DARI KOLAM AIR PANAS SUNGAI SERAI KE BURGER OM

/
6 Comments
KOLAM AIR PANAS SUNGAI SERAI

Kecik-kecik dulu, bangun pagi-pagi, bila masuk bilik mandi air panas dah siap-tersedia. Campur air paip sikit, jadi suam-suam kuku, fuh nikmatnya mandi. Taklah jadi parkinson sangat bila kena siram, kurang sikit menggigilnya. Semakin usia meningkat,masuk darjah 1 dah takde air panas pagi-pagi dalam bilik mandi. Mak dah tak sayang kita ke? LOL. Hotak ko, sampai bila nak bergantung mandi dengan air panas. Takde pulak kes orang mati bila mandi air sejuk pagi-pagi kan? Fuh, akhirnya alah bisa tegal biasa. Lama-lama, mandi dengan air sejuk sesejuk ais pun ok. Bisa diatur dong.


Cuma, dalam hidup tak pernah pulak berkesempatan dapat pi mandi di kolam air panas. Hah, yang tu memang jakun lah sikit. Kat Kelantan, ada je Kolam Air Panas Tok Bok, Machang. Taklah jauh sangat dari Melor, tapi tak pernah pergi. Duk belajar di MRSM Jeli dulu pun, ada je Kolam Air Panas Jeli. Tapi, 5 tahun duk situ, tak pernah jugak sampai. 


24/8/2012 dah jadi sejarah. Finally,dapat jugak merasa mandi di kolam air panas. Destinasi yang dituju adalah Kolam Air Panas Sungai Serai. Kat mana? Sila google, aku pun tak gheti sangat nak bagi direction. Follow member je pergi. Pergi dengan Bob, balik dengan Paan. Tengkiu kawan.


Pergi pulak malam buta, sampai kat sana pukul 1130++ malam, tak nampak la macam mana ghupa tempatnya. Apa yang pasti, kolam air panas Sungai Serai tak dibangunkan, tiaada fasiliti yang lengkap, tapi yang penting air dalam kolam memang agak panas.Walaupun lampu pun takde, tapi nasib baik ada toilet. Mungkin tempat ni khas dibuka time siang hari je kot.  
 

Kolam Air Panas Sungai Serai
Sumber : Flickr

Inilah dia tempatnya kalau dilihat di siang hari. Selain kolam ini, ada disediakan kerusi-kerusi untuk pengunjung-pengunjung duduk dan merendam kaki.Nak baring dan bergolek-golek dalam air panas pun boleh. Tu pun kalau tahan panas lah. Aku pun cuba jugak, walaweh panasnya menyucuk-nyucuk. Ni baru panas dunia,ish. Tapi lepas berendam tuh, mau berpeluh jugak. Huh, rasa ringan tubuh badan lepas tuh. Tapi pening-pening lalat sikit, mungkin keluar toksin gamaknya, lol.


Selain kerusi yang tersedia di dalam kolam, ada juga perigi di tepi kolam. Perigi pun air panas jugak, cebok la guna timba dan siram ke kepala dan badan puas-puas. Menggelupur juga bila first time siram. Huish, panas semacam. Tak tahan woo, 5 kali cebok dah rasa puas hati.


Kalau pergi next time, kena bawak telur untuk rebus dan kicap cap kipas satu botol. Boleh makan telur masak separuh berjemaah,haha. Apapun, memang terbaik dapat mandi kolam  air panas.Sape yang tak pernah try lagi tuh, sila lah try. Konpem, cuba sekali nak lagi.


BURGER OM, AMPANG


On the way balik dari kolam air panas, singgah mengisi perut jap. Destinasi yang dituju adalah burger bersepah dan restoran tepi Naan's Corner, tak tau nama apa. Kat mana? Kat bawah ni alamat penuh:

Burger Om
Apposite Naan's Corner
Jalan Kerja Air Lama
Ampang
Kuala Lumpur

Kenapa burger bersepah? Rupanya, sebab cara dia masak burger tu, fuh memang bersepah habis. Kalau makan gaya makan burger seperti biasa, memang tak dapat lah. Konpem comot habis, silap haribulan sos sampai ke dahi, mayonis sampai ke telinga. Kena makan dengan sudu baru selamat. Tapi jangan bimbang, rasanya memang tak mengecewakan. Syok habis. Harga? Berpatutan, tak payah risau.

Terima kasih ahli rombongan : Paan, Junior, Amin, Bob, Ubai dan isteri, Aman dan bakal isteri dan Nawa


BIHUN TOMYAM

Laichee kang - Sotong goreng pedas - Bihun - Tomyam daging dan fishball

Memandangkan mood raya masih lagi membuak-buak, buatlah makan sikit-sikit. Ala-ala open house berskala kecik, nak makan 2-3 orang je pun. Maka, jadilah bihun tomyam kaw-kaw dan laichee kang sesedap rasa.

SPAGHETTI TIME

Tabique dan Jinjo
Tengok bola punya pasal, sampai tertidur kat rumah Tabique. Sebelum balik, sempat juga lunch di rumah beliau. Spaghetti woo, layan habis. Terima kasih tuan rumah, terima kasih daun keladi, lain kali buat lagi,haha.



You may also like

6 comments:

  1. mood open house byk.. lepas makan tgh hari kan? heheheh
    kalau ada open house, dekat2 mesti pergi :P)

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Aku sangkakan entry ni fokus utamanya, mandi air panas, rupa2nya..makanan (-_-)

    Aku pernah gak merasa mandi air panas,kat kolam air panas, setapak, kolumpo. Darjah 5. mak aihh,jauh kebelakang kan aku citer,hahaha.

    Kolamnya dah dalam kawasan perumahan. memang panas..huhuhu..tp memg best..pas mandi tu rasa mcm ringan je bdn.

    #aaa..tok ko juga..selamat hari raya..kemain nyanyi lagu raye kan, meh le, ak bgi gak kuih sepotong..ahahaha

    ReplyDelete
  3. dgr kata burger om 2 sedap nk mampos tp btl ke?



    p.s : mcm xmenang tiket Chernobyl Diaries sbb xdpt invite dr nuffnang pung :/ u dpt ke?

    ReplyDelete
  4. Sop:
    open house musim ni memang banyak.Nak pergi ngan tak nak pergi je

    selamat hari raya bro sop

    ReplyDelete
  5. Tinta Lana:
    lepas mandi air panas tu, banyak lagi aktiviti yang dibuat
    taruk la sekali kat sini,haha
    owh, setapak pun ada kolamair panas jugak rupanya

    ReplyDelete
  6. Miss Volvo:
    aah, sedapnya boleh tahan
    harga pun berpatutan
    pi la cuba sekali
    tiket chernobyl diaries tu I dah dapat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...