#TSDayOut : SimFlightKL

/
0 Comments
Jujurnya, pb tak pernah tahu ada tempat macam SimFlightKL. Sebelum ni, tak pernah tahu dan tak pernah dengar. Bila dapat invitation daripada Tourism Selangor untuk #TSDayOut, baru terhegeh-hegeh google, like facebook, tengok gambar sana sini. Then, when I found out what is actually they call SimFlightKL, I'm like, fulamaaaaaakkkkkkkkk (panjang 4 harakat). An amazing place to visit.


Lepas dah pergi SimFlightKL, pb rasa sungguh bertuah. Tak semua orang yang berkesempatan nak pergi tempat-tempat macam ni. Then, bila upload gambar di instagram, ada kawan-kawan yang tanya kat mana, dan berapa kena bayar. I think, this is the right time untuk share mana yang pb tahu pasal SimFlightKL. Selebihnya, korang boleh discover sendiri atau just pay a visit there.


Entrance


Dulu dikenali sebagai FlightSimKL, tapi sekarang dah tukar nama jadi SimFlightKL. Apa-apa urusan, boleh rujuk crew yang bertugas di kaunter. Mereka memang sangat mesra dan membantu. Banyak berkongsi ilmu-ilmu dunia pilot dan penerbangan.


Lokasi

SimFlightKL terletak di Level 1, Subang Airport Skypark Terminal. Tengok je ada bunting SimFlight kat bahagian eskelator/tangga, hah naik kat situ lah. Jangan bimbang, Skypark Terminal tak besar, konpem tak sesat punya. Standard macam shopping complex je, tapi selesa dan cantik.


Simulators
 
Kalau nak tahu, kat sini ada 2 simulator, iaitu Airbus A320 dan Boeing 737NG. Nanti pilih lah nak try yang mana satu. Tapi kan, pb syak orang yang buat movie/drama kat Malaysia pasal cerita pilot ni mesti buat penggambaran kat sini kan? Herm... Sebab,kalau masuk Airbus A320 tuh, memang sejibik macam berada dalam flight betul lah.


Boeing 737NG

Airbus A320


Interior Design

Suasana di dalam SimFlightKL cukup eksklusif macam berada dalam kapal terbang yang sebenar. Tingkap dengan scenery awan-awan, fuh feeling macam dah berada dalam flight betul dah ni. SimFlightKL dilengkapi dengan high definition LCD screens. Kalau nak lagi real, pergi tengok gang pilot mengendalikan flight di cockpit. Lagi best time flight nak take-off dan juga landing. Terbaik punyer… Kalau silap landing, korang boleh rasa gegaran dan dengar suara-suara nakal yang menjerit takut mati, hoho.


Alang-alang tuh, mai  nak share  beberapa port yang menarik di SimFlightKL. Kalau datang ke sini, jangan segan-silu untuk bergambar. Sila buat macam rumah sendiri, crew yang ada pun semua sporting habis.

 Windows

Bila berada di SimFlightKL, memang feeling habis beb. Macam dah nak fly ke oversee. Mana taknya, kat luar tingkap ada graphic yang tunjuk seolah-olah kita sedang terbang. Real view! Best, melayan perasaan....




VIP Seat

Empuk betul kerusi kat bahagian depan SimFlightKL. Kalau tidur sini, mau tak bangun nih. Sempat possing lagi, like a boss!




Passenger seat 

Ce tengok kat bawah, hah sempat lagi tidur,zzzzzz. Ni shooting untuk drama ke filem? Tunggu eh keluar kat kaca tv dan panggung-panggung wayang berdekatan, LOL.



Kitchen


Collection/exhibition 



Pengalaman?
Sebenarnya, pengalaman yang dapat dikutip dari #TSDayOut kali ini amat bermakna.  Ini first time dapat tahu macam mana flight dikendalikan. Paling mencabar, sudah pasti time nak take-off dan landing. Tengok  button di cockpit amatlah banyak, konpius nak tekan mana satu. Tapi, Kapten Wafi explain satu-satu. No wonder, gaji pilot tinggi melampau. It’s not an easy job. Lebih-lebih lagi bila perlu menjaga nyawa penumpang. So, adik-adik yang muda remaja, study elok-elok. Besar nanti, boleh jadi pilot.


Selain itu, sempat jugak kami bertanya pasal route flight di udara. Ye lah, kalau di darat kita ada traffic light dan macam-macam signboard, kat atas sana ada polis traffic jugak ke jaga? LOL. Menurut  Kapten Wafi, pilot yang mengendalikan flight akan berpandukan bearing. Setiap flight akan ada bearing tertentu, sebab itu lah tak ada kes bertembung di udara. Semuanya sudah pun ditentukan dalam sistem. Amazing!


Apa yang dapat disimpulkan daripada aktiviti di SimFlightKL ni, ia memang ohsem! Satu alternatif untuk bagi  exposure kepada orang ramai terutamanya anak-anak muda untuk menceburkan diri dalam bidang penerbangan dan mengetahui selok-belok mengendalikan kapal terbang.


Sebelum beredar, macam biasa. Bergambar tanda kenang-kenangan bersama crew SimFlightKL, crew #TSDayOut dan bloggers.


GROUP PHOTO

#TSDayOut

SimFlightKL crews

Sze Wei - Wafi - Hariz

Ini pesanan Kapten Wafi dan Sze Wei untuk korang yang baca entri #TSDayOut SimFlightKL! Istimewa dibawakan khas oleh penaberkala. Terima kasih sebab sporting, cayalah :)


Kalau  berminat untuk cuba kendalikan flight, boleh la datang ke SimFlightKL. Harga serendah RM45 untuk merasai pengalaman sebagai seorang juruterbang. Go pilot go!


Facebook


SimFlightKL
Level 1 Subang Airport Skypark Terminal
03-7847 4287
012-322 6076


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...