Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, dari hujung rambut ke hujung kaki memohon maaf kepada semua insan yang mengenali diri ini, Khairul Anuar. Jika ada terkasar bahasa mahupun terguris rasa sepanjang perkenalan, minta dimaafkan. Tidak dilupakan juga kepada semua rakan-rakan di alam siber tidak kira di blog/twitter/facebook yang mengenali penaberkala,0-0 ye.


Dedikasi khas, Selamat Hari Raya Aidilfitri ditujukan khas kepada:

  • Cikgu Kak Dah dan warga Tadika Seri Intan, Kubang Tin 1994-1995
  • Warga Sekolah Kebangsaan Melor 1996-2001
  • Warga Maktab Rendah Sains MARA Jeli 2002-2006
  • Warga Universiti Teknologi PETRONAS 2007-2011
Istimewa  buat sahabat handai dan teman-teman : SK Melor, MRSM Jeli, CJ7, FIRC, Jupiter, Trusmadi, Gorgeous dan BAADIZSS.
seribu kemaafan dipohon jika ada salah dan silap selama ini. Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan sampai bila-bila.

Nak hantar kad raya tak sempat, nak hantar sms kepada semua mungkin tak sempat, jadi terimalah entri ini sebagai pengganti diri.
Akhir khalam

Dengan ingatan tulus ikhlas,

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf zahir dan batin



notakaki : sape-sape yang balik beraya di Kelantan tuh, jemput-jemputlah beraya di rumah ambo di Melor. Ambo cuti meta jah, sampai rayo ke-3, sob3. Doakan perjalanan kawe selamat pergi dan balik :)