SELAMAT PENGANTIN BARU : SARIY SYAZWAN ❤ ILA NABILAH

/
6 Comments

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat, Sariy Syazwan dan pasangannya, Nabilah. Lawa pulak tarikh hari ni, 101112, pandai betul korang pilih tarikh. Sama tarikh dengan perkahwinan Dato' Lee Chong Wei pulak tuh. Nanti, korang lumba la ye, sape dapat anak dulu, hehe :)



Majlis persandingan kedua-dua mempelai ini telah dilangsungkan di Dewan Sri Sarjana UNITEN. Makin meriah bila ada dua pasangan bersandingan di atas pelamin, Ila dan abangnya bersama pasangan masing-masing.



Bila ada majlis keraian macam ni, apa yang best bila dapat jumpa member-member. Terima kasih kat saudara Hanifi (beliamuda) tolong tumpangkan dari Sri Petaling ke UNITEN. Kat sana, jumpa ramai lagi member-member UTP yang lain. Amir dan Diana, Poji (lipankatkaki), Yana, Mat Din, Sap Atan, Wanie (seliparburok), Wani CJ7, dan ramai lagi. Boleh dikatakan dah macam mini reunion budak-budak UTP kat dalam dewan tuh.



Bila lama tak jumpa, walaweh riuh jugak satu dewan. Duk asyik kenakan pengapit yang lengkap berbaju Melayu tuh,semoga cepat-cepat naik pelamin dengan orang sebelah, hehe..



Sempat jugak ambil berkat dengan pengantin,haha. Mintak-mintaklah aku pun cepat-cepat dapat jodoh, amin :)



Rasanya, majlis seterusnya yang aku akan bertandang untuk orang sebelah ni,hehe. Ni lah sahabat time belajar kat UTP. Banyak tolong time susah dan senang. Merangkap roomate selama setahun. Semoga cepat-cepat diijabkabulkan ya sahabat.



Kenangan paling manis time belajar dulu-dulu pasal kami bertiga adalah time buat prank birthday untuk Amir. Tu antara kenangan yang aku akan ingat sampai bila-bila. Nakal jugak bila ingat balik, adeh.


Bateri phone pulak takde, tak sempat la nak snap gambar pengantin banyak-banyak. Untuk kawan-kawan yang tak sempat bertandang ke majlis perkahwinan mereka, intai-intailah dua keping gambar kat bawah ni.





Apepun, semoga perkahwinan Sariy Syazwan dan Ila Nabilah berkekalan sampai bila-bila dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, amin.


notakaki : Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Sariy dan Ila (pinky.winky.specky). Sorry lah, tak dapat nak bertandang majlis di Kelantan nanti. Apepun, selamat berbulan madu di awan biru...

Selamat pengantin baru jugak kepada semua yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini Dato' Lee Chong Wei, Broframeston, Tengku Aisyah (FIRC)  dan kepada semua yang akan melangsungkan perkahwinan pada hari-hari seterusnya sepanjang November dan Disember 2012 ni, Yue, Aiza (MRSM Jeli), Safwan (kawan time tadika), Afiq (senior UTP, AMD) dan ramai lagi yang tak sempat nak cek kat kalendar. Tahniah dan semoga berbahagia hingga hujung nyawa!


You may also like

6 comments:

  1. sampai jgk jodoh diorg ni. Tahniah

    ReplyDelete
  2. wah wah.. selamat pengantin baru, sangat2 sepadan.. =D

    ReplyDelete
  3. Hazwan Arif:
    alhamdulillah, jodoh time study group katanya

    ReplyDelete
  4. ✿Lady Ainaa✿:
    sama-sama kecik molek :)
    seperti pinang dibelah dua, cewah

    ReplyDelete
  5. tahniah sariy..sori xpat dtg ritu hehe.. gembira bile tgk org kite knl dah jalin ikatan suami isteri.. so sape pulak kemudian ni.. nuar?? yau?? haha

    ReplyDelete
  6. faiz:
    sape pulak kemudian?
    cantik soklan ni ditujukan kat tuan yg tanya, hehe
    nanti jangan lupa jemput ye faiz

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...