Tonton dan Menang Mencari Ramli Musim Ke-2 : Peluang ke Old Trafford dan Sydney

Sebenarnya, Ramli yang dicari-cari dah lama ada. Cuma dulu, program macam Mencari Ramli ni tak wujud lagi di stesen-stesen tv. Sekarang baru diorang duk kecoh-kecoh nak cari Ramli. Melepasssss.... Takpe, "better late than never". Semoga dapatlah sama-sama kita cari Ramli untuk sukan bola sepak Malaysia yang lebih cerah. Abang dah pencen, serahkan tanggungjawab kat adik-adik, cewah. Siapa Ramli? Hah, nak tahu lebih lanjut, boleh merembat ke sini : MR2

Kalau ada mesin masa Doraemon, mungkin inikah Ramli yang dicari? Wakakakaka

Ok, caption gambar di atas sudahpun offside. Sila abaikan. Sepakan percuma kepada pihak lawan. Jom menggelecek ke topik asal. Kasik rembat sampai gol. LOL *mode bola sepak activated* Kami tak mampu nak ke Old Trafford pun dulu, sempat pergi ke New Castle (Kota Bharu) je. Keh3.  


Sambung cerita asal, nanti penyokong baling botol air dan mercun masuk blog. Nak tahu macam mana cara nak menang fully sponsor (percuma) untuk menyaksikan Manchester United beraksi secara langsung di Sydney? Boleh scroll down dan baca di bahagian akhir entri ni. Nak menang trip ke Old Trafford dan merchandise Manchester United? Pun boleh, jom baca kat sini : Nuffnang


 Mencari Ramli Musim 1

Kalau nak diiukutkan sejarah, sudah ribuan remaja dari lebih 75 negara telah mengikuti latihan intensif di Manchester United Soccer School (MUSS). Pada tahun 2012, sejarah baru arena bola sepak tanah air telah tercipta bilamana Ariff Farhan, Adam Nor dan Ahmad Solehin yang merupakan pemenang Mencari Ramli Musim 1 telah berjaya menjejakkan kaki di kem latihan Manchester United Soccer School (MUSS) bagi menjalani latihan intensif selama dua minggu.

Adam Nor, Ariff Farhan, dan Ahmad Solehin

Kalau nak tau, Ariff Farhan dan Adam Nor adalah pemenang bagi kategori pilihan juri/jurulatih. Ahmad Solehin pulak menang kategori pilihan penonton.

Ariff Farhan
Solehin
Syok betul, muda-muda dah berjaya jejak kaki di  Manchester. Bukan setakat pergi training bola sepak je diorang ni. Sempat lagi shooting kat sana. Nak tengok hasilnya? Boleh ambil sepakan penjuru di sini: Manchester United


Mencari Ramli Musim Ke-2

Nampaknya, Mencari Ramli Musim Ke-2 semakin hangat dan mendapat sambutan yang luar biasa. Tengok sesi pemilihan pun dah tahu, bukan main ramai lagi yang datang di setiap lokasi di seluruh Malaysia. Lagi menarik, bila ramai ibu bapa yang turut serta hadir memberi sokongan dan semangat. Peserta yang kelainan upaya seperti bisu dan pekak pun ada yang turut serta dalam sesi pemilihan. Kagum dengan semangat adik-adik kita. Semuanya dapat ditonton di kaca tv bermula 19 April 2013 sebanyak 12 episod.   

Mancari Ramli 2
Setiap Jumaat
730 malam
TV3

Kalau terlepas episod yang sudah-sudah, jangan bimbang jangan khuatir. Boleh klik link di bawah untuk sama-sama memberi sorakan semangat kepada bakat-bakat muda bola sepak Malaysia.. 
 
Episod pengenalan Mencari Ramli. Boleh tengok sesi pemilihan yang diadakan di Melaka, Kedah, Perak Penang dan lain-lain. Paling menarik, salah seorang yang datang memang benama Ramli. Mampukah Ramli terpilih untuk program Mencari Ramli 2?

Respon positif daripada ibubapa yang berada di lokasi. Betul tuh, program macam ni bagus. Paling tidak, dapat cungkil bakat baru untuk sinar  bola sepak negara di masa akan datang. Untuk episod ni, boleh tengok macam mana sesi pemilihan diadakan. Eh, kembar pun ada di sesi pemilihan?

Sesi pemilihan peringkat seterusnya. Daripada 222 peserta yang disenarai pendek, hanya 30 pemain yang akan layak ke akademi Mencari Ramli 2. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu 13-14 tahun dan 15-16 tahun.

Sesi pemilihan di Kelantan. Hok aloh, malu-malu pulok adik-adik dari Klate nok kecek. Episod ni boleh tengok adegan lucu macam kasut tercabut tapak time duk main bola, LOL. Adegan sedih pun ada, bila ada yang tercedera. Hancur lebur lah peluang yang ada. Sabor ye...

Boleh tengok juri-juri duk pening nak pilih siapa yang betul-betul layak. Mampukah mereka nak pilih 30 peserta akhir daripada 222 orang yang sudahpun disenarai pendek dari kesemua lokasi. Hah, rancak benar perbincangan. Lek lek lek.

Senarai 15 pemain daripada 30 yang layak ke akademi Mencari Ramli 2. Boleh tengok skill pemain yang terpilih. Fuh, mantap-mantap bak hang.

