#1 Tahukah anda?
Nombor 1 berjoget bermaksud deretan nombor 1 dalam pola tertentu. Contoh : 111 atau 11 11 11! Bukan nombor je berjoget, kita pun terkedek-kedek bila nampak tarikh yang cun-melecun macam ni kan? Bukan apa, susah nak jumpa. Sekali seumur hidup!

#2 Tahukah anda?
Tahun 2011 merupakan tahun yang mempunyai 4 tarikh menarik berkaitan nombor 1
  • 1 1 11
  • 11 1 11
  • 1 11 11
  • 11 11 11


#3 Tahukah anda?
Hari ini merupakan hari terakhir boleh tengok nombor 1 berjoget dengan riangnya. Lepas ni takde dah. Ada 4 show semuanya
  • 1 11am 11 11 11
  • 11 11am 11 11 11
  • 1 11pm 11 11 11
  • 11 11pm 11 11 11

#4 Tahukah anda?
Hari ini juga merupakan perayaan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke V

Patik merafak sembah tahniah Ke Hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Kali ke-42 Tahun 2011!
Daulat tuanku!  
Allahuakbar!



#5 Tahukah anda?
Tema sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad ke V tahun ini ialah “ISLAM DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG, RAKYAT DIPAYUNG” dan Cogan Kata bagi perayaan pula “ SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT.
Selamat bercuti kepada semua warga Kelantan Darul Naim!


#6 Tahukah anda?
Bayi yang dilahirkan pada 11 11 11 di Terengganu merupakan bayi nombor siri 11111111. Ini bermakna, nombor 1 merupakan nombor dominan dalam mykid dan mykad mereka. Perghhhhhhh, UNIK!

#7 Tahukah anda?
Sedang asyik kita berkira-kira tentang tarikh cantik dan menarik, pasti ada yang berduka. Tragedi 3 pelajar maut nahas bas-treler di Behrang. Selain itu, seorang guru turut maut dalam nahas terbabit. Takziah kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah buat arwah.

#8 Tahukah anda?
Pastinya hari ini merupakan detik bersejarah kepada semua insan yang bakal bergelar pengantin baru, ibu mahupun ayah kepada bayi yang baru dilahirkan mahupun kepada semua yang menyambut ulangtahun kelahiran mahupun perkahwinan.
  • Selamat pengantin baru! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
  • Selamat menimang cahaya mata!
  • Selamat hari ulangtahun kelahiran ke-XX! Semoga panjang umur murah rezeki hendaknya.
  • Tidak dilupakan, kepada semua yang menyambut ulangtahun perkahwinan hari ini!

#9 Tahukah anda?
Tiada apa yang istimewa pada 11 11 11. Apa yang istimewanya adalah hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari, "sayyidul aiyam". Maka perlunya kita mengingati akan 5 perkara sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu:
  1. Allah ciptakan Adam , 
  2. Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
  3. Allah mematikan Nabi Adam, 
  4. Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
  5. Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
    ( Riwayat Hadis Muslim)

#10 Tahukah anda?
Bak kata Ustaz Azhar Idrus "tanpa iktikad apa-apa kelebihan pada tarikh tersebut tidak dosa tapi bodoh!"


 Konklusi, untuk tarikh 11 11 11 adalah seperti di bawah!




 Enough said!


notakaki: Ada apa-apa nak tambah pasal 11 11 11? Silakan.. Mana tau, baru kawen ke, bertunang ke, bersalin ke..Atau, baru clash, zzzzz