FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA : EPISOD 4

/
4 Comments
Untuk Episod 4 Fear Factor Selebriti Malaysia, rakaman penggambaran diadakan di Kalbaskraal. Macam Episod 3, masih lagi dengan 2 cabaran untuk diatasi.  Seperti biasa, top 3 dengan catatan masa terpantas dalam cabaran 1 akan mendapat imuniti. Imuniti membolehkan mereka untuk meneruskan cabaran 2 demi merebut RM10,000 untuk juara mingguan ataupun nak tarik diri dan berehat dari cabaran 2 dan terus mara ke Episod seterusnya.


Episod 4
Cabaran 1 : Tiang bergoyang dan bendera

Dalam cabaran 1 ada 5 batang tiang yang berbeza ketinggian disusun seperti tangga. Aku tengok pun dah cuak, grrr. Peserta perlu berulang-alik untuk pindahkan 3 bendera dari hujung ke hujung dalam masa 5 minit. Kalau jatuh, boleh sambung balik cabaran. Cuma, penalti masa dikenakan.

Pasukan paling pantas dan mendapat imuniti:
  1. Ajak Shiro dan Elfira Loy
  2. Johan dan Kaka
  3. Farish dan Akim
Nampaknya, 3 pasangan sudahpun berjaya untuk mara. Mereka boleh pilih untuk berehat atau beraksi untuk cabaran 2. Nampaknya, Farish dan Akim gentlemen betul lah. Kasik imuniti kepada Nik Micheal dan Ezlyn. Cayalah. Last-last, menyesal jugak mereka berdua nih sebab cabaran 2 tak lah semudah seperti apa yang disangka.


Cabaran 2 : Keranda pasir dan tikus

Dalam cabaran 2, seorang akan berada dalam keranda kayu. Kemudian, penutup keranda akan ditimbus dengan pasir dan batu-bata. Seorang lagi akan berusaha untuk membuka pintu keranda tadi dengan membuang pasir dan batu-bata yang ada. Sementara peserta di luar berhempas-pulas membuka pintu keranda, seorang lagi sedang bertarung dengan cik tikus-tikus yang dilepaskan ke dalam keranda. Zassss. Ada bran?

Untuk cabaran 2, nampak sangat ramai yang penat dan tercungap-cungap. Memang adil lah 3 pasangan yang ada peserta wanita dikeluarkan untuk berehat awal-awal lagi. Memang patut pun. Tanpa tak disangka-sangka, team yang aku sangka kuat tersingkir minggu ni. Adeh


Juara Mingguan
Azri AF9
Atu Zero

 
Peserta yang tersingkir
  Jehan Miskin
Mejar Dr Faiz

Credit photo : Fear Factor Malaysia

Siaran ulangan Fear Factor Selebriti Malaysia pada hari Ahad, 200-300 petang di Astro Ria

  Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||
|| Profile peserta || Selebriti Fear Factor ||

Cabaran Mingguan


You may also like

4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...