Senarai 15 pemain terakhir untuk memenuhi 30 slot ke akademi Mencari Ramli 2. Akhirnya, pihak juri bersetuju untuk tambah lagi kuota menjadi 40 orang untuk sesi tapisan yang terakhir. Siapa 10 orang yang bertuah tu? Herm, daripada 40 orang yang terpilih, 10 orang akan disingkirkan.

Sesi pemilihan peringkat akhir di akademi. Daripada 40 orang yang tersenarai, cuma 39 peserta yang hadir. Cuma 30 orang yang akan kekal, dan 9 orang lagi akan say good bye to Mencari Ramli 2. Boleh tengok 9 peserta yang kurang bernasib baik dan perlu pulang menamatkan impian menjadi Ramli.
Episod pertama yang menyaksikan 30 peserta beraksi. termasuklah kembar. Siap ada kelas English bagai woo. Preparation nak ke UK gamaknya. Fuyoh! Dua match telah diadakan. Team A (bawah 14 tahun) VS KBRB menang 3-1 manakala Team B (bawah 16 tahun) VS MSSM Pahang seri tanpa jaringan 0-0. Menang dapat ganjaran makan malam bersama Lisa Surihani manakala kalah dapat hukuman cuci boot team A. Apa guna kad imuniti? Boleh tengok dalam episod ni. Format MR2 memang menarik.


Siapakah Pemenang Mencari Ramli Musim Ke-2?

Terlalu awal rasanya nak tentukan siapa pemenang untuk Mencari Ramli Musim Ke-2. Sebab, semua pemain yang terpilih adalah terbaik di antara yang terbaik. Masing-masing berbakat besar. Cuma untuk program Mencari Ramli 2, Ramli yang dicari mestilah bukan hanya ada bakat, tapi lebih dari itu termasuklah dari segi teknikal, taktikal, skill, kepintaran, kelajuan dan kekuatan. 


Meh nak main teka-teki, dua orang yang bakal ke MUSS pilihan jurulatih mungkin Mazwan Mazlan (Obama) dari Perak (bawah 16 tahun) dan Muhammad Nizarruddin dari Melaka (bawah 14 tahun). Ini tekaan untuk peringkat awal, mungkin ramai lagi yang malu-malu nak tunjuk kehebatan sebenar. Sorang lagi, kita tengok siapa pilihan Malaysia, Ramli paling popular melalui undi SMS.



Peraduan Undi dan Menang Mencari Ramli Musim Ke-2

Peraduan undian bermula 24 May 2013 (Episod 6) dan akan berakhir pada 28 June 2013 (Episod 11). Terbuka kepada semua penonton Mencari Ramli Musim Ke-2. Kalau dah tahu ada adik, anak buah, sepupu-sepapat yang join MR2, molek benar la tuh. Undi kasik lebam. Untung-untung dia menang, untung lagi tukang undi pun menang jugak.


Hadiah untuk pengundi yang bertuah


Hadiah mingguan
Cenderahati Manchester United

Hadiah utama
Fully sponsor (percuma) untuk menyaksikan Manchester United beraksi secara langsung di Sydney




Cara Undian SMS

Free untuk kali pertama menghantar undian
Undian seterusnya akan dikenakan caj sebanyak:
RM0.50 untuk 1 undian
RM2 untuk 5 undian
RM3.50 untuk 10 undian

VOTE(Jumlah undian 1/5/10)<jarak>RAMLI(Kod Ramli pilihan anda 01-39

Hantar ke 26268 


Contoh
VOTE5 RAMLI05
5 undian untuk peserta nombor 05 Mencari Ramli 2

VOTE1 RAMLI19
1 undian untuk peserta nombor 19 Mencari Ramli 2


Ranking Top 3 Mencari Ramli Musim Ke-2

Kalau nak tahu peserta mana yang menduduki tangga teratas setiap minggu, boleh check di website rasmi Mencari Ramli 2: Ranking Peserta Mencari Ramli Musim Ke-2 yang akan dipapakan 2 kali seminggu. Ranking Top 3 juga akan diumumkan sekali seminggu dalam siaran langsung Mencari Ramli 2 setiap Jumaat, 7:30 malam di TV3.

 
Nak tahu lebih lanjut, boleh ambil sepakan penalti di sini:

Twitter
@TeamMsia


Notakaki : Entri ni merupakan sambungan dari enti lepas, Mencari Ramli. Ada tak peserta dalam Mencari Ramli 2 yang korang kenal? Mana tau adik ke, anak buah ke, sepupu ke, jiran ke kan? Sama-sama lah kita support. Majulah sukan untuk negara!

Post a Comment

9 Comments

  1. UNTUNG-UNTUNG JADI BLOGGER PUN BOLEH PERGI OLD TRAFFORD.. :)

    ReplyDelete
  2. oo..ini ke mencari ramli tuh..ingatkan amenda la dok cari ke ramli tuh..btw, salam perkenalan.

    ReplyDelete
  3. huhuhu..baca entri ini rindu nak main bola padang....

    ReplyDelete
  4. free free je dapat pergi luar negara... tahniah ler.. hihi... btw, saya bukan orang melaka... hehe..

    ReplyDelete
  5. bertuah siapa yang terpilih tue nantikan

    ReplyDelete
  6. weehhh entry terbaik wehhhh g.luck!

    ReplyDelete
  7. Ohh ini rupanya Mencari Ramli. Ingat apa la orang dok sebut2. Hehe~

    ReplyDelete
  8. gambar nostalgia, coollah sarung tangan oren tu.haha :D

    ReplyDelete