrg berada kat sini.. Kebetulan menginap kat hotel area atmosphere

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...