RAYA SAKAN : AIDILFITRI 2011

/
12 Comments
Ramadhan tahun ini, tidak mungkin akan sama dengan Ramadhan tahun lalu mahupun Ramadhan akan datang. Begitu juga dengan Aidilfitri. Tidak mungkin kemeriahan dan kegembiraan yang kita kecapi di Aidilfiri tahun ini dapat kita rasakan sama di Aidilfitri akan datang. Rasa itu akan sedikit-sebanyak berubah sama ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Cuma apa yang pasti, sama-samalah kita menghargai setiap detik yang kita ada dan manfaatkan sebaiknya. Semoga kenangan yang tercipta bakal kita abadikan buat selama-lamanya.
-penaberkala-


Contoh paling ketara, kemeriahan Aidilfitri 2010 dan Aidilfitri 2011 amat berbeza. Walaupun kemeriahannya hampir sama, tapi orang yang kita jumpa dan raikan kemeriahan bersama mungkin berbeza. Memandangkan kisah Aidilfitri 2010 tercatat di sini, maka kenangan itu masih mekar di ingatan. So, rasanya kisah Aidilfitri 2011 pun patut dikongsi di sini agar kenangan yang tercipta dapat dikenang sampai bila-bila.  


Pre-Raya Aidilfitri 2011

Tahun ini, sempat berbuka puasa bersama kawan-kawan lama di Restoran D'Mina, Pengkalan Chepa. Boleh dikatakan event ini adalah "reunion" buat kesekian kalinya. Nasib baik boleh join untuk kali ni. Rasanya, Iftar yang diadakan bolehlah dianggap sebagai event "Pre-Raya". So, dapatlah jumpa kawan-kawan lama walaupun time raya tak dapat jumpa.

Antara mereka yang hadir G-joe, Pijo, Faris Izat, Pok Jak, Amir, Piji, Pecak, Seni, Asyraf, Limi, Faris and Co, Hilmi, Nuril, Tien, Mc Lin, G-Jah, Fifi Sofia, dan Bina. Harap-harap, kalau panjang umur dan murah rezeki, mungkin boleh la kita semua berkumpul dan berbuka bersama lagi untuk taun-taun depan dan mendatang, insyaAllah.


Raya bersama keluarga



Alhamdulillah, tahun ni hampir semua adik-beradik pulang beraya di kampung, walaupun ada yang balik lewat. Dapat jumpa semua abang-abang, kakak-kakak dan anak-anak buah. Harap-harap, raya taun depan Kak Nor, Abe Mat dan Bella pun dapat pulang beraya bersama di Kelantan :)



Lebih menarik, anak-anak buah dah semakin membesar. Masing-masing dah bersekolah dan dah pandi bertutur kata. Sampai ayah su pun korang dah pandai kenakan dengan soalan-soalan cepumas. Haish, bidak-budak zaman sekarang. Kalau dulu beraya sebagai "bongsu", tapi raya kini lebih meriah bersama mereka yang "bergigi susu". Hilai tawa dan tangisan esak mereka, tak sah kalau tak dengar. Mungkin itu la yang menjadikan suasana raya lebih meriah, lebih-lebih lagi bila berkumpul ramai-ramai. Di musim perayaan ni la jugak nak tengok rumah jadi macam nursery.



Tahun ni, beraya bersama dua "orang baru" dalam keluarga, iaitu menantu baru dalam keluarga dan jugak anak buah baru iaitu Ahmad Syakir Darwisy. Selamat menjadi ahli,haha



Raya tanpa ketupat palas seperti Ramadhan tanpa "bazar ramadhan". Macam tu la perayaan di kediaman Puan Sebariah. Tahun ni, tempahan mencecah 3000 bijik. Tahun depan macam mana tak tau lah. Kena recruit semua anak menantu gamaknya untuk tahun-tahun depan dan mendatang,haha.


Majlis cukur jambul


4 September 2011, diadakan majlis cukur jambul anak buah yang paling latest Ahmad Syafiq Darwisy yang berada di ranking ke-16 dalam keluarga. Ni anak buah hero yang ke-4.

Alang-alang buat kenduri majlis cukur jambul, sempena di Aidilfitri kira buat rumah terbuka terus lah. Menu yang dihidangkan sup tulang (sup gear box), gulai serati, gulai ayam, telur masin, kerabu sarang, sira ubi, dan sambal bilis.

Terima kasih kepada member-member yang datang bertandang, Amir and Co, Hanifi (beliamuda), Faris (farismuhandisu), dan Mayak (bukan nama sebenar). Jangan serik untuk bertandang lagi next time.


 Beraya di rumah Ediamin Suhaimi

Raya tahun ni kurang aktif merewang. Raya pertama hingga ke-tiga hanya berada dalam kawasan. Raya ke-empat baru merempit ke Padang Tembak, Pengkalan Chepa untuk beraya bersama Ediamin Suhaimi. Mmeber time sekolah menengah dan sekarang belajar di India dalam jurusan kedoktoran. Dia ni mungkin akan masuk "Malaysia book of record" untuk kategori "doktor paling sihat",hahaha.


Apapun, terima kasih untuk layanan dan cenderahati dari India. Thanks bro! Semoga terus sukses selalu dalam menghabiskan pengajian di India. Makan tu cover-cover la sikit.


