#DRPB : EPISOD 15


24 July 2013
15 Ramadan 1434H


Masih lagi berkampung di tempat fieldwork visit. Cuma hari ni mintak release awal sebab ada program berbuka puasa bersama anak yatim di Masjid Al-Rahar,Bangsar South. Malang tak berbau, lupa pulak nak bawak baju melayu dan samping siap-siap ke office. Tak payah balik ke rumah nak tukar pakaian bagai. Dah la waktu dah berubah, dari pukul 5,kena berkumpul awal sikit, 430 petang.


Jadi,waktu rehat (lunch),mintak permission dari boss nak balik ambik baju melayu dan samping. Dengan konfiden, terus bergegas pulang naik monorail dari Raja Chulan, tukar di Hang Tuah terus menuju ke Salak Selatan. Sampai je di stesen Salak Selatan, raba-raba dalam poket cari kunci motosikal, eh, takde. Raba-raba lagi cari kunci rumah,eh pun takde. Combo!


Slumber dek je patah balik. Badan dah berpeluh sakan macam jogging. Sampai di office, bos tnya, "eh sempat ke ambil baju melayu?".


Tarik nafas panjang, slumber dek je aku jawab, "hermmm. Tak ambik pun,kunci tertinggal dalam bag."
Geleng kepala ramai-ramai,haha. Dalam hati, arghhh, frust weh. Sia-sia je bersusah-payah. Takpe lah, anggap sebagai senaman.


Dismiss earlier, 345petang dah mintak release. Dah lah jatuh, ditimpa tangga pulak. Kasut pulat mengaga macam mintak disuapkan nasi. Dugaan! Berkejaran balik tukar baju, hantar kasut ke tukang jahit, dan bergerak ke Bangsar South. Walaupun sampai lewat, nasib baik briefing tak start lagi.Cool!


Seronok dapat join Majlis berbuka di Masjid Al-Rahah bersama adik-adik dari rumah anak yatim. Lagi seronok tengok mereka makan best-best dan dapat duit raya. Selain dapat jumpa kenalan baru, Abang Adi, Hayri dan Zamir, dapat jugak tahu selok-belok syarikat korporat menjayakan event macam ni. Ya, experience gained!

Post a Comment

0 Comments