SEMENGGOH WILDLIFE CENTRE

/
4 Comments
Selepas sarapan di Majestic Café, kami meneruskan perjalanan untuk tengok orang utan. Ini pun first time nak tengok orang utan depan mata, katanya memang takde sangkar. Agak-agak boleh main cuit-cuit tak nanti? Harap-harap, orang utan tu ada lah di lokasi yang ingin dituju. Jangan sampai sana, orang utan sekor pun takde sudah. Dengar kata, nak tengok orang utan ni depend dekat luck juga. Kalau bernasib baik, boleh la tengok. Kalau takde, memang hampa!


Destinasi yang dituju adalah Semenggoh Wildlife Centre. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Riverside Majestic Hotel menaiki bus Cat City. Kalau nak tahu, Semenggoh Wildlife Centre merupakan Top 5 tempat untuk dikunjungi di Sarawak. Mula dibuka kepada umum dan pelancong pada tahun 1975.


Cindy - Hafizcyber - Shakiddo - Kelly - Faizal Fredley - Yana Yassin - Ruby
Perjalanan dari pintu masuk untuk ke Semenggoh Wildlife Centre perlu menaiki van khas yang disediakan kerana jalan yang agak kecil dan tak sesuai untuk bas. Dalam 10 minit, sampai lah kami di lokasi yang dituju untuk bertemu orang utan. Excited!


Manap - Nora - Aman - Ritchie - Seduku - Doris - Saddam - Lela

Jangan pelik, orang utan pun ada nama. Selain daripada yang ada kat atas, ada lagi nama-nama cun lain yang pihak Semenggoh Wildlife Centre bagi kat orang utan. Antaranya Dayang, Anorma, Amoi, Minah, Dr Kok, Edwin, Endu, Selina, Ting, San, Mamu, Baka, Gnaya, Anaku, Murray, Delima, dan Roxane. Fuh nama, dah macam selebriti,LOL.


Kalau nak tau, otai atau ketua kat sini adalah Ritchie. Kalau gangster, Ritchie ni macam abang long kawasan. Makan ke apa ke, mesti Ritchie yang dulu. Lain-lain tengok je. King of Semenggoh Wildlife Centre gamaknya.

Kami dibawa ke tempat orang utan diberi makan (feeding zone). Kat situ, ramai pelancong asing dan pelancong tempatan duk kusyuk tengok gelagat orang utan. Muka ganas, tapi perangai cute. Duk bergurau-gurau pulak orang utan di atas pokok. Geli hati duk tengok gelagat mereka. Kalau nak tahu, Orang utan hanya diberi makan 2 kali sehari. Jadi, kalau berniat nak datang tengok orang utan secara live, kena lah datang time waktu dia makan.

Feeding Times 
0900 hrs – 1000 hrs
1500 hrs – 1530 hrs



Feeding zone

Lepas habis melawat orang utan, kami diberi taklimat ringkas mengenai latar belakang dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak Semenggoh Wildlife Centre. Kagum dengan usaha mereka. Bukan mudah untuk menjaga hidupan liar terutamanya yang hampir pupus. Salute! 
Selain itu, pihak Semenggoh Wildlife Centre juga menjalankan program adoption untuk mengumpul dana bagi memelihara dan memulihara orang utan. Program ini terbuka kepada pihak korporat ataupun individu yang berminat. Nilai minimum sumbangan untuk adoption adalah RM10,000. Pihak yang terlibat dengan program adoption orang utan akan diberi sijil penghargaan dan untuk adoption dengan nilai yang lebih besar, logo syarikat akan diletakkan di bawah poster orang utan yang dipilih untuk tajaan/adopt.


Untuk maklumat lanjut mengenai Semenggoh Wildlife Centre, boleh berkunjung atau hubungi:

SARAWAK FORESTRY
Tel: (+6) 082 610088 
Fax: (+6) 082 610099
Toll free line: 1 800 88 2526
Website: www.sarawakforestry.com
Email: info@sarawakforestry.com
Semenggoh Wildlife Centre
Tel: +6082 618324 or +6082 618324 
Fax: +6082 618424


Sempat jugak bawa ole-ole dari Semenggoh Wildlife Centre. Nak tahu apa? 
Jeng jeng jeng


Adakah patut rasa bangga? Atau kecewa? LOL 



Destinasi seterusnya adalah tempat untuk membeli ole-ole dan makan tengah hari. Nak tahu di mana, nanti pb kongsikan di episod seterusnya. Peace yo! 



You may also like

4 comments:

  1. kawe tak pernah samapai lagi sini w/pun dah beberapa kali ke sarawak. kena gi jugak ni.

    ReplyDelete
  2. Wah bestnyer akak tgk.. dari hari 1st day adik ke sana sampailah ke balik akak asyik tgk gambar2 instagram adik.. semuanya best2.. :)

    ReplyDelete
  3. shameel Iskandar:
    kena gi la skali boh
    klu bertuah, dapat tengok orang utan duk bergurau-senda,haha

    ReplyDelete
  4. Cik Nurul Siezuka:
    ye ke kak nurul? haha
    tak sempat nk update blog kat sana, update instagram je lah keje nye
    seronok kak, maklum lah first time sampai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...