Sebelum Lena
Nukilan : penaberkala

Pusing kanan
Pusing kiri
Pandang atas
Kipas berputar ligat
Lagu-lagu diputarkan ke gegendang telinga
Mata masih belum mahu lelap

Resah
Gelisah
Keluh-kesah
Berdesing di cuping telinga
Aduh, sakit dicucuk-cucuk
Cis
Nyamuk punya serangan

Kepala mula berdenyut
Mata masih belum tertutup
Masih berkelip-kelip
Pandang atas
Kiri
Kanan
Sesekali ke luar tingkap
Cahaya berkelip-kelip
Oh, kilat
Diselangi petir
Guruh berdentum

Pranggg
Periuk jatuh di dapur
Sah
Si tompok punya angkara
Buat aku terkejut

Sunyi seketika
Fikiran melayang
Fikir dan terus berfikir
Ada apa di hari esok?

Rintik-rintik mula kedengaran
Oh, hujan
Dingin
Damai
Nyaman

Tarik selimut
Pejam mata
Lupakan segala
Jumpa lagi esok

Selamat malam!

Published with Blogger-droid v1.7.4