#DRPB : EPISOD 14

/
0 Comments
23 July 2013
14 Ramadan 1434H

First day visit di Raja Chulan. Second time datang ke sini. Tapi sekarang, kena evaluate department lain pulak. Cabaran dia? Mestilah nak communicate dengan diorang. First time jumpa, baru nak familiar dengan process, kena check contol in place ke tak dan find the gap. Sebenarnya, cabaran paling utama sebab kena berdiri lama-lama,lol. Mau tercabut kaki aku. Sabor je lah.


Bila jumpa dengan staff yang lama-lama, macam-macam cerita ada. Cerita orang lama-lama. Seronok jugak dengan diorang berborak pasal zaman muda diorang nih. Time muda-muda, berkawan, main bola sama-sama, sekarang, dah kerja department lain-lain. Ya, itulah realiti. Kita pun, satu masa nanti macam tu jugak.


Tazkirah zohor kali ni pasal Malam Lailatulqadar yang disampaikan oleh Ustaz Fadhil Al-Yamani. Berbuka puasa hari ni pulak bersama  bloggers untuk event Celcom Xpax #timetoreload di Bangsar. Ramai jugak bloggers yang kenal ada, macam biasa kak Yana, kak Ruby, Bro Eyriqazz, Melastik Bintang, Boni Kacak dll. Meriah. Turut hadir memeriahkan majlis adalah selebriti tanah air, Elfira Loy, Melako Boy,Altimet, dan Liana Fizi.


Kagum dengan organizer event kali ni, siap sediakan satu kereta khas nak hantar ke masjid untuk solat maghrib selepas berbuka. Terima kasih Celcom! Walaupun jarak masjid tu dekat je, boleh je nak jalan kaki, tapi tetap disediakan kereta untuk kemudahan semua. Salute!


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...