Kat sini juga jumpa classmate form 1 - form 3, Safwan Anah dan Syafik Affendi aka Toyol. Lama gila tak jumpa, sorang tercampak di UTEM, Melaka nun, sorang lagi tercampak seberang laut sana, German. Nak jumpa camne, facebook je lah. Raya ni jumpa, bila pulak boleh jumpa tak tau la tuh. InsyaAllah, panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi.

Setahu aku, kawan aku sorang ni takde facebook. Susah gila nak kontek jauh di India sana. Sejak bila kawan aku sorang ni ada fanpage pulak? Ediamin Suhaimi ke Hero Tamil ni? hahaha


Open house di KB Mall


Time raya macam ni lah masa yang paling sesuai untuk jumpa semua member-member, tak kira member lama mahupun member baru. Seterusnya, jumpa pulak member sekolah rendah, classmate dari darjah 3 - darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Melor iaitu Firdaus Nuruzzaman. Dia ni one of my best friend time sekolah rendah, main bola sepak sekali, jadi pengawas sekali, study petang-petang buat homework pun sekali. Walaupun dah lama tak jumpa, sekali berkawan, selama-lamanya menjadi kawan. Sekarang ni tengah melanjutkan pelajaran di  University of Warwick, United Kingdom. English power dowh, sejak kecik bijak english. Patut pun ambil TESL. All the best bro! Thank you belanja kawe, nifi dan faris.

Rupanya, kawan kau kawan aku, kawan aku kawan kau. Kecik sungguh dunia ni rupanya. Hanifi dan Faris classmate dia di MRSM PC dan classmate aku di universiti, LOL.  
 

Beraya bersama buku teks Engineers In Society


Nasib baik la semester ni ada 1 paper final exam je, Engineers In Society. Beraya bersama buku teks dengan 8 chapters kesemuanya agak kurang stress berbanding dengan pengalaman-pengalaman tahun sebelumnya. Tapi, baca satu helai, zzzzzzzz. Musim raya musim kenyang perut. Sesuai untuk hadap kuih raya tetapi tidak sesuai untuk hadap buku, hoh. Itulah cabaran seorang student.

 
Rumah terbuka Syazwan Zubir


10 September 2011, sebahagian daripada CJ7 sempat bertandang ke rumah Syazwan di Ipoh sempena rumah terbuka Aidilfitri. Last minute baru join trip ni memandangkan ada masa free. Meriah jugak berkumpul ramai-ramai, lebih-lebih lagi ada 2 beradik clasmates dari Yaman iaitu Sami dan Zaki. Menu terbaik, lemang dan rendang. Pergh, syok habis. Nak tau cerita lanjut, baca kat sini :Beraya bersama kawan-kawan CJ7 

Terima kasih kepada Syazwan dan keluarga atas hidangan dan layanan istimewa kepada kami semua warga CJ7.


Beraya di Hotel InterContinental

11 September 2011, kembara raya diteruskan ke Kualu Lumpur. Desitinasi yang dituju ialah Hotel InterContinantal, Ampang Park. Bukan rumah terbuka, bukan juga jamuan raya, memandangkan jatuh dalam bulan Syawal, kira kembara raya la dok? haha

beliamuda - Don - penaberkala

Sebenarnya, beliamuda yang mengajak aku ke sana. Katanya ada event untuk blogger. Tapi, bila sampai di sana, lain pula jadinya. Adeiii. Inilah akibat bila pergi event yang tak dapat detail penuh. Nak tau cerita selanjutnya, maybe next time.



Apapun, anggap je lah ini adalah pengalaman baru dalam hidup. Kadang-kadang, apa yang kita lalui dalam hidup, bukanlah semua yang kita rancang. Mungkin hanya kebetulan. Tapi, pastikan apa yang dilalui itu bermakna dan bernilai. At least, kalau dulu ada pengalaman terlibat dalam video shooting untuk project IACS, ini pula dapat pengalaman baru untuk video shooting yang skopnya berbeza. Apa yang lebih penting, I met new friends there. Terima kasih beliamuda dan broframestone


Konklusi, Aidilfitri 2011 awesome!


Notakaki : Panjang pulak dah entri kali ni, tu dia. Lama sangat tak update,kahkahkah. Akan berangkat ke Kelantan pada 13 September untuk cuti semester. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Amin


You may also like

12 comments:

  1. betul tu.. kisah hari ini takkan sama dengan semalam dan esok.. hargailah setiap apa yg kita ada..

    selamat hari raya..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya. meriahnya, kuat berayo tehhh;)

    ReplyDelete
  3. Nice long meaningful story of Aidilfitri (^_^)

    Setuju dgn penaberkala, hargai setiap detik yg kita lalui. Sebab xkan sama detik2 yg lain (^_^)

    ReplyDelete
  4. amirah:
    kenapakah?
    sambutan di penang konpem meriah jugak kan

    ReplyDelete
  5. blog-tips-kurus:
    selamat beraya
    raya kan sebulan,hehe

    ReplyDelete
  6. HaiDa HiDa:
    selamat hari raya haida
    semoga lebaran kali ini membawa seribu makna :)

    ReplyDelete
  7. Wan Pai:
    alhamdulillah, walaupun sambutan alakadar tapi cukup meriah

    ReplyDelete
  8. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    selamat hari raya fifiey
    meriah jugak, tp kena meriahkan lagi dengan bowling sepam dua,haha
    jejom

    ReplyDelete
  9. Nasrullah Jaafar:
    thanks bro :)
    yup, yang sedetik itu membawa seribu makna

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...