#DRPB : EPISOD 11

/
4 Comments
20 Julai 2013
  11 Ramadan 1434H


Hujung minggu kembali lagi. Cuma, kali ni rasa lebih eksited sebab ada benda yang nak buat. Lepas Zohor, terus pergi ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk program pengagihan bubur lambuk. Eksited lain macam sebab ini first time join nak agihkan bubur lambok di Kampung Baru. Orang kata, kat sini memang tiap-tiap hari dan tiap-tiap tahun ada. AJK masjid akan start masak seawal 7 pagi sebanyak 10-12 periuk besar. Mengikut kata pak cik yang buat bubur lambuk, setiap periuk besar boleh buat dalam lingkungan 250 bungkusan. So, dalam sehari dalam 2500 pek bubur lambuk yang akan diagihkan setiap hari kepada jemaah masjid selepas solat asar dan kepada sesiapa saja yang lalu-lalang di kawasan masjid. Meriah!


Lepas solat asar, terus get ready untuk mengagihkan bubur lambuk. Huh, ramai jemaah yang beratur untuk ambil bubur lambuk. Semua berbaris panjang. Nice moment to share. Memandangkan ramai yang beratur, orang yang beratur depan-depan memang dapat satu bungkus je, bimbang tak cukup untuk orang kat belakang. Kadang-kadang, kesian jugak.

"Dik,nak satu bungkus lagi boleh tak?"

"Bang, nak lagi satu boleh tak?"

"Nak ambil untuk jiran satu boleh tak?"


Herm, rasa serba salah. Tapi, terpaksa jawab ringkas, "Maaf ye, ramai lagi orang kat belakang". Lepas sejam bubur lambuk diagihkan, baru surut sikit orang. Kali ni, kalau yang mintak dua bungkus pun boleh bagi. Untung jugak yang beratur/datang lambat ni. Dalam banyak-banyak orang, ada jugak yang bila diberi 2 bungkus, taknak. Diorang akan ambil satu bungkus je.


"Takpe lah. Satu bungkus je cukup"


Nampak? Kehendak orang berbeza-beza. Ada yang nak lebih tapi tak dapat, ada yang diberi lebih tapi tak ambil. Nasib dan rezeki masing-masing. Last minute punya pukulan, siap ada yang dapat 3 bungkus. Paling seronok, bila head of HR sendiri duk agihkan bubur di tepi jalan kepada pemandu kenderaan dan penunggang motosikal.
Hari yang agak rushing. Habis program di Masjid Jamek Kampung Baru dalam pukul 545petang. Terus bergegas pulang nak tukar pakaian dan ambil ole-ole untuk ke KLIA. Kesian betul kat Hanifi, duk tunggu kat stesen Bandar Tasik Selatan (BTS). Dah janji nak gerak dalam pukul 600 petang dari BTS naik ERL ke KLIA. Malangnya, 2 train terlepas, dalam 645 petang aku baru sampai. Adeh! Naik ERL dalam pukul 710malam. Lebih kurang 30minit perjalanan, kami tiba di KLIA. Time azan, duk dalam ERL lagi, LOL. Bak kata Hanifi, "korek hidung je lah kita berbuka hari ni", kahkahkah.


Sempat juga berbuka puasa di foodcourt KLIA bersama Faris yang bakal berangkat ke Australia untuk melanjutkan pelajaran. Lepas berbuka,chit-chat kejap, solat Maghrib, terus ke balai perlepasan. Sempat jugak snap gambar buat kenang-kenangan. Memandangkan takde benda yang nak bagi untuk orang yang akan beraya di Australia, aku bagi mafla The Red Worrior kat Faris. Kasik glamor sikit TRW dan Kelantan di bumi Australia,haha. Takpun, kalau nak nangis di pagi Aidilfitri, elok benar la kot ambik mafla tu kesat air mata yang meleleh. Apa pun, jangan lupa buat salam perantauan tahun ni, LOL.


Sampai kat rumah dalam pukul 11malam. Terlepas lah nak terawih berjemaah. Buat je lah alakadar kat rumah. Semoga ganjaran sekali dalam setahun ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya, amin. Tapi serious, kalau terawih, memang seronok buat kat masjid ramai-ramai. Kenapa yang wajib aku rasa malas? Lempang pipi sendiri laju-laju. Mungkin persekitaran yang membantu :)


You may also like

4 comments:

  1. hmmm... tahun ni nasib la nama aku tak masuk senarai ajk bubur lambuk.. kalau naik jugak hmm dedo la bulan2 puase ni... ko tengok kat masjid kampung baru tu je la dah tau macam mana sibuknya kan... tapi tak dinafikan.. seronok...

    ReplyDelete
  2. errr....maaf ini cerpen atau apa?
    lama tak singgah sini mesti sudah banyak yang aku tertinggal...

    ReplyDelete
  3. Sam Banjamin:
    seronok tu memang seronok, tapi kalau kena kacau bubur rasanya lemah-longlai jugak kena hadap sehari
    makan, best! haha

    ReplyDelete
  4. Pembunuh Tanpa Bayang :
    owh, ini namanya CERPENTI
    cerita pendek realiti,haha
    sebenarnya nk praktis suruh konsisten, 1 hari 1 blogpost
    so, jadi lah edisi Diari Ramadan Penaberkala (DPRB) ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...