FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA : EPISOD 5

/
0 Comments
Untuk Episod 5 Fear Factor Selebriti Malaysia, rakaman penggambaran  untuk cabaran 1 diadakan di Hospital Conradie manakala untuk cabaran 2, penggambaran diadakan di Goodwood. Macam episod sebelum-sebelum ni, masih lagi dengan 2 cabaran untuk diatasi.  Seperti biasa, pasukan dengan catatan masa terpantas dalam cabaran 1 akan mendapat imuniti.

Imuniti membolehkan mereka untuk buat pilihan sama ada nak meneruskan cabaran 2 demi merebut RM10,000 untuk juara mingguan ataupun nak tarik diri dan berehat dari cabaran 2 dan terus mara ke Episod seterusnya dengan rehat yang cukup.


Episod 5
Cabaran 1 : Palang bergantung dan tali


Dalam cabaran 1, pasangan diikat pada satu tali. Mereka perlu ambil bendera dari hujung palang dengan bekerjasama sebaik mungkin untuk mengelakkan tali daripada tersentuh dengan lantai platform. Masa yang diberikan untuk melakukan cabaran kali ini adalah 5 minit. Kalau jatuh, kira disqualified. Pemenang ditentukan berdasarkan masa terpantas dan jumlah bendera yang berjaya dipindahkan.
 
Cabaran kali ini nampaknya ada tragedi yang tak diingini telah berlaku bilamana Zawen tercedera di bahagian bahu dan terpaksa menarik diri dari cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia.
 
Pasukan paling pantas dan mendapat imuniti adalah Farish dan Akim. Kali ni, dah tak kasi can kat orang lain dah, depa sendiri guna imuniti yang dapat untuk elak dari tersingkir. Katanya, "ini bukan kekuatan kami", lol
 
 
Cabaran 2 : Peti berkunci


Dalam cabaran 2, seorang akan berada dalam peti kaca yang berkunci dengan 3 mangga. Seorang peserta lagi ditugaskan untuk terjun dan mencari kunci di pelampung kuning untuk membuka dan membebaskan rakan sepasukan secepat mungkin. Peti berkunci akan tenggelam dari semasa ke semasa. Hanya peserta yang dapat tahan nafas dalam air dan dapat buka kunci mangga dengan cepat yang berjaya dalam cabaran ini. Tiada had masa ditetapkan, cuma peserta terpantas akan memenangi hadiah mingguan, RM10,000.
 

 
Juara Mingguan
 Johan
Kaka
 
Peserta yang tersingkir
Tiada peserta yang tersingkir
Zawen dan Izo terpaksa menarik diri kerana kecederaan! 
 
 
Untuk Episod 6 malam ni, agak-agak team mana akan tersingkir?
Jeng jeng jeng
 
Credit photo : Fear Factor Malaysia

Siaran ulangan Fear Factor Selebriti Malaysia pada hari Ahad, 200-300 petang di Astro Ria

  Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134) dihoskan oleh Aaron Aziz

|| Facebook || Fear Factor Malaysia ||
|| Twitter || @FearFactorMY ||
|| Website || Astro Gempak Fear Factor ||
|| Profile peserta || Selebriti Fear Factor ||

Cabaran Mingguan
 
 
Notakaki : Dah basi baru nak update. Biasalah, syok bercuti, keh3. Tunggu Episod 6 pulak. Layannnn


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...