Pemenang Peraduan Mencari Ramli Musim 2

/
5 Comments
Mungkin semua dah tahu kan, rancangan Mencari Ramli Musim 2 sudahpun melabuhkan tirai pada 12 Julai 2013. Secara automatik, pemenang untuk program Mencari Ramli Musim 2 telahpun diumumkan. Saja nak share kat sini, mungkin ramai yang tak tahu siapa yang menang. Untuk pilihan juri/jurulatih, ada 2 pemenang iaitu sorang bawah 14 tahun dan sorang lagi bawah 16 tahun. Sorang lagi pemenang dipilih melalui undian SMS. Kira peserta favorite penonton lah. Senarai pemenang seperti kat bawah nih:


Bawah 14 tahun
Muhammad Nizarruddin Bin Jazi

Bawah 16 tahun
Mohd Fekry Azram Bin Sharif

Pilihan penonton (Undian SMS)
Azmeer Khairy Bin Khaideer

Tahniah diucapkan kepada adik-adik kita yang bakal menjalani latihan di MUSS selama 2 minggu dan berjaya mendapat biasiswa Frenz United. Semoga bakat korang dapat digilap dan menjadi permata berharga untuk sukan bola sepak tanah air. Aummmmm.


Selain pemenang Mencari Ramli 2, senarai pemenang untuk pengundi jugak dah diumumkan. Tonton, Undi dan Menang! Mudah je kan? Bertuah betul siapa yang jadi pemenang tuh. Tahniah kepada Khaidzer Bin Hj Kedah. Syok la dapat tengok match Manchester United live di Sydney nanti. Tahniah jugak kepada pemenang bertuah yang lain seperti Mohd Asmawi Bin Johar, Azimah Binti Abdul Aziz, dan Eme A/P Dinshow.


Ok, ni part paling menarik dan dekat dekat jiwa aku. Ya, kategori blogger. Aku sempat jugak join, sekadar mencuba nasib. Asalnya, memang niat nak menang free trip ke Manchester United. Tapi, tengok macam ramai je yang join, so rasa macam dah takde harapan nak menang. Alhamdulillah, rezeki tetap ada walaupun tak menang hadiah utama.


Tahniah kepada Nik Khazani Nik Aziz yang menang hadiah utama. Dapat pergi ke Old Trafford free woo. Tengok MU main live, tiket flight, accomodation semua ditanggung beres. Bawak diri je, tu pun boleh bawak sorang lagi. Syok habis. Tahniah. Selamat melancong ke Manchester!


Apa yang aku menang? Nama aku tergelincir sikit je jatuh ke bawah, adeh. Kalau tak, dapat merasa pi Manchester free, keh3. Tapi, ni pun dah syukur. At least, menang jugak kan? Alhamdulillah. Ikut perkhabaran, consolation prize akan dapat merchandise Manchester United, mystery bag katanya yang bernilai RM350 setiap orang. Hari Jumaat ni, 19 Julai 2013 akan diadakan press conference dan majlis penyampaian hadiah di Menara TM. Aish, kena bodek boss ni mintak release awal hari Jumaat,haha.


Anyway, tahniah jugak kepada 2 bloggers lagi yang turut menang consolation prizes iaitu Pizli Mat Wazip dan Bismil Azian binti Ismail. Kalau takde aral melintang, boleh la jumpa nanti time press conference.



Notakaki: Inilah blogpost yang memberi tuah kepada aku, Part 1 dan Part 2.Aku harap, lepas ni makin kencang lagi jari-jemari aku nak ketuk-ketuk keyboard, hehe. Alhamdulillah, petang tadi dapat offer untuk satu lagi advertorial. Tunggu kemunculannya di visible voice ye. Kbye :)


You may also like

5 comments:

  1. memey rejeki blog mu ni..leh wt rayo mechandise tu..heheh

    ReplyDelete
  2. patut banyakkan lagi rancangan mcm ni.. kalau boleh cari 1 atau 2 team bola... bukan sorang dua player...

    ReplyDelete
  3. JMR:
    dok skor jugok boleh menang, haha
    Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak
    hadiah raya la tu gamaknya

    ReplyDelete
  4. Sam Banjamin:
    ye, setuju dengan pandangan bro

    kalau bola sepak memang dah banyak program macam ni
    Soccer Kidz All Star, 1MMC, Frenz United, dll
    rasanya, bakat pelapis untuk bola sepak dah ada, cuma tinggal pihak pengurusan dan jurulatih je macam mana nak handle talents yang ada

    sukan-sukan lain pun patut ada program macam ni
    cari bakat-bakat muda untuk digilap

    ReplyDelete
  5. Bila baca penulisan nie berulang kali... saya jadi hormat dengan pendirian awak...
    tak keterlaluan saya kata, walaupun banyak blogger kita dah semakin kurang sopan..
    tapi awak tetap dengan pendirian awak yg sederhana..
    dari peminat blog awak ;)

    Also visit my web-site; Affiliate Percuma

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...