Jalan-jalan Cari Makan di Food Republic, One Utama

/
10 Comments
Kali ni, moh ler kita jalan-jalan cari makan di One Utama. Dalam banyak-banyak kedai makan yang ada di One Utama, tempat yang kami tuju kali ini adalah Food Republic, One Utama. Kami? Ya, kali ni aku bukan pergi seorang ataupun berdua. Kali ni, kami pergi berlapan di bawah kelolaan Blooggers Dot Com



Taddda! Ini lah gerangan kami berlapan. Nak tahu siapa? Nak kenal siapa? Ini lah dia gerangan Mr Jocko, FaridNizam Ijam, MahaMahu, Syukri Tahir, Ida dan LiaOmey Penat-penat balik kerja, terus pergi ke One Utama semata-mata nak join dorang ni makan beramai-ramai. At least, dapat jugak makan semeja dengan blogger InTrend dok? wakakaka.


Duk kencang sembang pasal Food Republic,One Utama ni, korang semua tahu tak lokasi sebenarnya kat mana? Aku pun, sesat jugak lah first time cari. Rupanya Food Republic ni terletak di tingkat dua, new wing, One Utama. Untuk korang yang nak cuba menikmati makanan-makanan yang lazat kat sini especially first timer macam aku ni, apa kata salin alamat kat bawah ni dalam telefon masing-masing, lol.

Address : 
Food Republic 大食代 @ 1 Utama
S346-S347, Second Floor
1 Utama Shopping Centre,
Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
GPS : 
N03 08.910′ E101 36.954′

Kalau pi tengok wayang ke, lepak-lepak ke, shopping ke, jalan-jalan cuci mata time weekend ke, kalau perut berkeroncong boleh try usha-usha ke sini. Macam-macam ada wooo. Pendek kata, rambang mata nak pilih menu apa yang nak diNGAP! Waktu operasi dari 10 pagi - 10 malam.


INFO
First outlet Food Republic di Pavillion (basement)
Food Republic di One Utama adalah second outlet yang mula beroperasi pada 23 July 2011
15 stalls yang menyediakan pelbagai aneka makanan Malay, Chinese, Japanese, Western, dan Taiwanese


Apa yang menarik di Food Republic, One Utama? Meh dekat-dekat,duduk rapat-rapat abang nak cerita. Tengok gambar, teliti betul-betul. Kalau terliur, boleh pergi try sendiri next time ok?


Ayam Penyet Indo Cuisine


Antara gerai yang ada di Food Republic, One Utama nih adalah Ayam Penyet Indo Cuisine. Ini memang favorite aku. Kat KLCC, Pertama Complex, Bangi, semua dah try. Ini first time nak try makan ayam penyet di One Utama pulak. Jom layan...


RM 10.80

Bezanya kat sini ayam tuh tak terpenyet sangat lah. Cantik molek lagi, hehe. Orang kata, "don't  judge a book by its cover". Tapi, bila dah makan dan cicah dengan sambal penyet tuh, perghh, perghh, perghh, berapi beb. Sambal dia memang pedas dan sedap. Memang menyengat.



Hah, senyum lebar den dapat makan Ayam Penyet Indo Cuisine nih. Nama je gerai Ayam Penyet Indo Cuisine, tapi menu lain pun ada. Kalau singgah sini, boleh jugak try menu lain macam Sotong Petai Berlado dan Mee Jawa.



Sotong Petai Belado
RM 11.80


Mee Jawa
RM 7.90

Yong Tau Fu



Gerai seterusnya yang diserang adalah yong tau fu. Bezanya kat sini berbanding tempat-tempat lain adalah dari segi sos nya. Kalau tempat lain ada dua pilihan, sup ataupun kuah kacang, tapi kat sini ada tiga pilihan. Sup, cili sos ataupun brown sos. Rasanya agak unik. Aku lebih suka kalau sos dan kicap tu dicampur sekali, baru umphhh.


Cili Sos + Brown sos - Yong Tau Fu -  Chee Chiong Fan


Miro Korean Delight


Makanan Indonesia sudah, China pun sudah, sekarang kita ke Korea pulak. Ini first time nak try masakan Korea. Eksited jugak lah. Nak sampai ke Korea entah bila, dapat makan masakan orang Korea di Malaysia pun jadi lah, hehe.


