MAJESTIC CAFÉ

/
0 Comments
Memandangkan stay sorang diri je dalam bilik, jadi kena kunci alarm siap-siap. Nanti tak pasal-pasal overslept. Bangun seawal 6 pagi, tapi rasa macam sudah pukul 7. Maklumlah, kat Sarawak ni cepat cerah, malam pulak cepat gelap. Kalau bangun pukul 7, sah-sah subuh dinasour.

Tepat pukul 7 pagi, dah siap-sedia untuk turun breakfast di Majestic Café yang terletak di level 2 Riverside Majestic Hotel. Bagaikan berada di syurga makanan, macam-macam ada. Makanlah selagi perut tak penuh, selagi mulut kata mahu. Omnomnom! 


Untuk percutian kami 3 hari 2 malam, sempat lah menikmati 2 kali breakfast di Majestic Café. Cuba tengok menu yang disediakan, mengancam right? Seriously, sedap especially menu masakan Sarawak.


Untuk breakfast pada pagi 5 April 2013, pb telah mencuba menu ala western. Sosej, scramble egg, red bean, roti dan fresh orange.


Sedikit frust, sebab masa first day  YY dan RA ada cakap laksa Sarawak sedap, tapi tak sempat nak try. Nasib baik masih ada peluang untuk try keesokan harinya.


Ni lah peneman di meja makan time breakfast : Shakiddo,Hafizcyber, Yana Yassin dan Ruby  . Korang memang ohsem! Kalau dah duk semeja, ada je benda yang menggeletek terpacul keluar dari mulut masing-masing.

Untuk breakfast pada pagi 6 April 2013 plak, iaitu hari terakhir kami di Riverside Majestic Hotel dan di Kuching, memang tak lepaskan peluang keemasan yang ada untuk try laksa Sarawak.


Tak cukup dengan laksa Sarawak, sempat juga pekena lemang bertawi dan rendang daging.


Overall, rasa puas hati makan di Majestic Café. Tak sempat nak try semua menu yang ada, terlampau banyak. Jadi, menu yang bertuah dan fofular je sempat makan dan masuk blog nih, wakakaka. Perut sudah kenyang, baru best nak meneruskan jalan-jalan di Kuching. Sarawak, here we go!


Syoknye nak pergi tengok orang utan. Di mana lokasi nak tengok orang utan di Sarawak? Nanti pb akan share di episod seterusnya.



You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...