#TSDayOut : Firefly

/
0 Comments

Firefly merupakan salah satu syarikat penerbangan yang beroperasi di Skypark Terminal, Subang. Siapa pernah terbang bersama firefly? Sila angkat ketiak, lol. Frankly speaking, I’m never. Naik flight pun baru sekali, tu pun sponsered by Malindo Air  


Alhamdulillah, jadi baru-baru ni, impian selama ini untuk first time merasai sendiri pengalaman naik kapal terbang dah pun terlaksana. Tapi, berlepas dari KLIA sempena trip media ke Kuching. Jakun kan? Biasa lah, budak kampung. Apa nak buat, sob3. Teringin jugak nak merasa naik Firefly, Air Asia, MAS, etc. Akan datang, maybe...


Kalau orang tanya pengalaman naik firefly, service dan seumpamanya, buat masa ni tiada jawapan daripada pb untuk dikongsikan. Mungkin, kalau nak balik ke Kota Bharu time bulan puasa ke, raya ke atau cuti-cuti ke nanti, kalau naik Firefly, inshaAllah pb akan kongsikan di sini.


Untuk pengetahuan korang semua, firefly terbang ke destinasi-destinasi domestik mahupun antarabangsa. Boleh check kat route map yang ada kat bawah :)

Route Map



Untuk domestik, Firefly terbang ke Kota Bharu (negeri kelahiran pb), Kuala Terengganu, Kerteh, Kuantan, Johor Bahru, Ipoh, Langkawi, Alor Star dan Penang.


Untuk penerbangan antarabangsa pulak, Firefly sudahpun terbang ke Singapore, Batam, Pekan Baru, Medan, Banda Acheh, Koh Samui dan Phuket.


Sempena #TSDayOut kali ni, kami diberi layanan istimewa oleh pihak Skypark Terminal dan Firefly. Kami dibawa ke segenap bucu kaki persegi airport. Tempat yang tak dibenarkan masuk pun, slumber diorang bawa kami semua masuk. Antaranya pejabat urusan dan operasi Firefly, balai perlepasan, lapangan terbang dan balai ketibaan. Cerita lanjut pasal lawatan ke Skypark Terminal boleh baca di entri #TSDayOut : Skypark Terminal, Subang


Jom kita tengok apa yang menarik sepanjang Firefly tour semasa #TSDayOut tempoh hari. Seronok sakan, siap boleh bergambar dengan stewardess dan pilot Firefly. Weeeee

Briefing



Airlines tour bersama Firefly dimulakan dengan sesi taklimat oleh Mr Rosdi. Masa ni, kami diberi penerangan mengenai operasi Firefly dan jenis-jenis airbus yang Firefly gunakan. Peserta #TSDayOut jugak diberi peluang untuk bertanya semasa sesi soal-jawab untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Firefly.

Ticket counter



Lepas briefing, kami mulakan ronda-ronda sekitar airport termasuklah kaunter tiket Firefly. Lebih meriah, pihak SkyPark dan Firefly bergabung tenaga memberi penerangan sebaiknya kepada semua peserta #TSDayOut. Dalam satu masa, kami dapat banyak info. Pasal Skypark Terminal pun dapat, pasal Firefly pun dapat. 


Ini antara yang sempat pb snap time ronda-ronda. Mungkin berguna kepada penumpang yang akan menggunakan khidmat Firefly especially yang first timer. Hand baggage mestilah tidak melebihi 7kg dan ukuran saiz tidak melebihi panjang, lebar dan tinggi yang telah ditetapkan, iaitu 56cm x 36cm x 23cm.
 
FireflyOffice


 
Tempat yang bukan public access pun kami boleh masuk. Fuyoh! Memang bertuah. Kami dapat tengok lebih dekat macam mana bilik gerakan Firefly beroperasi.

Stewardess & pilot

Dalam duk syok-syok bergambar, lalu pulak stewardess dan pilot Firefly ke balai perlepasan. Apa lagi, masing-masing tak lepaskan peluang untuk bergambar bersama mereka. Kalau stewardess pakai baju oren, hah ye la tuh. They're from Firefly.


Credit to Tourism Selangor

Eh, ada jugak terselit kat situ. Boleh simpan, buat kenangan. Wakakaka. Kalau tak join event #TSDayOut, nampak gayanya memang segan la nak bergambar macam ni.


Trolley



Hah, suka trolley Firefly. Kenapa? Sebab kat situ, ada taktik marketing. Kalau korang snap je photo trolley ni, upload je ke mana-mana social media especially facebook dan instagram dan share kepada kawan-kawan, automatically orang akan tengok website adress. Nanti ada la yang akan terjah ke sana. Ye dak?


Van



Masa on the way nak menuju ke balai ketibaan, ternampak van ni pulak. Nama pun blogger, semua benda nak snap photo, LOL.
Airbus

Kalau nak tahu macam mana rupa pesawat Firefly, kat bawah ni ada gambar dari sudut kiri dan kanan. Walaupun tak dapat masuk dan tengok sendiri dalam tuh, ambil gambar dari jauh pun jadi lah.





As usual, setiap moment mesti ada kenangan. Nak jugak bergambar dengan pesawat Firefly dari jarak dekat. Tapi, jeng jeng jeng.............



Nasib baik ada official photographer yang kebetulan duk snap behind the scene, hahahaha. Macam ni lah kot proses gambar yang muka hitam kat atas tuh terhasil, wakakaka.

Credit to Nigel Low
Credit to Nigel Low

Dah cakap kat Okid, "it's ok la tak nampak muka pun.. Firefly tu yang penting". Apapun, terima kasih kepada Okid yang tak jemu-jemu tolong snap photo. Jumpa lagi next time.


Selepas selesai event #TSDayOut, sempat bergambar bersama Head of Sales Firefly iaitu Encik Muizzuddin Mahmud. Nice to meet you sir!



Apa lagi, jom lah kita serbu laman sosial Firefly. Sekarang ada banyak promosi, especially untuk penerbangan mulai bulan June 2013. Pb rasa pun macam nak book tiket balik kampung. Cekidout here!
 
Website

Facebook

Twitter

Instagram
 

Adress
FlyFirefly Sdn Bhd (346606-K) formerly known as MAS Sdn. Bhd,
3rd Floor, Admin Building 1,
Complex A, Sultan Abdul Aziz Shah Airport,
47200 Subang,
Selangor, Malaysia.

Call Centre
+603 7845 4543


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...