ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah adalah zakat badan (individu) yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam tanpa mengira umur dan tidak kira di mana jua kita berada. Ia untuk menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu,
 
Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah negara seperti beras di Asia , gandum di Eropah dan sebagainya.Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/ 8 cupak di Malaysia atau 3 ¼ liter atau 2.56 kilogram .


HIKMAH

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud:
" Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara ( percakapan / perbuatan ) yang lagha dan tidak ada manfaat .

Untuk memenuhi keperluan orang -orang miskin dan mengelakkan mereka daripada meminta-minta yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka mereka berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang dikeluarkan oleh Al-Hakim yang bermaksud :
" Hindarkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini" .

Menimbulkan rasa kasihan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin yang merupakan saudara kita semua sebagai umat Islam yang berkasihan kerana Allah .

Memberi peluang kepada orang-orang miskin untuk menikmati dan berkongsi kegembiraan Syawal

SYARAT WAJIB

Islam dan merdeka .

Mempunyai kemampuan harta yang lebih daripada keperluan utama seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal bagi dirinya sendiri dan orang lain yang dalam tanggungannya termasuklah binatang ternakannya pada malam dan siang hari raya .

Wajib zakat setelah tenggelam matahari akhir bulan Ramadhan. Ianya tidak wajib keatas :
  • Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
  • Kanak-kanak yang dilahirkan selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan .
  • Orang yang baru memeluk Islam selepas terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan.
Juga tidak wajib keatas seseorang suami membayar zakat fitrah Isteri yang dikahwininya selepas terbenam matahari pada hari Akhir bulan Ramadhan .




Photo credit : Syahrul Helmi
Stesen LRT Pasar Seni -14 Ogos 2012

NIAT


Bagi diri sendiri
" Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala" .

Bagi diri sendiri dan tanggungan
" Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala" .
 
Sebagai wakil
" Inilah wang harga beras fitrah bagi menunaikan zakat fitrah yang wajib keatas ( sebut nama orang yang mewakilkannya ) yang mewakilkan kepadaku menunaikannya pada tahun ini kerana Allah Taala" .

Rujukan : e-mosque





notakaki : Masa first time dulu kekok jugak. Rupanya, tak perlu gabra, tak perlu gementar nak bayar zakat. Bukan macam nak akad nikah, kena soal itu dan ini. Niat semua sudah ada depan mata, cuma perlu baca dan hulur duit je. Lepas baca doa, maka selesailah urusan membayar zakat dengan diiringi sekeping resit. Semoga setiap amalam kita diterima olehNya, amin.

 

Post a Comment

0 Comments