Selamat tinggal MAC, selamat datang APRIL

Kini APRIL kembali dengan kehangatan yang luar biasa

Meneruskan tradisi yang kini telah masuk musim ke-3

Pastinya, lebih meriah, lebih menarik, dan lebih mendebarkan

Apa lagi kalau bukan, CPL 2011 EDISI APRIL yang bakal kunjung tiba



CHEME PREMIER LEAGUE : Kejohanan futsal Kejuruteraan Kimia

Chemical Engineering Jan 2007 Intake (CJ7)


PENGENALAN
klik tajuk berikut untuk laporan lanjut
 










 PROMO CPL 2011 EDISI APRIL



Undian ramalan bakal Juara CPL 2011 Edisi April telah disemarakkan di facebook.

You can vote here for your favorite team : VOTE

Kedudukan terkini pilihan penonton
1) The Nerds : 13 votes
2) Chemical Assessment : 12 votes
3) Pejambubeh : 10 votes
4) Oreo : 9 votes
5) Jogantan : 9 votes
6) Faramel : 2 votes


 PROMO VIDEO CPL 2011



Credit to : Syazwan Zubir

PREVIEW CPL 2011 EDISI APRIL

Masih lagi mengekalkan ORGANIZER yang sama




Wartawan liputan rasmi yang sama iaitu Hanifi/beliamuda 

beliamuda.com selaku media rasmi CPL

Dapatkan keputusan mutakhir perlawanan dan lintas langsung di twitter beliamuda 




TEAM CPL 2011 EDISI APRIL

Masih lagi mengekalkan 6 team utama dalam edisi terdahulu, EDISI 2 untuk terus berentap pada EDISI 3 kali ini. Kemungkinan besar, sedikit pertukaran pemain dan percaturan baru bakal dilakukan oleh setiap pasukan. Kini tunggu dan lihat pada hari kemuncaknya nanti, 30 April 2011. Sama-sama memeriahkan CPL 2011 EDISI APRIL.


FARAMEL


CHEMICAL ASSESSMENT


JOGANTAN

PEJAMBUBEH


THE NERDS


OREO

Kepada semua warga CJ7, anda dijemput hadir untuk memeriahkan suasana CPL 2011 EDISI APRIL kali ini. Jangan lupa tolong sediakan first aid dan air minuman sekali,haha.


Pastinya OREO kehilangan pemain berbisa untuk kali ini, iaitu kalampatah/beliau/hazwan arif (banyok sangat namanyo). Sama-sama doakan supaya beliau cepat sembuh dan dapat meneruskan sesi pembelajaran seperti sedia kala. Dengar kata, OREO sedang memujuk Hamzah untuk join team mereka. Adakah Hamzah akan setia dengan FARAMEL ataupun beralih arah? Tunggu dan saksikan keputusannya nanti.


Kini, masing-masing mencari peluang dan sibuk mengadakan friendly match untuk bersiap-sedia menjelang CPL 2011 EDISI APRIL. Nampaknya, edisi kali ini agak meriah dengan sambutan daripada semua peserta. Makin dihangatkan lagi dengan VIDEO PROMO yang mantap hasil kerja Syazwan Zubir. Semoga apa yang dirancang bakal terlaksana dengan jayanya. Good luck kepada semua pihak urusetia, tenaga kerja dan peserta CPL 2011.