KDU CULINARY AND HOSPITALITY

Untuk entri kali ni, mai nak share pasal peluang untuk melanjutkan pelajaran terutama sekali untuk adik-adik lepasan SPM. Mesti ada yang masih terpinga-pinga nak pilih universiti mana dan jurusan apa kan? Cuba tepuk bahu, tanya diri sediri. 


Tips penting dalam memilih jurusan di universiti adalah minat. Tanpa minat, apapun tak jadi. Bagi lah jurusan semudah ABC sekalipun, kalau dah tak ada minat, confirm meleleh air mata mahu tamatkan pengajian. Jadi, apa yang paling penting adalah minat. Seterusnya, peluang. Jangan sesekali berhenti berharap untuk mencari peluang, “pipih tak datang malayang, bulat tak datang bergolek”. Semua kena ada usaha! Kalau dah ada minat dan peluang dah terhidang di depan mata, apa tunggu lagi. Sahut saja peluang yang ada dan manfaatkan sebaiknya.


KDU University College

Ok, kali ini terpanggil untuk share sedikit info pasal KDU University College. Tak pernah dengar? Tipu sangatlah , pong pang pong pang di kaca TV dan iklan. KDU ni famous kot. Sebelum tuh, mai nak pesan awal-awal. Kalau adik-adik yang merasakan berminat dalam bidang masakan, kulinari, perhotelan atau pelancongan dan bercita-cita nak jadi Chef, Big bos hotel atau Travel agency melancong ke sana ke mari, elok benarlah ambil masa sekejap dan baca apa yang ditawarkan di KDU untuk pertimbangan.


Latar belakang KDU University College’s School of Hospitality, Tourism & Culinary Arts (SHTCA) 
  1. Ditubuhkan pada tahun 1983 
  2. Mula beroperasi pada tahun 1987, dan kini menjangkau usia 25 tahun 
  3. Satu-satunya kolej yang menawarkan jurusan Hospitaliti, Pelancongan dan Seni Kulinari (Hospitality, Tourism & Culinary Arts School) di Malaysia yang menawarkan program lengkap Swiss 
  4. Kolaborasi bersama IMI University Centre from Lucerne, Switzerland tanpa memerlukan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara dengan pendidikan yang setaraf 
  5. Kini, bangunan untuk kampus baru di Glenmarie seluas 21.7 acre dibina dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2014 

Kelebihan KDU-IMI 
  1. Memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan industri di hotel dan restoran terkemuka di dalam dan luar negara yang mampu meningkatkan kemahiran praktikal dalam kehidupan seharian 
  2. KDU sentiasa menjalinkan hubungan kerjasama yang baik dengan pihak industri, pelajar dan kakitangan 
  3. Graduan KDU memenuhi pasaran semasa pekerjaan di hotel, restoran dan industri yang berkaitan di seluruh dunia 

KDU University College menawarkan 2 bidang utama iaitu (1) Culinary Art dan (2) Hospitality & Tourism. Antara program yang ditawarkan untuk pengajian di KDU adalah seperti berikut: 


Culinary Art


Culinary Art 
  1. IMI Diploma in Professional Chef Training 
  2. IMI Diploma in Culinary Arts 
  3. IMI Higher Diploma in European Culinary Management 
  4. KDU Bachelor of Culinary Management (Hons) (Major: Baking and Pastry Arts, Culinary Operations) 
  5. IMI Bachelor of Arts (3+0) in International Hotel & Tourism Management (Major: European Culinary Management) 


Apa yang menarik? 

