#DRPB : EPISOD 12

/
2 Comments

21 July 2013
12 Ramadan 1434H

Bangun pagi dengan penuh kekalutan. 730 pagi dah kena berkumpul di office untuk sesi briefing. Tapi lupa, hujung minggu punya timing untuk train lain sikit. Delay selang 15 minit barangkali. Jenuh jugak menunggu train, silap besar la turun dari rumah lewat sikit tadi. Dekat pukul 8pagi baru sampai di office. Tengok semua orang dah takde, semua dah gerak ke Kamdar Jalan Tun Abdul Rahman (TAR). Kali ini program shopping raya bersama adik-adik dari [1] Pusat Jagaan Lambaian Kasih, Sungai Penchala [2] Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong [3] Pertubuhan kanak-kanak Insan Cemerlang Sungai Buaya, Rawang.


Ini kali pertama join program seumpama ini. Bagus jugak, boleh tahu selok-belok macam mana nak handle event macam ni. Menjadi volunteer sebenarnya memang seronok. Selain dapat pengalaman baru, dapat juga ramai kenalan baru. Networking! Tugasan kali ni cukup berat, aku ditugaskan untuk menjaga adik-adik dari Pertubuhan kanak-kanak Insan Cemerlang Sungai Buaya, Rawang memilih pakaian mereka. Macam-macam telatah dan kerenah ada. Dari nak pilih baju melayu, samping, butang baju melayu, songkok, stoking dan kasut.


“Bang saya nak baju color ni boleh”

“Saya nak size nih, tapi color nih”

Ini baru soal baju. Seronok tengok masing-masing muka happy duk pilih warna dan size yang sesuai dengan mereka. Masing-masing ada taste sendiri. Ada jugak yang nak sama color macam kawan-kawan. Ya, mungkin ini salah-satu tanda keakraban mereka.


“Bang, samping color apa yang sesuai dengan baju ni?”

“Samping untuk baju merah ada?”

“Taknak samping yang ada getah. Nak samping yang ikat sendiri”


Ini antara dialog-dialog spontan mereka bila tiba di tempat pilih samping. Bab nak rekemen samping yang sesuai dengan baju melayu yang dipilih ni memang abang fail sikit la dik. Abang ni tak gheti sangat nak pilih yang sedondon dan sepadan. Tapi, cuba juga bagi cadangan sebaik mungkin. Kalau nampak berkenan, diorang akan ambil. Kalau tak berkenan, memang diorang akan pilih lain. Not bad, masing-masing ada citarasa dalam memilih. Well done!


“Songkok ni kecik la bang. Saya nak yang besar sikit”

“Saya nak yang warna biru tuh”

Hah, part songkok pulak memang masalah size. Size 20 ¾ adalah paling besar kat tingkat atas Kamdar. Rata-rata adik-adik ni semua pakai size 21 dan ke atas. Jadi terpaksa lah ambil kat bahagian dewasa di tingkat bawah.


Seterusnya, stoking dan kasut. Yang besar sikit ambil yang kasut bertali, yang kecil ambil kasut yang tampal. Ada jugak yang dah ambil baju melayu, tapi nak jugak ambil baju kemeja dan seluar jean.


“Bang, saya nak baju dan seluar ni jugak boleh?”


Habis, volunteer semua pening. Tapi, kami bagi peluang untuk mereka membuat pilihan. Pilih salah satu, baju melayu sepasang atau smart casual. Apa yang penting, mereka gembira dengan pilihan mereka. Pengalaman terbaik buat mereka bila kita bagi kebebasan dalam memilih. Mungkin kita selalu ke shopping complex, tapi nasib mereka tak sama. Mungkin setahun sekali, kalau bernasib baik mungkin lebih. Jadi, cuba sedaya-upada untuk layan kehendak dan keinginan mereka.


Selepas lebih kurang 4 jam shopping di Kamdar. Kami bergerak ke office untuk sesi bergambar tanda kenang-kenangan. Lepas tu, majlis bersurai dalam pukul 1130 pagi. Satu je yang aku kagum dengan mereka semua. “Terima kasih!”. Itulah ungkapan yang cukup simple, tapi penuh makna yang rata-rata terpacul keluar daripada mulut mereka untuk kami semua selaku volunteers. Cukup gembira. Ternyata, mereka memang menghargai apa yang kita lakukan. Semoga adik-adik semua happy dan dapat beraya dengan penuh kegembiraan pada tahun ini.


Lepaskan kepenatan shopping setengah hari dengan tidur, zZzZzZ… Orang kata, tidur pun ibadah kan di bulan Ramadan. Kehkehkeh. Alasan! Padahal memang ngantuk sebab penat duk tawaf Kamdar, LOL. Juadah untuk berbuka pula sempat siapkan ayam masak lemak cili padi. Ya, lazat. Boleh cuba lagi next time. Mudah pun mudah. Alhamdulillah, genap sedozen hari kita berpuasa di bulan Ramadan. Semoga aku diberi kesempatan untuk meneruskan hari-hari berikutnya.   


You may also like

2 comments:

  1. pergh.. ayam masak lemak cili padi tu.. mak aih.. lama tak pekena

    ReplyDelete
  2. boni kacak:
    fist time masak sendiri bro
    layan je, haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...