Pajeon / Kimchi Pancake

Ini namanya Pajeon bak kata kawan aku, Fara di Instagram. Rupanya macam telur dadar, tapi rasanya macam lempeng. Bagi aku sedap.


Bibim Bap

Ini pulak namanya Bibim Bap.Aku ingat sayur je. Rupanya, kat bahagian bawah ada nasi. Cara makan pun berbeza daripada orang Melayu. Ambil sos tuh, then gaulkan kesemua yang ada dalam mangkuk sehingga sebati. Hasilnya? Aku tengok, akhir sekali jadi macam nasi goreng. Cuma, banyak sayur. Memang sihat kaw-kaw kalau makan Bibim Bap. Patut la, orang Korea cantik-cantik kan? Ini rahsianya. Makan sayur banyak rupanya.


JapChae

Ini pulak namanya JapChae. Nampak macam bihun, tapi bukan bihun. Rasanya? Pejal-pejal sikit. Kalau nak melancong ke Korea, better datang praktis makan di Food Republic dulu nampak gayanya,haha. 


Hot Plate


Gerai terakhir yang kami terjah adalah di Hot Plate. Nak tahu apa yang istimewa di Hot Plate? Meh, layan gambar-gambar kat bawah ni.


Sizzling Yee Mee


Portugal Style Stingray


Chicken Blackpepper

Kalau yang berminat nak makan menu yang berasaskan claypot ataupun sizzling mee, memang sesuai datang ke Hot Plate nih.Menggelegak wooo setiap pesanan yang diorder. Memang kena dengan nama, Hot Plate.


JuiceBar


Tak lengkap kalau makan tanpa minuman. Nak-nak kalau makan makanan yang pedas dan panas. Memang cun lah ada jus buah-buahan di gerai Juice Bar. Aku pekena jus tembikai. Fuuh, nyaman. Habis makan dan minum, kami semua bersurai. Seronok wooo dapat makan ramai-ramai. Riuh-rendah dengan gelak tawa.


Nizam Ijam dan MahaMahu, dua-dua blogger hebat nih. Rendah betul rasanya diri ini (rujuk gambar, lol)


penaberkala - farid - jocko - ijam - syukri - lia - ieda - mahamahu


Gendang-gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati,
Food Republic sedap sengoti,
Lain kali jemput lagi :)


Nak tahu lagi pasal Food Republic, boleh rujuk Facebook:



Oppps, lupa nak bagitau satu benda lagi. Kalau ada member card Food Republic, boleh dapat diskaun sehingga 10%. Boleh rujuk di kaunter Food Republic kalau nak Preffered Customer Card Food Republic.


Notakaki : Harga untuk setiap menu lupa la pulak nak catat. Biasalah kalau dah syok makan kan? hehehe. Kalau tak, boleh share kat sini untuk rujukan bersama macam harga untuk Nasi Ayam Penyet, Mee Jawa dan Sotong Petai Belado. Terima kasih untuk cadangan bernas dari Amir Nawawi Nak tahu, kena usha sendiri la ye ke Food Republic 1 Utama, tak pun di Food Republic Pavilion.


You may also like

10 comments:

  1. Ni kalau letak sekali harga kat gambar ni lebih elok rasanya. Dapat la buat bajet sendiri bila nak berkunjung ke sini nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea yang bagus mir.. sebenarnya lupa nk letak, nanti edit balik sikit..
      lagipun, takde smua senarai harga utk setiap menu..
      apapun,boleh letak harga untuk menu yg sempat tnya hari tu, mudah reader nk buat rujukan

      Delete
  2. Cepat nye nuar kuar terbaik lah ni mesti ramai panggil lepas ni hehehe tapi tempat tu memang terbaik kan nuar..

    ReplyDelete
  3. untung laaa pergi x hajoookk.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah hantar pelanduk dua serupa pegi aritu,haha

      Delete
  4. finally im here!!! hai penaberkala hahaha ehhh dtg FR xmkn pepper rice yg nasik daging cheese adlh sgt merugikan..huuuuuu dh la yg plg sodap kat OU tuhh hehehhehe so kna pegi lg bawak i pastu belanja i sbb i dh bg cdngan!!! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sizzling Suzai.. finally, sampai jugak eh ke blog ni? hahaha
      tq sudi berkunjung dan komen..
      tak try la nasi daging cheese tu, ni pergi pun sbb food review..
      next time, gi sdiri nk try la jugak.. Jom

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...