A POPCORN SESSION : SOAR INTO THE SUN

/
2 Comments





Dah lama tak layan movie di panggung wayang gambar (pawagam). Jenuh nak taip, cinema sudey. Tup tup, dapat pulak invitation dari Nuffnang untuk Premiere Screening Soar Into The Sun selepas 2 bulan tak dapat sebab kekangan masa. Apa lagi, "bagai orang mengantuk disorongkan bantal" lah. Accept saja, tiket free jangan ditolak.


Hari ini dalam sejarah, tengok filem Korea di cinema. Dah la filem Korea, pergi sorang pulak tuh. 2 seats sekali aku bantai arinih. Membazir je satu tiket lagi.Nak buat camne, member-member semua bizi. Tak salah jarang-jarang jadi lone ranger,haha.

With Daniel and Atikah

Nasib baik jumpa muka-muka yang sama pergi Genting Trip arituh :  Daniel, Atikah, Mira, Syafiq, Kianfai dll. Yeah, kecik betul dunia!Ada jugak gang nak huha-huha dan sembang-sembang.


Walaweh, syok jugak rupanya layan filem Korea. Padahal, bukan fan k-pop/drama Korea/filem Korea pun. Drama bersiri layan "My Girl" je dolu-dolu.Tapi, filem Soar Into The Sun kali ni memang boleh puji. Thumbs up! Ada lucu, ada romantisnya dan ada part-part yang touching.


Untuk makluman semua, filem Soar Into The Sun akan mula ditayangkan di cinema bermula 8 November 2012. Selamat menonton :) Sesiapa yang plan nak pi tengok, boleh la baca ulasan sedikit-sebanyak kat bawah pasal filem nih. Ambek feel lu....


SOAR INTO THE SUN


Nuffnang Premiere Screening Soar Into The Sun
6 November 2012 (Tuesday)
9.00pm
GSC,Mid Valley


Biasanya, kalau tengok je filem baru, soalan yang pasti orang tanya, "best tak cite tuh?", "ok tak jalan cerita?", "berapa bintang?". Memandangkan aku bukan orang filem, bab-bab teknikal aku surrender. Kalau nak bagi pandangan dari kacamata seorang penonton boleh lah sikit-sikit.




Tae-hun (RAIN a.k.a. JUNG Ji-hoon)

Kalau penonton perempuan, mungkin pelakon utama ni lah x-faktornya. Siapa lagi kalau bukan Jung Ji-Hoon aka Rain.


Dalam filem ni, Rain jadi pilot yang nakal-nakal sikit. Permulaan cerita dah buat weng. Masa duk buat demonstrasi jet pejuang di langit, boleh pulak dia keluar dari formation asal. Buat kepala sendiri je. Pecut naik ke langit ke-7, then matikan enjin (zero-knot). Then, jet tuh akan jatuh bebas (free fall). Perghhhhh, kecut jugak.


Nak tau aksi Rain selanjutnya, bolehlah pi layan cite ni kat cinema. Tak syok la klu cite semua kat sini. Tak larat den nak taip panjang-panjang.

Se-yeong (SHIN Se-kyung)

Kalau lelaki, nah awek yang berlakon boleh tahan lawanya. Sweet je awek nih, keh3. Aku pun baru kenal, inilah rupanya Shin Se-Kyung.


Dalam filem ni, dia pegang watak sebagai Se-Yeong, iaitu seorang sarjen (mekanik). Sebenarnya, dia pun pilot. Memandangkan dia mengalami kecederaan gegendang telinga, so dia pekak sebelah. Tak dapat la nak jadi pilot, sekadar menjadi mekanik.


Dia ni lah kena ngorat kat Rain dalam filem Soar Into The Sun. Lawak jugak part-part diorang berdua ni.



Pengakhiran cerita ni paling eksited bila ada jet asing datang buat serangan hendap.Berlakulah perang pung-pang pung-pang. Ada lah jugak watak-watak kesayangan yang mati. Adakah Rain pun terkorban dalam peperangan yang berlaku? Jeng jeng jeng. Selamat menonton :)


Tiada tetamu jemputan untuk kali ni. Semua sibuk dengan kerja gamaknya


Tahukah anda? Ini aksi terakhir Rain sebelum berhenti dari arena hiburan buat seketika sebab kena pergi military service selama 21 bulan (macam PLKN lah kah?). Filem ni boleh la layan, boleh la nak gelak-gelak dalam cinema. Tak lah boring sangat. Berbaloi ke tidak, gua tak dapatlah nak bagi gerenti!


Pinjam kata-kata menarik dalam filem ni sat, "Mental at one, Concentration at two"


You may also like

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...