#DRPB : EPISOD 10

/
4 Comments
19 Julai 2013
  10 Ramadan 1434H


Hari-hari yang santai, tiba-tiba jadi tegang. Meeting tergempar dengan director. Hah, amekaw. Masing-masing baru start kalut nak planning untuk achieve KPI. Betullah kata orang kan, lebih baik bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Itu lebih cool daripada bersenang-lenang dahulu, last-last baru nak kalut ribut nak kejar dateline. Aku rasa, ini salah satu faktor yang perlu diubah dalam mana-mana organisasi. Last minute attitute! 


Hari ini banyak benda aku belajar. Ya, aku lebih suka observe. Being a good observer is a great tool to have as a writer, just taking the world in. Dalam bilik meeting seumpamanya. Pertama, kena jaga tone of voice. Kalau tak setuju, nak marah, tak puas hati, meninggi suara bukan cara professional untuk selesaikan masalah. Lebih-lebih lagi kalau bercakap dengan orang yang lebih senior dan berumur. Bila senior dan senior bertemu, sebagai junior kita kena perhati je lah. Nak masuk campur, memang tak kena tempat. But, a lesson learnt. Please respect each other. Guna tone hight pitch macam Jaclyn Victor sekalipun, aku konpem masalah tak kan selesai.



Ke-dua, aku belajar pasal kepimpinan. Nak sedap dengar, sebut leadership. Ya, leadership ni bukan benda yang mudah-mudah nak dapat. Bukan boleh petik sana, petik sini, macam petik buah-buahan kat kebun terus dapat. Ia perlu masa, perlu kuasa. Tapi perlu ingat, orang yang banyak pengalaman pun kadang-kadang tak dapat tonjolkan kepimpinan. Kadang-kadang juga, orang yang ada kuasa pun tak guna kuasa sepenuhnya. Sekarang aku baru tahu, "fail to plan, plan to fail". Ya, aku setuju. Lesson learn, nak buat sesuatu kena ada perancangan. Paling penting, kena ada "team sinergi". Kalau takde, memang susah nak capai objektif. Orang kata, lidi kalau sebatang memang mudah nak patah, cer kita ikat seberkas cuba patahkan tengok camne. Boleh guna buat sapu sampah lagi ada lah kan? Ya, itu maksudnya. Berguna. 


Kusut-masai, gundah-gulana, tolak tepi. Ikat elok-elok, simpan dalam almari. Kita ambil yang happy happy je. Oh, hari ni terima bungkusan dari pihak Staff Carnival. Hadiah cabutan bertuah, daripada hampir 2000 staff yang shortlisted, lepas jawab 2 soalan, akhirnya berjaya jugak menang jadi top 900. Menang lah Morgan Sandwich Maker seketul. Bertuah betul, dah la 2 in 1. Siap boleh guna untuk grill skali. Alhamdulillah. Terus boleh guna buat ikan bakar untuk berbuka tadi. Hari ni semangat, siap buat air asam power lagi. Housemate cakap sedap woo. Terharu rasa. Terus rasa nak gi bukak gerai kat bazar Ramadan esok, kahkahkah.


Sebab pekena ikan bakar dan air asam, malam ni segan nak salam dengan orang sebelah. Maaf la ye kalau tangan bau belacan, hahaha. Apapun, moreh malam ni sedap. Roti canai dan roti jala hasil sumbangan Restoran Kayu Original Penang. Terima kasih!



You may also like

4 comments:

  1. hmmm... aku selalu pesan pd diri aku... jawatan tak janjikan apa2 apa as long as aku tau tak nak buat kerja... aku tak nak jadi bos, walaupun boleh bersikap bossy... aku memilih untuk jadi leader... baru cantik!

    ReplyDelete
  2. bila kata leader, maknanya kita nak org bawah kita jadi macam kita (+ve). bukan tau nak perintah je. tu biasanya saya gelar giler kuasa. Tapi tak semua org ikhlas nak jd leader :)

    ReplyDelete
  3. Sam Banjamin:
    aku pun kadang-kadang tak konfiden kalau dilantik jadi ketua
    bukan tak berani, cuma takut ada yang tak puas hati
    apapun, klu dah amanah sudah terpikul, akan aku galas jugak sebaik-baiknya..
    sebab tu, time jadi follower ni, klu boleh nk jadi a good follower
    agar tiba satu saat nanti,I'll be a good leader
    InshaAllah

    ReplyDelete
  4. Mummy's Luv & Life:
    betul tuh, walk the talk
    klu dah jadi leader, baru kita tahu cabaran macam mana
    skang ni setakat jadi follower, kita hanya mampu observe..
    belajar dari mereka
    kelak nanti, kita tak ulang kesilapan mereka...
    dan kita cuba terapkan apa yang baik-baik untuk kita pakai di masa akan datang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...