#DRPB : EPISOD 6

/
0 Comments
15 Julai 2013
  6 Ramadan 1434H



Isnin yang biru, "Monday Blues". Hari yang ramai orang payah nak terima hakikat, kena masuk office balik selepas berfoya-foya di hujung minggu. Hidup mesti diteruskan, bolos saja Isnin itu... Tapi kan, lepas hari Isnin, masa akan rasa cepat je berlalu. Tup tup, eh dah hari Jumaat. Betul tak? Ke perasaan aku je camtu. Herm...


Separuh hari goyang kaki di office. Apa nak buat kalau takde kerja nak dibuat? Bosan betul hidup. Kebetulan ada peraduan untuk menang tiket Barcelano VS Malaysia di website group, cuba juga join. Menang kalah lain citer, cuma tarikh match tu kurang berkenan sikit. Ada ke patut buat time raya. Duk tengah pikir, kalau menang tiket tu nanti, agak-agak nak bagi sape eh? Puii, angan-angan mat jenin.


Hari ni ada dua kekecewaan. Pertama, bila ada manusia yang tak pandai nak guna "common sense". Kalau dah tahu time bulan Ramadan, muslim memang stay di office time lunch, buat apa nak makan di workstation? Tak faham betul aku. Kot ye pun berat punggung nak berjalan, paksa la sikit pergi ke pentri. Keceng keceng bunyi sudu duk terhantuk dengan bekas, churp churp bunyi duk kunyah makanan. Haishh, tension jap. Tak marah, cuma terkilan. Ke-dua, bila ada kerja last minute. Pukul 5 time off, tup tup pukul 4 e-mail masuk suruh buat kerja dan submit terus. Aku perasan dari e-mail yang di'forward'kan tuh, sepatutnya dari 17/6/2013 lagi. Kenapa 15/7/2013 baru nak forward cakap nak urgent by today? Owh, sebab due date 16/7/2013 kan?  Aku tak suka betul buat kerja last minit. Tak guna aku merungut, apapun aku ambil pengajaran dengan apa yang berlaku hari ni. Expect the unexpected. Paling penting, kita kena sentiasa bersedia dengan apa jua yang datang. Jangan berdalih, buat sedaya yang boleh.


Lepas tension, tak pasal-pasal aku berkungfu di dapur. Hasilnya, tomyam ayam yang super lazat. Sebenarnya, dah beberapa hari nak makan tomyam,  asyik tertangguh je. Alhamdulillah, akhirnya hari ni hajat sudahpun terlaksana. Walaupun dah lewat sampai rumah, gigih jugak nak masak. Memang dah gaya masterchef masak dalam masa 30 minit, LOL. Berbuka dengan nasi putih dan tomyam. Moreh pun, duk hirup tomyam sampai licin. Ohsem!


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...