  1. Pensyarah Culinary adalah terdiri daripada Master Chef
  2. Molecular – Hanya ditawarkan oleh KDU University College di Malaysia
  3. Butchery – preparation of Hams, Bacon, sausages, again only UC to do this
  4. Chef Heiko and Creative Kitchen Planners – visiting professionals
  5. Dual Award
  6. Winning International Culinary Competitions
  7. Alumni in other UC’s working
  8. International Placement – HOSCO
  9. Open Policy by Lecturers
  10. 70% hand on programme yang mampu meningkatkan kemahiran praktikal

Hospitality & Tourism


Hospitality & Tourism 
  1. Diploma in Golf Management Resort 
  2. IMI Diploma in International Hotel & Tourism Management 
  3. KDU Bachelor of Hospitality Management (Hons) (Major: Corporate Communication) 
  4. IMI Bachelor of Arts (3+0) in International Hotel & Tourism Management (Majors: Hotel & Tourism Management and Event Management) 
  5. IMI MBA in International Hospitality Management 

Apa yang menarik? 
  1. Native Language lecturers – German and French
  2. Research Clusters within the School
  3. Dual Award
  4. Corporate Communication major with CSR – only one in Malaysia
  5. Partner University visiting Faculty
  6. Field Trips
  7. International Placement – HOSCO
  8. Open Policy by Lecturers
  9. Flexible mode of fees payment
  10. Live studying projects eg. Going bald for cancer, Walk for the Blind, etc
  11. Pioneer on Hospitality and Culinary Education

Go Bald For Cancer


Antara event yang dianjurkan oleh pelajar KDU University College dan mungkin anda ingat dan pernah dengar adalah Go Bald For Cancer. Kempen ini diadakan untuk memberi sokongan moral kepada semua pesakit kanser di dunia. Seramai 33 sukarelawan tampil dalam kalangan pelajar dan pensyarah untuk membotakkan kepala mereka. Apa yang paling menggembirakan adalah RM20,000 berjaya dikutip dan didermakan kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser di Home of Hope di NCSM. 


Pencapaian semasa KDU SHTCA 

  • 2012 : Berjaya merangkul 2 pingat gangsa dalam Food and Hotel Asia culinary competition in the Dream Team and Two to Tango categories 
  • Bekerjasama dengan ALMA, The world’s leading international educational and training centre for Italian Cuisine terutama dalam merangka program untuk Master Chef certification

ALMA Master Chef Certification

  • Institusi pertama yang menawarkan Master Chef certification di Malaysia 
  • 2011 : Institusi pertama yang mendapat pengiktirafan selaku Associate member of The International Centre of Excellence in Tourism and Hospitality Education (THE-ICE) 
  • Anugerah WACS Recognition untuk Quality Culinary Education daripada World Association of Chefs Societies 
  • 2010 : Melancarkan culinary book yang berjudul Re-Definition – Molecular Cuisine: Traditional Recipes through a Modern Kaleidoscope buat pertama kalinya yang ditulis oleh Chef Lecturer Darren Teoh 
  • Anugerah Perak untuk kategori Education & Learning dalam Putra Brand Awards untuk dua tahun berturut-turut 

Rasanya, cukuplah sedikit-sebanyak info pasal KDU University College. Diharapkan, semoga entri ini dapat membantu anda, anda, anda dan anda untuk memilih jurusan dan universiti terbaik untuk masa depan. Kalau rasa berminat, atau ada kawan, jiran, mahupun sepupu-sepapat yang berminat, jangan lupa war-warkan. 


Untuk maklumat lanjut berkaitan program dan aktiviti yang berlaku di KDU University College, sila hubungi:

PJ
Nombor telefon : 03-77288123 / 03 7953 6688
E-mel : best@kdu.edu.my,
Laman web rasmi : www.kdu.edu.my.

PENANG
Nombor telefon : 04-2266368
Laman web rasmi : www.kdupg.edu.my



Brought to you by


Sponsored by


Disclaimer: This is a sponsored post by Nuffnang

Post a Comment

7 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Bestnya kalau boleh masuk college sekali lagi haha

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Tony Teh:
    Aih, rindu nak masuk kolej balik ke?
    yup, university time is still the best :P

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. mestilah syiok..
      lagi-lagi kalau dah memang minat memasak dan bidang kuliner

      Delete
  6. nak tnye yang "Butchery – preparation of Hams, Bacon, sausages, again only UC to do this ". .so ape makna UC ??

    ReplyDelete